Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
2020-10-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Kol. 3:16   Hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya dalam segala kearifan, mengajar dan menegur satu sama lain dengan mazmur dan kidung serta nyanyian rohani, bernyanyi dengan kurnia dalam hatimu kepada Tuhan.

Yoh. 6:63   Roh itulah yang memberi hayat; daging tidak bermanfaat apa-apa; kata-kata yang Aku bicarakan kepadamu ialah roh dan ialah hayat.

Jalan untuk menerima, mengalami, dan menikmati Kristus ialah makan sabda yang dibicarakan Kristus sebagai roh dan hayat.…Kristus membicarakan sabda, dan sabda ialah Roh itu, dan Roh itu ialah hayat [bd. Yoh. 6:63]. Oleh itu, sabda, Roh itu, dan hayat ialah tiga-dalam-satu. Pembicara sabda ialah Tuhan Tritunggal yang terproses, dan pembicaraan-Nya mentransmisikan Tuhan Tritunggal yang terproses ke dalam kita dalam bentuk sabda. Selepas memasuki kita, sabda ini menjadi Roh itu, dan Roh itu ialah hayat. Kemudian, apabila kita mengungkapkan Roh ini kepada orang lain, Roh itu menjadi sabda kepada mereka. Apabila orang lain menerima sabda ke dalam mereka, sabda ini menjadi Roh itu semula. Kemudian, apabila mereka membicarakan Roh itu kepada orang lain, Dia menjadi sabda semula. Oleh itu, apabila kita menerima sabda ke dalam kita, sabda menjadi Roh itu, dan Roh itu menjadi hayat kita. Inilah transmisi Tuhan Tritunggal sebagai bekalan hayat ke dalam kita, mula-mulanya dalam bentuk sabda, kemudian dalam bentuk Roh itu, dan akhirnya dalam bentuk hayat. Dengan cara ini, Tuhan Tritunggal menjadi kenikmatan kita.

[Dalam Kolose 3:16] kita mempunyai Kristus sebagai hayat kita, kemudian kita mempunyai sabda hidup-Nya yang dipersonifikasikan, seperti persona-Nya huni dalam kita. Sabda Kristus ialah sabda yang dibicarakan oleh Kristus. Dalam ekonomi Wasiat Baru-Nya, Tuhan bersabda dalam Anak, dan Anak bukan sahaja bersabda sendiri dalam buku Injil, tetapi juga bersabda menerusi anggota-anggota-Nya, iaitu para dutus dan penyabda, dalam Kisah, dalam Surat-surat, dan dalam buku Wahi. Semua pembicaraan ini boleh dianggap sebagai sabda-Nya. 

Dalam petikan ini, pemenuhan hayat rohani yang melimpah dalam pujian dan nyanyian berkaitan dengan Sabda, manakala dalam petikan yang selari, iaitu Efesus 5:18-20, pemenuhan hayat rohani berkaitan dengan Roh itu. Ini menunjukkan bahawa Sabda dan Roh adalah sama (Yoh. 6:63b). Kehidupan orang Kristian yang normal seharusnya merupakan kehidupan yang dipenuhi Sabda supaya Roh dapat meluap dengan nyanyian, yakni nyanyian pujian dari dalam kita. 

Sabda Kristus merangkumi seluruh Wasiat Baru. Kita perlu dipenuhi sabda ini. Ini bermaksud kita harus membenarkan sabda Kristus huni dalam kita, tinggal dalam kita, berumah dalam kita. Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “huni”, secara literal bermakna “berada di dalam rumah, tinggal”. Sabda Tuan harus mempunyai ruang yang cukup dalam kita supaya sabda Tuan dapat beroperasi dan meministerkan kekayaan Kristus ke dalam diri dalaman kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (178)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)