Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (176)
2020-10-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 15:16   Sabda-Mu ditemukan dan aku memakannya, dan bagiku sabda-Mu menjadi kegirangan dan keriangan hatiku, kerana aku digelar menurut nama-Mu, O Yehova, Tuhan ribuan tentera. 

Yoh. 6:57-58   Sebagaimana Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup kerana Bapa, demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku. Inilah roti yang turun dari syurga; dia yang makan roti ini akan hidup buat selama-lamanya…

[Yeremia 15:16] menunjukkan bahawa sabda Tuhan baik untuk kita nikmati. Sabda Tuhan menjadikan hati kita riang.

Di sini, apa yang penting ialah wahi bahawa Sabda Tuhan ialah bekalan divin yang menjadi makanan untuk mengkhasiati kita. Setiap jenis makanan ada elemen yang mengkhasiati. Sabda Tuhan, bekalan divin, sudah tentu mengandungi elemen pengkhasiatan. Pengkhasiatan ini berkaitan dengan pendispenan divin, dengan Tuhan mendispenkan diri-Nya ke dalam kita. Menerusi sabda yang menjadi makanan kita, Tuhan mendispenkan kekayaan-Nya ke dalam diri dalaman kita untuk mengkhasiati kita agar kita dapat dikonstitusikan dengan elemen-Nya. 

Konsep divin tentang Sabda Tuhan ialah: Sabda daripada Tuan ialah makanan untuk kita makan demi pengkhasiatan kita. Matius 4:4 berkata, “Manusia hidup bukan bergantung pada roti sahaja, tetapi pada setiap sabda yang keluar daripada mulut Tuhan.” Konsep divin tentang sabda Tuhan ialah: Sabda Tuhan merupakan makanan yang melaluinya kita bukan sahaja diajar tetapi juga dikhasiati. Yeremia 15:16 berkata, “Sabda-Mu ditemukan dan aku memakannya.” Yeremia menerima sabda sebagai makanan untuk dimakan. Satu Korintus 3:1-2a berkata, “Aku, dikbang-dikbang, dahulu tidak dapat berbicara kepada kamu seperti kepada manusia rohani, tetapi seperti kepada yang milik daging, seperti kepada bayi dalam Kristus. Aku memberi kamu susu untuk diminum, bukan makanan pejal.” Konsep dutus Paulus tentang Sabda ialah sama ada Sabda itu ialah susu atau makanan pejal. Susu atau makanan pejal ialah sesuatu yang kita makan agar dikhasiati. Ibrani 5:12-14 berkata, “Mengikut tempoh masa, kamu sepatutnya menjadi pengajar, tetapi kamu masih lagi memerlukan seseorang mengajar kamu tentang apa itu asas permulaan sabdaan Tuhan dan telah menjadi orang yang memerlukan susu dan bukannya makanan pejal. Kerana setiap orang yang mengambil susu tidak berpengalaman dalam sabda keadilbenaran kerana dia seorang bayi; tetapi makanan pejal adalah untuk orang penuh dewasa; oleh sebab fakulti mereka sering digunakan, maka fakulti mereka terlatih untuk membezakan yang baik dan yang jahat.” Bagi yang muda, sabda Tuan ialah susu yang mengkhasiati; bagi yang matang, sabda Tuan ialah makanan pejal. Satu Petrus 2:2 berkata, “Sebagai bayi yang baru dilahirkan, hendaklah kamu mengingini susu kepunyaan sabda murni supaya melaluinya kamu dapat bertumbuh sehingga beroleh penyelamatan.” Semua petikan ini mengesahkan bahawa konsep kita tentang Sabda Tuhan perlu diperbarui. Konsep alamiah kita tentang Sabda ialah sabda itu sejenis ajaran atau doktrin, tetapi konsep divin ialah Sabda Tuhan merupakan makanan untuk mengkhasiati roh kita.   

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (177)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)