Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (2)
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
Apakah perbezaan sukma dan roh?
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (2)
2017-02-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam artikel ini kita akan melihat 5 perkara lagi yang kita peroleh dengan serta-merta pada saat kita percaya kepada Yesus.

6. “Diperanakkan daripada Tuhan”—1 Yoh. 5:1

“Setiap orang yang percaya bahawa Yesus ialah Kristus itu adalah diperanakkan daripada Tuhan…

Dalam Wasiat Baru, terdapat nota kaki berkenaan “percaya” yang menunjukkan bahawa “sesiapa yang percaya bahawa manusia Yesus ialah Kristus, iaitu Tuhan berinkarnasi (Yoh. 1:1, 14; 20:31), telah diperanakkan daripada Tuhan dan telah menjadi anak Tuhan (Yoh. 1:12-13).”

Butir-butir yang disenaraikan dalam artikel yang lepas merupakan peringkat permulaan yang menyelesaikan masalah antara kita dengan Tuhan secara luaran. Akan tetapi, kita masih mempunyai keperluan yang lebih dalam, iaitu hayat dan sifat Tuhan. Tanpa hayat dan sifat Tuhan, kita langsung tidak dapat menjalani kehidupan orang Kristian yang normal.

Tuhan berhasrat agar kita dapat mengalami kelahiran divin. Oleh itu, dari saat kita percaya kepada Yesus, Tuhan melahirukan roh kita dengan hayat-Nya (Yoh. 3:6; Roma 8:10). Dengan cara ini, kita dilahirkan daripada Tuhan untuk menjadi anak-anak Tuhan—dilahirkan semula ke dalam kingdom Tuhan (Yoh. 1:12-13; 3:5).

7. “Hayat Abadi”; “Keluar dari Maut ke dalam Hayat”—Yoh. 5:24

Hasil daripada kelahiran divin kita menerusi percaya kepada Yesus ialah kita beroleh hayat abadi. Yohanes 5:24 berkata:

“…Sesiapa yang mendengar kata-Ku dan mempercayai Dia yang mengutus Aku, mempunyai hayat abadi dan tidak masuk ke dalam penghakiman tetapi telah keluar dari maut ke dalam hayat.

Kita perlu jelas bahawa hayat abadi yang kita terima sejurus selepas kita percaya kepada Yesus ialah kelahiruan dalam roh kita. Ini merupakan penerimaan hayat Tuhan yang abadi dan divin, yakni hayat untuk kita alami sekarang juga, bukan perkara pada masa akan datang.

Apabila kita menerima hayat abadi ini, kita “keluar dari maut ke dalam hayat”. Sebelum percaya kepada Yesus, kita pada asalnya mati dalam dosa-dosa (Ef. 2:1). Akan tetapi, pada saat kita percaya, kita diselamatkan daripada lingkungan maut ke dalam lingkungan hayat yang divin dan abadi ini, menjadikan hayat-Nya milik kita sekarang untuk kita alami pada masa sekarang.

8. “Roh Kudus”—Ef. 1:13

Dari saat kita percaya dan dilahirukan, kita beroleh hayat Tuhan, Tuhan menyalurkan Roh Kudus-Nya ke dalam roh kita untuk huni dalam kita. Dia memeterai kita dengan Roh-Nya, menjadikan kita milik-Nya.

Efesus 1:13 berkata:

 “Dalam-Nya kamu juga, setelah mendengar sabda kebenaran, iaitu injil penyelamatanmu, dalam-Nya juga kamu percaya, dengan itu kamu telah dimeterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan.”

Roh-Nya masuk ke dalam roh kita, bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan yang sejati, yang telah dilahirkan daripada Tuhan (Roma 8:16). Penyatuan Roh-Nya dengan roh kita inilah menjadi rahsia bagi kita menikmati penyelamatan Tuhan setiap hari hinggalah kita bertemu dengan Tuan.

9. “Dibebaskan”—Gal. 5:1

Galatia 5:1 berkata:

“Demi kebebasan, Kristus telah membebaskan kita; oleh itu, berdiri teguhlah dan jangan lagi terjerat oleh kuk pengabdian.”

Sebelum diselamatkan, kita telah dikongkong di bawah hukum berserta semua tuntutannya yang adilbenar. Akan tetapi, dari saat kita percaya kepada Yesus, kita dibebaskan daripada pengabdian hukum.

Penebusan Kristus telah menjawab semua tuntutan keadilbenaran Tuhan pada kita supaya sekarang kita dapat melayan Tuhan dalam kebaruan roh bukan dalam kelamaan huruf (Roma 7:6). Kita tidak harus kembali kepada hukum untuk cuba memenuhi tuntutannya melalui usaha kita.

Roma 8:4 memberitahu kita khabar yang baik:

“Supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh.”

Ini sesungguhnya satu pembebasan! Dengan bergerak-hidup menurut Roh yang kini berada bersama dengan roh kita, secara spontan kita menggenapkan semua tuntutan keadilbenaran daripada hukum Tuhan.

10. “Diselamatkan”—Ef. 2:8

Efesus 2:8 berkata:

“Kerana melalui kurnia, kamu telah diselamatkan menerusi iktikad, dan ini bukan daripada dirimu tetapi berian Tuhan;.”

Dengan percaya kepada Yesus, kita dibawa masuk ke dalam penyelamatan penuh Tuhan. Kita beroleh penyelamatan yang lengkap serta segala kekayaannya pada saat kita percaya. Kita tidak perlu mendapatkan apa-apa yang lain selepas percaya; kita hanya perlu lebih banyak mengalami dan menikmati segala kekayaan penyelamatan yang kita peroleh daripada Tuhan. Mari kita berdoa:

“Tuan Yesus, aku bersyukur kepada-Mu atas penyelamatan-Mu yang penuh dan lengkap, yang telah Engkau berikan kepada kami pada saat kami percaya kepada-Mu. Tuan, jadikanlah kami lebih lapar dan dahaga terhadap-Mu agar setiap hari kami mengalami, menikmati, serta menerapkan segala-gala yang telah Engkau berikan kepada kami pada saat kami percaya kepada-Mu. Tuan Yesus kami mengasihi-Mu.”

Di sini terdapat kidung yang dapat membantu kamu menghargai isi kandungan artikel ini:

Kidung #240

  1. Dengan b’rani hadap Tuhan,
    Alangkah menakjubkan!
    Ku pendosa t’rima kurnia,
    Bukan lagi musuh-Nya.
  2. Dulu tabiat kelakuan ku,
    Dari Tuhan jauh sungguh!
    Kini percaya darah-Nya,
    Tidak lagi terpisah.
  3. Dengan Tuhan tiada jarak,
    Ku dan Dia sungguh dekat;
    Kerana dalam Anak-Nya,
    Dengan Tuhan ku rapat.
  4. Tuhan sungguh kasihi ku,
    Kasih-Nya tak terhingga;
    Dengan kasih pada Anak,
    Dia kasihi ku juga.
  5. Tuhan ini ku miliki,
    Apa ku takut lagi?
    Lembut, manis bisikan-Nya,
    “Ku milik mu s’lamanya!”
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
Apakah perbezaan sukma dan roh?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)