Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Apa Itu Salib?
Menyerah Diri
Mempercayai Hakikat Tuhan
Apa Itu Salib?
2021-06-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat


Apa Itu Salib?


    Apa itu salib? Salib menandakan kekecewaan Tuhan terhadap manusia! Salib menandakan Tuhan tidak ada jalan lagi pada manusia. Apa itu salib? Salib bermaksud Tuhan berkata, "Aku cuba memperbaiki kamu namun kamu tidak dapat diperbaiki; Aku cuba membetulkan kamu namun kamu masih tidak betul; Aku cuba memajukan kamu namun kamu masih tidak maju, maka terpaksalah Aku menyalibkan kamu." Yang peliknya ialah walaupun kita sudah mengetahui hakikat ini, walaupun kita tahu bahawa Tuhan menganggap kita ini sudah rosak sehabis-habisnya sehinggakan perlu disalibkan, namun kita mengatakan kita ini masih tidak begitu buruk. Oleh itu, kita bertekad tiap-tiap hari. Kita berkata, "O Tuhan, aku berjanji aku akan membuat perkara ini. O Tuhan, aku berjanji aku akan membuat perkara itu. O Tuhan, mulai hari ini, aku tidak akan naik marah lagi.” Akan tetapi akhirnya semuanya tidak berjaya. Kita pun menyangka tekad kita tidak cukup kuat dan kita akan bertekad dengan lebih kuat pada lain kali. Setelah kita naik marah, kita bertekad bahawa kita tidak akan naik marah pada lain kali. Akan tetapi akhirnya kita naik marah lagi, lalu kita bertekad buat kali ketiga. Inilah kehidupan Paulus: "Bertekad ada padaku, tetapi mengerjahasilkan kebaikan tidak" (Roma 7:18). Kita bertekad, gagal, bertekad, dan gagal lagi. Perkara ini berulang-ulang. Ini bukan sahaja kehidupan yang pernah dilalui Paulus, malah ini juga pengalaman yang selalu kita alami hari ini. Dikbang dan dikkak, Sudah cukupkah kamu bertekad? Tuhan mengatakan kamu hanya layak untuk mati. Tuhan mengatakan kamu ini tidak berguna lagi. Tuhan mengatakan kamu ini langsung tidak ada harapan lagi.


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 90-91 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Menyerah Diri
Mempercayai Hakikat Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)