Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristus Anak Abraham
Imanuel
Anak Abraham
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 1:1: “Buku salasilah Yesus Kristus, iaitu anak Daud, anak Abraham.” Kristus bukan sahaja anak Daud, tetapi juga anak Abraham. Anak Abraham ialah Ishak. Ishak merupakan tamsil bagi Kristus dalam tiga aspek.

Pertama, Dia mewarisi janji dan berkat yang diberi Tuhan kepada Abraham (Kej. 22:17-18; Gal. 3:16, 14). Kedua, Ishak patuh kepada bapanya malah sehingga mati dan dibangkitkan daripada kematian (Kej. 22:9-10; Ibr. 11:19). Dalam menggenapi tamsil ini, Kristus dimatikan dan dipersembahkan kepada Tuhan serta dibangkitkan daripada kematian. Ketiga, Ishak mengambil Ribka, seorang perempuan Asing, sebagai isterinya (Kej. 24:61-67). Ini mentamsilkan Kristus mengambil gereja sebagai pengantin-Nya daripada bangsa Asing (Yoh. 3:29; Wahi 19:17).

Kristus sebagai anak Abraham membawa berkat divin yang dijanjikan itu kepada kita. Galatia 3:14 berkata, “Supaya berkat Abraham dapat sampai kepada bangsa Asing dalam Kristus Yesus, agar menerusi iktikad, kita dapat menerima Roh itu yang dijanjikan.” Daripada ayat ini, kita tahu bahawa berkat di sini merujuk kepada berkat yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham dalam buku Kejadian 12:3. Sekarang janji ini telah digenapi, iaitu janji ini telah sampai kepada bangsa Asing dalam Kristus Yesus, menerusi penebusan-Nya di atas salib. Janji ini ialah Roh itu, sebagai konsumasi bagi Tuhan Tritunggal yang terproses.

Bagi kajian yang lebih teliti, marilah kita cuba meninjau sedikit tentang janji Abraham ini. Galatia 3:16 berkata, “Tetapi janji-janji itu telah diucapkan kepada Abraham dan kepada benihnya. Dia bukan berkata, Dan kepada benih-benih itu, seolah-olah berkenaan banyak benih, tetapi berkata, ‘Dan kepada benihmu,’ berkenaan satu benih, iaitu Kristus.” Daripada ayat ini, benih Abraham hanyalah satu, iaitu Kristus. Seterusnya mari kita membaca Galatia 3:29: “Dan jika kamu kepunyaan Kristus, maka kamu ialah benih Abraham, iaitu waris menurut janji.” Memandangkan benih Abraham ialah Kristus sahaja, mengapakah di sini dikatakan kita juga benih Abraham? Memang ajaib, sekiranya kita menjadi benih Abraham, maksudnya kita adalah kepunyaan Kristus, dan kita menjadi sebahagian daripada Kristus. Disebabkan kita dan Kristus adalah satu, maka kita juga menjadi benih Abraham, iaitu waris menurut janji. Dengan itu kita mewarisi berkat yang dijanjikan Tuhan, iaitu Roh itu, Roh almuhit, sebagai bahagian kita.

Dalam injil, kita bukan sahaja menerima berkat pengampunan, pembasuhan, dan pembersihan; malah lebih-lebih lagi, kita menerima berkat yang paling hebat, iaitu Tuhan Tritunggal—Bapa, Anak, dan Roh—sebagai Roh beri-hayat almuhit terproses yang huni dalam kita dengan cara yang amat subjektif untuk kenikmatan kita. Oh, betapa berkatnya kita dapat menikmati Dia yang sedemikian almuhit sebagai bahagian kita setiap hari!

Imanuel
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)