Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
Adakah Kamu Berasa Haus?
Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
2021-03-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e Roti Hayat

20 Mac 2021

Hayat yang Bebas daripada Kuasa Dosa

Bacaan Bible:

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

Petikan Bacaan: 

    Saya ingin mengulang seribu kali dengan mengatakan bahawa bukan orang Kristian yang istimewa sahaja yang dapat dibebaskan daripada hukum dosa dan maut, tetapi setiap orang Kristian dapat dibebaskan daripada hukum dosa dan maut. Apakah “tidak berdaya”? Seperti yang dikatakan dalam Roma 7, tidak berdaya bermakna tidak melakukan kebaikan yang diingini, sebaliknya mengamalkan kejahatan yang tidak diingini. Tidak berdaya bermakna “bertekad ada padaku, tetapi mengerjahasilkan kebaikan tidak”. Saya tidak berdaya, saya tidak dapat melakukannya. Sejarah banyak orang Kristian berkisar pada bertekad dan memungkiri tekad. Mereka sentiasa bertekad hendak membuat sesuatu dan sentiasa gagal. Akan tetapi, syukur dan puji kepada Tuhan! Sabda Tuhan mengatakan bahawa setiap orang Kristian tidak lagi tidak berdaya.

    Apakah itu hukum? Hukum bermaksud sesuatu yang sentiasa berulang. Hukum bermaksud di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan, sesuatu tindakan tertentu pasti akan menghasilkan kesan yang sama. Hukum merupakan suatu fenomena yang tetap, sifat yang lazim, dan keadaan yang berulang-ulang. Satu contoh ialah daya tarikan graviti. Bila-bila sahaja kamu membuang sesuatu benda, benda itu pasti ditarik oleh daya graviti dan jatuh ke bawah. Daya tarikan graviti ini ialah sejenis hukum. Pada sesetengah orang, kemarahan merupakan hukum. Mereka mungkin bersabar sekali dua, namun pada kali ketiga mereka akan terangsang. Pada kali keempat, mereka terus melepaskan kemarahan. Hal ini berlaku pada seorang demi seorang dikbang. Pada mulanya, mereka masih boleh bersabar, tetapi akhirnya kemarahan mereka meletup. Setiap kali menghadapi cubaan, akibat yang sama akan berlaku. Sering kali kesombongan juga begitu. Apabila orang memuji kamu sekali, kamu mungkin tidak berasa apa-apa. Namun apabila orang memuji kamu dua kali, wajah kamu sudah berseri. Hukum merupakan sesuatu yang akan menghasilkan kesan yang sama setelah melalui langkah yang sama. Dosa sudah menjadi hukum pada kita. Banyak dikbang mudah dibawa berbincang dalam banyak hal, namun terhadap hal tertentu, mereka mudah terangsang. Mereka dapat mengatasi banyak perkara, namun sebaik sahaja mereka menyentuh perkara tertentu, mereka akan terangsang.

    Dikbang dan dikkak, kita tidak perlu menjadi orang Kristian yang istimewa untuk dibebaskan daripada hukum dosa. Tidak ada orang Kristian yang perlu kekal berada dalam keadaan yang tidak berdaya, Setiap orang Kristian dapat dibebaskan daripada dosa. Ayat-ayat Bible di atas menunjukkan suatu hakikat, bukan perintah. Semua ini merupakan pengalaman yang harus ada pada setiap orang Kristian. 

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 25-26 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Adakah Kamu Berasa Haus?
Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)