Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
Bukan Lagi "Aku"
Segala-galanya Telah Selesai!
Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
2021-04-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

10 April 2021

Adakah Anda Berasa "Saya Tidak Dapat Jayeng"? 

Bacaan Bible: 

Roma 6:8 Sekarang jika kita mati bersama dengan Kristus, kita percaya bahawa kita juga akan hidup bersama dengan-Nya

2 Kor. 2:14a Tetapi syukur kepada Tuhan yang selalu memimpin kami dalam kemenangan gemilang...   

Petikan Bacaan: 

Ada seorang dikbang yang pernah berkata kepada saya sambil menangis, “Saya tidak dapat jayeng.” Saya membalas, “Dikbang, kamu memang tidak dapat jayeng.” Dia berkata lagi, “Saya tidak dapat jayeng, dan saya tidak dapat berbuat apa-apa.” Saya berkata, “Tuhan tidak pernah ingin kamu jayeng.” Tuhan tidak pernah ingin mengubah sifat pemarah kamu menjadi sifat peramah. Tuhan tidak pernah ingin mengubah sifat degil kamu menjadi sifat lembut. Tuhan tidak pernah ingin mengubah kesedihan kamu menjadi keriangan. Cara Tuhan ialah menggantikan hayat kamu dengan hayat lain. Hal ini langsung tidak berkaitan dengan kamu.

    Seorang dikkak berkata, “Memang mudah bagi orang lain jayeng, tetapi amat susah bagi saya jayeng. Sifat panas baran saya lebih teruk daripada orang lain, fikiran saya lebih kotor daripada orang lain. Saya lebih nakal berbanding dengan orang lain. Saya tidak dapat mengawal diri.” Saya menjawab, “Betul. Kamu bukan sahaja susah hendak jayeng, malah mustahil kamu dapat jayeng.” Adakah kamu berfikir bahawa jika seseorang lebih jujur, lebih peramah, lebih murni fikirannya, maka dia dapat jayeng dengan lebih mudah? Biar saya beritahu kamu, hal seperti ini tidak wujud. Biarpun seseorang itu menjadi lebih lembut-halus, lebih kudus, lebih sempurna, namun dia masih perlu keluar untuk membiarkan Kristus masuk supaya dia dapat jayeng. Dari segi yang lain, biarpun seseorang itu lebih jahat, lebih cemar, dan lebih bercela berbanding dengan orang lain, dia juga perlu keluar untuk membiarkan Kristus masuk supaya dia dapat jayeng. Seseorang yang panas baran dan tidak bermoral perlu percaya kepada Tuan Yesus. Seseorang yang peramah dan bermoral juga perlu percaya kepada Tuan Yesus. Demikian juga, bukan orang yang panas baran dan tidak bermoral sahaja yang perlu jayeng, orang yang peramah dan bermoral juga perlu jayeng. Syukur dan puji kepada Tuhan! Kemenangan itu Kristus; kemenangan tidak ada kena-mengena dengan kita.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 36-37 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Bukan Lagi "Aku"
Segala-galanya Telah Selesai!
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)