Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Menyeru Nama Tuan Tujuan Menyeru Nama Tuan
Menyeru Nama Tuan – Rahsia Kenikmatan Kita terhadap Tuan
Manfaat Menyeru Nama Tuan
Tujuan Menyeru Nama Tuan
2016-10-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mengapa kita perlu menyeru nama Tuan? Menyeru nama Tuan ialah rahsia penyelamatan kita. Jika seseorang itu ingin diselamatkan, dia perlu menyeru nama Tuan (Roma 10:13). Bukan itu sahaja, menyeru nama Tuan juga menyelamatkan kita daripada keperitan (Mzm. 18:6; 118:5), kesusahan (Mzm. 50:15; 86:7), dan kesedihan (Mzm. 116:3-4). Dengan menyeru nama Tuan, kita menikmati kekayaan Tuan dan segala pencapaian-Nya tidak kira dalam apa jua keadaan. Menyeru nama Tuan amatlah penting bagi kita sebagai percayawan dalam Kristus untuk berbahagian dalam Kristus almuhit dan menikmati-Nya dengan segala yang telah disempurnakan, dicapai, dan diperoleh-Nya (1 Kor. 1:2). Ini amalan utama dalam ekonomi Wasiat Baru Tuhan yang membolehkan kita menikmati Tuhan Tritunggal yang terproses demi penyelamatan penuh kita (Roma 10:10-13).

Roma 10:12 memberitahu kita bahawa Tuan adalah kaya kepada semua yang menyeru-Nya. Jalan untuk menikmati kekayaan Tuan adalah dengan menyeru-Nya. Tuan bukan sahaja kaya, malah juga intim dan mudah dihubungi kerana Dia ialah Roh beri-hayat (1 Kor. 15:45). Oleh sebab Dia ialah Roh itu, maka Dia adalah swawujud, dan kita boleh menyeru nama-Nya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Apabila kita menyeru-Nya, Dia sebagai Roh itu akan datang kepada kita dengan serta-merta, dan kita akan menikmati kekayaan-Nya. Berdoa secara senyap memang dapat membantu seseorang itu diselamatkan, tetapi cara ini tidak cukup kaya. Menyeru dengan kuat dapat membantu seseorang itu diselamatkan dengan lebih kaya dan lebih menyeluruh. Jalan untuk kita berbahagian dalam rahmat Tuan yang kaya adalah dengan menyeru nama-Nya. Semakin kerap kita menyeru nama-Nya, semakin kita menikmati rahmat-Nya (Mzm. 86:3).

Bagaimana kita menyeru nama Tuan? Kita harus menyeru-Nya daripada hati yang murni (2 Tim. 2:22). Hati kita merupakan sumber penyeruan. Oleh itu, hati kita haruslah murni dan tidak menginginkan apa-apa selain daripada Tuan sendiri. Kita juga harus menyeru dengan menggunakan mulut yang bersih (Zef. 3:9). Kita harus menjaga pertuturan kita kerana tidak ada apa yang lebih mencemarkan mulut kita daripada beromong-omong kosong. Jika mulut kita menjadi kotor disebabkan kita beromong-omong kosong, maka sukar bagi kita menyeru nama Tuan. Selain itu, kita juga memerlukan mulut yang terbuka (Mzm. 81:10). Kita harus membuka mulut lebar-lebar untuk menyeru Tuan. Selain itu, kita juga perlu menyeru Tuan secara korporat. Dua Timotius 2:22 berkata, “Larilah daripada nafsu orang muda, dan kejarlah keadilbenaran, iktikad, kasih, kedamaian bersama dengan mereka yang menyeru Tuan daripada hati yang murni.” Kita harus berhimpun bersama-sama untuk tujuan menyeru nama Tuan.

Menyeru nama Tuan bukan sekadar suatu doktrin, tetapi amalan ini penuh realiti. Kita perlu mengamalkannya setiap hari dan setiap masa. Kita harus bernafas secara rohani dengan cara ini. Kita berharap agar lebih banyak umat Tuan, terutamanya percayawan baru, dapat berlatih menyeru nama Tuan. Tidak kira dalam apa jua keadaan, pada bila-bila masa, kita harus menyeru, “Tuan Yesus, O Tuan Yesus!” Jika kita selalu berlatih menyeru nama Tuan, kita akan melihat bahawa inilah jalan yang kaya dan ajaib untuk menikmati Tuan.

Menyeru Nama Tuan – Rahsia Kenikmatan Kita terhadap Tuan
Manfaat Menyeru Nama Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)