Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
Tuhan ialah Roh, manusia ada roh
2017-03-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pernahkah rakan-rakan injil di sekeliling kamu mempersoalkan hal tentang roh? Roh amat abstrak, tidak dapat dilihat, dan tidak dapat disentuh. Namun, Bible sememangnya berbicara tentang Tuhan ialah Roh dan manusia ada roh. Terdapat tiga ayat Bible yang meletakkan dua perkara ini bersama-sama:

 “Tuhan ialah Roh, dan mereka yang menyembah-Nya harus menyembah dalam roh dan ketulusikhlasan.” (Yohanes 4:24) 

“Yang dilahirkan daripada tubuh daging ialah tubuh daging, dan yang dilahirkan daripada Roh itu ialah roh.” (Yohanes 3:6)

Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan.” (Roma 8:16)

Tambahan pula, 1 Korintus 6:17 membuktikan bahawa roh kita boleh bergabung dengan Roh Tuhan menjadi satu roh. Dua roh ini dapat berbaur. Jadi, apakah itu roh?

Roh amat abstrak, begitu juga dalam kehidupan kita terdapat banyak perkara yang abstrak. Contohnya, hayat adalah abstrak. Bandingkan seorang yang hidup dengan seorang yang mati. Elemen kimia dalam kedua-dua orang ini adalah sama, tidak ada perbezaan. Namun orang yang hidup itu adalah aktif, manakala orang yang mati itu tidak bergerak. Kita boleh jelas membezakan yang mati dengan yang hidup. Oleh itu, walaupun hayat manusia adalah abstrak tetapi kita dapat mengenal pasti hayat. Mengapakah ikan berenang dalam air? Kerana ikan mempunyai hayat yang berenang. Mengapakah burung terbang di langit? Kerana burung memiliki hayat yang boleh terbang. Mengapakah orang Kristian bergirang? Kerana orang Kristian mempunyai hayat Tuhan; hayat Tuhan ialah hayat yang bergirang. Walaupun hayat adalah abstrak, tetapi hayat boleh dialami.

Kasih juga adalah abstrak. Adakah kamu mempunyai kasih dalam kamu? Saya percaya kamu ada. Kamu mengasihi ibu bapa, anak-anak, kawan-kawan dan sebagainya. Namun di manakah kasih? Bolehkah kamu ambil keluar dan tunjukkan? Tidak. Namun semasa kamu mengasihi orang, kamu dapat merasainya; apabila kamu dikasihi orang, kamu juga dapat merasainya. Walaupun kasih adalah abstrak, namun kasih boleh dirasai, boleh dialami.

Begitu juga dengan roh. Walaupun roh adalah abstrak, tetapi roh boleh dialami. Bagaimanakah kita mengalami Roh Tuhan? Bagaimanakah kita mengalami roh manusia? Sungguh mudah—melalui doa dan menyeru nama Tuan. Kita berkata kepada Tuan, “O Tuan Yesus, O Tuan Yesus. Tuan Yesus, aku memerlukan-Mu. O Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu. O Tuan Yesus, penuhilah aku.” Semasa kamu berdoa sebegini, kamu sedang menggunakan roh kamu, Roh Tuhan juga akan masuk ke dalam roh kamu, bergabung dan berbaur dengan roh kamu. Oleh itu, janganlah cuba memahami roh yang abstrak dengan minda, hanya latihlah roh yang berada di bahagian terdalam seluruh diri kamu untuk berdoa, berseru pada-Nya, nyanyi, bersekutu dengan pekudus dan membaca sabda-Nya.

“Tetapi dia yang digabungkan kepada Tuan ialah satu roh.” (1 Kor. 6:17)

Semakin kita melatih roh dengan menyeru nama Tuan dan berdoa kepada-Nya, semakin roh kita menjadi peka, yakni penuh dengan perasaan. Semakin kita mengaku dosa, mengaku kesalahan, kekurangan kita, memohon pembasuhan oleh darah adi Tuan, semakin kita dipenuhi Tuhan dengan roh. Dengan demikian, kita dapat mengalami Roh Tuhan, dan juga mengalami roh manusia dan Roh Tuhan bergabung menjadi satu roh.

Marilah kita melatih roh dengan menikmati kidung #371, rangkap 1 dan 5.

Kidung #371

  1. O Tuan, Kau kini Roh itu,
    Hidupkan ku, beri hayat,
    Limpahan-Mu bekalan ku,
    Sungguh divin, sungguh mulia!
  1. O Tuan, ajar ku latih roh,
    Agar roh ku menyentuh-Mu,
    Gerak-hidup menurut Roh
    Dan salurkan realiti-Mu.
Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)