Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
2019-12-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Roma 16:20 berkata, “Sekarang Tuhan damai sejahtera akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kamu tidak lama lagi.” Kata janji Tuhan ini dibicarakan kepada orang yang berada dalam kehidupan gereja, kerana ayat yang sebelumnya menunjukkan keprihatinan antara pekudus dan persekutuan dalam kalangan gereja. Menanggulangi Syaitan ialah perkara Tubuh, bukan perkara individu. [Hanya apabila kita mempunyai gereja lokal yang wajar sebagai ekspresi praktikal Tubuh, barulah Syaitan dihancurkan di bawah kaki kita.] Hanya apabila kita mengalami dan menikmati pendispenan divin dalam kehidupan gereja, barulah kita dapat jayeng atas Syaitan dan menghancurkan dia di bawah kaki kita. Kehidupan gereja ialah sarana paling kuat yang membolehkan Tuhan jayeng atas Syaitan, dan ia juga rahsia kemenangan kita. Apabila kita terpisah daripada gereja, kita menjadi mangsa Syaitan, kerana mustahil kita dapat berperang dengan Syaitan secara individu. Akan tetapi, asalkan kita kekal berada dalam gereja dan satu dengan Tubuh, Syaitan berada di bawah kaki kita, dan kita juga menikmati Tuhan sebagai Tuhan damai sejahtera.

Tuhan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kita bukan sekadar melalui gereja, Tubuh Kristus, tetapi juga melalui hayat yang berada dalam Tubuh. Dalam perkara ini, Tubuh dan hayat sama penting. Hayat bukan yang lain melainkan Tuhan Tritunggal yang didispenkan ke dalam kita untuk mengkonstitusikan kita sebagai Tubuh Kristus. Dengan demikian, hayat dan Tubuh adalah satu; kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Jika tidak ada hayat, maka tidak ada Tubuh. Hayat ialah isi kandungan, dan Tubuh ialah ekspresi. Tuhan akan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kita menerusi hayat dan Tubuh.

Di sini, Paulus menggelar Tuhan sebagai “Tuhan damai sejahtera”. Hal ini amat bermakna. Tuhan damai sejahtera dan damai sejahtera Tuhan adalah satu. Apabila Tuhan didispenkan ke dalam kita, damai sejahtera didispenkan ke dalam kita. Oleh yang demikian, damai sejahtera yang kita nikmati ialah Tuhan sendiri. Apabila Tuhan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kita dalam kehidupan gereja, kita mempunyai damai sejahtera Tuhan sebagai tanda kemenangan kita. Dengan demikian, menerusi pendispenan divin, kita mengalami penghancuran Syaitan dan damai sejahtera Tuhan dalam kehidupan gereja. (Truth Lessons, tahap 2, jil. 3, pel. 29)

Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)