Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Tanah yang beralirkan susu dan madu
Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
Di luar kem dan sebelah dalam tirai
Tanah yang beralirkan susu dan madu
2020-03-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kolose 1:12 – Mengucapkan syukur kepada Bapa yang melayakkan kamu supaya sama-sama beroleh bahagian peruntukan para pekudus dalam cahaya.
Ulangan 11:12 – Itulah tanah yang diperhati Yehova Tuhanmu; mata Yehova Tuhanmu selalu menatapnya, dari awal tahun malah hingga akhir tahun.

[Bahagian peruntukan dalam Kolose 1:12] merujuk kepada peruntukan warisan, seperti yang diilustrasikan oleh pemberian bahagian peruntukan tanah permai Kanaan kepada umat Israel sebagai warisan mereka (Yos. 14:1). Warisan percayawan Wasiat Baru, bahagian peruntukan mereka, bukanlah tanah fizikal tetapi Kristus almuhit. Dialah bahagian peruntukan para pekudus sebagai warisan divin mereka untuk dinikmati mereka. (Kol. 1:12, nota kaki 2)

Disebabkan kita digabungkan kepada Kristus yang merupakan realiti tanah permai secara praktikal dan menikmati kekayaan-Nya…, mata Tuhan sentiasa menatap kita, membolehkan kita menikmati hadirat Tuhan dan menjadikan kita objek jagaan-Nya. (Terjemahan Holy Bible Recovery Version, Ul. 11:12, nota kaki 1)

Tanah permai ialah tanah yang beralirkan susu dan madu. Dapatkah kamu beritahu saya bahawa susu dan madu kepunyaan hayat yang mana satu? Susu dan madu kepunyaan hayat haiwan atau hayat tumbuhan? Perhatikan bagaimana Roh Kudus mengatur dua butir ini dalam Sabda. Dalam Ulangan 8:8, madu diletakkan bersama dengan tumbuhan: gandum, barli, pohon anggur, pohon ara, pohon delima, pohon zaitun, kemudian madu. Dalam Ulangan 32:14 pula, susu diletakkan bersama dengan haiwan: lembu, kawanan domba, susu, dan dadih.…Madu terutamanya berkaitan dengan hayat tumbuhan. Madu terutamanya berasal daripada bunga dan pohon. Sudah tentu, ini juga melibatkan sebahagian kecil hayat haiwan—haiwan yang kecil itu, lebah. Tanpa bunga, kita tidak mungkin ada madu, dan tanpa lebah, kita juga tidak mungkin ada madu. Kita harus mempunyai bunga dan harus mempunyai lebah. Kedua-dua ini bekerjasama; dua jenis hayat ini berbaur bersama dan terhasillah madu.

Bagaimana pula dengan susu? Kita boleh mengatakan bahawa susu terutamanya adalah kepunyaan hayat haiwan. Akan tetapi, susu sememangnya merupakan hasil daripada hayat haiwan dan hayat tumbuhan. Jika kita tidak ada padang rumput, jika kita tidak ada rumput, biarpun kita ada lembu dan kawanan domba, kita tidak mungkin ada susu dan dadih. Makanan yang mana satukah yang lebih baik: susu atau semua buah daripada pohon—pohon anggur, pohon ara, pohon delima, dan pohon zaitun?…Saya percaya kita semua tahu bahawa susu lebih baik berbanding dengan semua buah daripada hayat tumbuhan. Mengapakah demikian? Hal ini kerana menerusi susu dan madu, kita menikmati pembauran dua jenis hayat. Dengan demikian, kamu melihat bahawa dua butir ini kepunyaan hayat tumbuhan dan juga hayat haiwan.

Apakah maksudnya? Aspek apakah tentang hayat Kristus yang digambarkan oleh susu dan madu? Apabila kamu menikmati Kristus sebagai gandum, barli, pohon anggur, dan sebagainya, dan pada masa yang sama kamu menikmati Dia sebagai lembu jantan dan anak domba, kamu akan sedar bahawa Tuan begitu baik, bahawa Tuan begitu manis dan begitu kaya kepada kamu, sama seperti susu dan madu. Terutama sekali ketika kamu lemah dalam roh dan kamu datang kepada Tuan untuk mengalami dan menerapkan-Nya, kamu akan berasa bahawa Dialah susu dan madu. Kamu merasakan kekayaan dan kemanisan hayat Kristus. Oh, kebaikan susu dan kemanisan madu! Kristus begitu baik! Kristus begitu manis! Dia ialah tanah yang beralirkan susu dan madu. Pengalaman ini terhasil daripada dua aspek bagi hayat Kristus, iaitu hayat yang menghasil dan menebus. Semakin kamu menghayati Dia sebagai gandum dan barli dan sebagainya, dan pada masa yang sama sebagai lembu dan kawanan domba, semakin kamu akan menikmati Kristus sebagai susu dan madu.

Betapa kayanya Kristus bagi kita! Kita harus mempunyai pengalaman yang begitu lengkap dan penuh terhadap-Nya…sebagai begitu banyak jenis makanan. Kita harus menikmati Kristus ke tahap sedemikian supaya hayat dalam kita dapat menjadi matang. Kemudian, akan adanya pembinaan untuk Tuan dan pertempuran dengan musuh. (Kristus Almuhit, m.s. 67-68)

Bacaan Selanjutnya: Life-study of Deuteronomy, mesej 9; CWWL, 1977, jil. 3, “The Ultimate Significance of the Golden Lampstand”, bab 5; CWWN, jil. 23, “The Song of Songs”, m.s. 71-72

Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
Di luar kem dan sebelah dalam tirai
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)