KEPERCAYAAN KAMI
  1. Kami percaya bahawa Holy Bible ialah wahi divin yang lengkap, yang diilhamkan oleh Roh Kudus secara lisan (2 Ptr. 1:21; 2 Tim. 3:16).
  2. Kami percaya bahawa Tuhan ialah satu-satunya Tuhan Tritunggal—Bapa, Anak, dan Roh itu—yang wujud bersama secara setara dari keabadian hingga keabadian (1 Tim. 2:5a; Mat. 28:19).
  3. Kami percaya bahawa Anak Tuhan, bahkan Tuhan sendiri, telah berinkarnasi untuk menjadi seorang manusia bernama Yesus, dilahirkan oleh seorang perawan, Maria, supaya Dia dapat menjadi Penebus dan Penyelamat kami (Yoh. 1:1, 14; Mat. 1:23).
  4. Kami percaya bahawa Yesus, seorang manusia yang sejati, pernah hidup di bumi ini selama tiga puluh tiga tahun setengah untuk membolehkan manusia mengenali Tuhan Bapa (Yoh. 1:18).
  5. Kami percaya bahawa Yesus, yakni Kristus yang diurapi Tuhan dengan Roh Kudus-Nya, mati di atas salib untuk dosa-dosa kami dan mengalirkan darah-Nya demi menyempurnakan penebusan untuk kami (Mat. 3:16; 1 Ptr. 2:24; Ef. 1:7a).
  6. Kami percaya bahawa Yesus Kristus, setelah dikebumikan selama tiga hari, bangkit daripada yang mati secara fizikal dan rohani, dan dalam kebangkitan, Dia telah menjadi Roh beri-hayat untuk menyalurkan diri-Nya ke dalam kami sebagai hayat dan segala-galanya (Kis. 10:40; 1 Kor. 15:4, 45b).
  7. Kami percaya bahawa selepas kebangkitan-Nya, Kristus naik ke syurga dan Tuhan telah menjadikan Dia sebagai Tuan segala-gala (Kis. 2:33, 36).
  8. Kami percaya bahawa selepas kenaikan-Nya ke syurga, Kristus mencurahkan Roh Tuhan untuk membaptis anggota-anggota yang dipilih-Nya ke dalam satu Tubuh dan bahawa Roh Tuhan, yang juga merupakan Roh Kristus, sedang bergerak di bumi ini pada hari ini untuk menginsafkan pendosa-pendosa, melahirukan umat pilihan Tuhan, huni dalam anggota-anggota Kristus demi pertumbuhan mereka dalam hayat, dan membina Tubuh Kristus agar Dia memperoleh ekspresi yang penuh (Kis. 1:8; 1 Kor. 12:13; Roma 8:9; Yoh. 16:8; Tit. 3:5; Ef. 4:16).
  9. Kami percaya bahawa pada keakhiran zaman ini, Kristus akan kembali untuk meraptur anggota-anggota-Nya, menghakimi dunia, memperoleh seluruh bumi, dan mendirikan kingdom abadi-Nya (1 Tes. 2:19).
  10. Kami percaya bahawa pekudus yang jayeng akan meraja bersama dengan Kristus dalam kingdom milenium dan bahawa semua percayawan dalam Kristus akan berbahagian dalam berkat divin dalam Yerusalem Baru di langit baru dan bumi baru hingga keabadian (Wahi 20:6; 21:2).
PENDIRIAN KAMI
  1. Kami berdiri atas Kitab Kudus, bukan menurut apa-apa pentafsiran tradisional, tetapi menurut Sabda Tuhan yang tulen.
  2. Kami berdiri atas Kristus yang merupakan batuan hidup, batu asas, Kepala Tubuh, serta hayat dan realiti gereja.
  3. Kami berdiri atas penyatupaduan sejati Tubuh Kristus. Kami bukan mazhab, bukan denominasi, bukan tidak berdenominasi, dan juga bukan antara denominasi.

MISI KAMI
  1. Memberitakan injil kurnia dan injil kingdom kepada pembaca supaya mereka dapat diselamatkan.
  2. Meministerkan bekalan hayat kepada percayawan supaya mereka dapat bertumbuh dalam Kristus.
  3. Membebaskan sabda Tuhan yang hidup dan kaya daripada Kitab Kudus supaya percayawan dapat dikhasiati lalu bertumbuh dan menjadi matang.

HARAPAN KAMI
  1. Kami berharap agar sebanyak mana yang ditetapkan Tuhan untuk beroleh hayat abadi akan percaya kepada Tuan Yesus.
  2. Kami berharap agar semua orang Kristian yang dilahirukan akan mengejar pertumbuhan dalam
    hayat, bukan sekadar mengejar pertambahan dalam pengetahuan.
  3. Kami berharap agar semua orang Kristian yang mencari itu akan melihat visi berkenaan gereja dan masuk ke dalam kehidupan gereja yang praktikal di lokaliti mereka.
  4. Kami berharap agar Tuan akan memperoleh saki-baki pejayeng untuk mempersiapkan Pengantin-Nya.
  5. Kami berharap agar perkembalian Tuan akan dipercepat melalui pertumbuhan kita dan agar kami dapat berbahagian dalam kerapturan yang berberkat dan dalam kingdom-Nya yang akan datang.