Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Pemugaran Pagi Sarapan Rohani
Bangun Awal Pagi
Masa yang terbaik untuk bertemu dengan Tuan – pada awal pagi
Sarapan Rohani
2016-09-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

2 Korintus 4:16: “Meskipun manusia luaran kami mereput, namun manusia dalaman kami diperbarui hari demi hari.”

Dalam penciptaan Tuhan, segala-gala mempunyai hukum dan prinsipnya. Dalam alam semula jadi, satu hukum yang paling ketara ialah terbit dan terbenamnya matahari. Tuhan menetapkan bahawa fajar akan menyingsing setiap dua puluh empat jam, menandakan permulaan baru dalam sehari.

Tubuh fizikal kita memerlukan pemugaran setiap pagi. Selepas kita bangun pada waktu pagi, seluruh tubuh kita memerlukan pemugaran. Kita perlu mencuci muka untuk menyingkirkan segala rasa mengantuk. Selepas membersihkan muka dan gigi, kita membersihkan paru-paru kita dengan menarik nafas panjang. Dengan itu, seluruh diri kita diperbarui.

Demikian juga dengan roh kita. Roh orang Kristian juga perlu diperbarui hari demi hari. Kehidupan orang Kristian yang normal ialah kehidupan yang dipugarkan setiap pagi. Amsal 4:18 berkata, “Tetapi laluan orang adilbenar itu seperti cahaya fajar, / Yang bersinar semakin terang sampai rembang tengah hari.” Fajar ialah saat merekahnya langit dan sebelum matahari terbit sepenuhnya dari timur. Masa awal pagi ini berlalu dengan cepat. Dengan segera satu jam sudah berlalu. Inilah sebabnya Sabda Tuan berkata, “Tebuslah masa” (Ef. 5:16). Tempoh masa yang paling perlu ditebus ialah jam 6 hingga 7 pagi. Pada waktu ini, setiap minit adalah berharga. Kita harus menebus masa ini, menggunakan masa ini dengan sebijak-bijaknya.

Perkara yang paling bernilai dan manis bagi seseorang Kristian ialah hubungannya dengan Tuan. Kita perlu memupuk sejenis hubungan yang rapat, mesra, penuh kasih, dan peribadi dengan Tuan. Waktu pagi merupakan masa yang paling baik untuk kita menghubungi Tuan, menyeru nama-Nya, berdoa kepada-Nya, dan membaca Sabda-Nya. Sebelum apa-apa bunyi duniawi dan hal ehwal seharian menduduki hati dan minda kita serta menuntut perhatian kita, baik kita mengasingkan masa awal pagi ini untuk memalingkan seluruh diri kita kepada Tuan yang kita kasihi, bersemuka dengan-Nya dalam roh, menghirup Dia sebagai Roh beri-hayat, dan menikmati Sabda-Nya. “Sarapan rohani” ini akan mengkhasiati kita supaya kita beroleh tenaga untuk menjalani kehidupan sehari-hari kita sebagai orang Kristian.

Kidung #588

Ku datang pada-Mu,
Dambakan diri-Mu!
Makan, minum Kau selalu,
Nikmati diri-Mu.

Bangun Awal Pagi
Masa yang terbaik untuk bertemu dengan Tuan – pada awal pagi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)