Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Roh Itu Roh Itu
Roh Kudus
Apakah maksud “Roh itu belum lagi” dalam Yohanes 7:39?
Roh Itu
2016-09-23 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Secara muktamad, Roh Tuhan ialah Roh itu. Roh itu ialah totaliti, agregat bagi semua elemen gelaran Roh Tuhan. Oleh itu, Roh itu ialah Roh almuhit.

Apabila semua aspek dan elemen Roh itu diletakkan bersama-sama, kita mempunyai totaliti, agregat, yang dikenali dalam Wasiat Baru sebagai Roh itu (Mrk. 1:10; Mat. 4:1; 12:31; Yoh. 3:5, 34; 7:39; Kis. 6:3; 8:18; Roma 8:16, 23, 26, 27; Gal. 3:2, 14; 5:16-18, 22, 25; 1 Ptr. 1:2; Wahi 2:7; 14:13; 22:17). Sebagaimana Bible ialah buku itu, begitu juga Roh Tuhan hari ini ialah Roh itu. Roh itu ialah Roh yang almuhit, terproses, dan majmuk. Roh ini ialah Roh Kudus, Roh Tuhan, Roh Bapa, Roh Tuan, Roh Anak Tuhan, Roh Yesus, Roh Kristus, Roh Yesus Kristus, Tuan Roh, Roh kepada Tuhan yang hidup, Roh beri-hayat, Roh hayat, Roh kurnia, Roh realiti, Pelipur, Roh kudrat, Roh kemuliaan dan Roh kepunyaan Tuhan, Roh abadi, dan tujuh Roh.

Yohanes 7:39 berkata, “Kata-Nya ini berkenaan Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka yang percaya ke dalam-Nya; sebabnya Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan.” Ayat ini berbicara tentang Roh itu, memberitahu kita bahawa sebelum Tuan Yesus disalibkan dan dibangkitkan, Roh itu belum lagi. Roh Tuhan sudah ada pada mulanya (Kej. 1:1-2), tetapi Roh itu sebagai Roh almuhit Yesus Kristus “belum lagi” pada masa Yohanes 7:39, kerana Tuan Yesus belum lagi dimuliakan. Selepas kebangkitan-Nya, iaitu selepas Dia dimuliakan, Roh Tuhan menjadi Roh Yesus Kristus yang berinkarnasi, tersalib, dan terbangkit. Walaupun begitu, sebelum kematian dan kebangkitan Kristus, Roh Tuhan ialah Roh Yehova dan Roh Kudus, Roh itu belum lagi. Istilah ini—Roh itu—sering digunakan oleh Paulus dalam Surat-suratnya dan oleh Yohanes dalam buku Wahi. Semasa berbicara tentang Roh itu, Yohanes dan Paulus merujuk kepada Roh beri-hayat Tuhan Tritunggal yang almuhit. Oleh itu, akhirnya dan secara muktamad, Roh Tuhan ialah Roh itu.

Berkenaan injil yang diberitakan terlebih dahulu kepada Abraham, Galatia 3:14 berkata, “Supaya berkat Abraham dapat sampai kepada bangsa Asing dalam Kristus Yesus, agar menerusi iktikad, kita dapat menerima Roh itu yang dijanjikan.” Semasa memberitakan injil kepada Abraham, Tuhan berjanji kepadanya Roh itu. Sekali lagi dalam Galatia 3:14 kita tidak melihat Roh Tuhan, Roh Tuan, atau Roh Kudus. Dalam ayat ini, kita melihat Roh itu kerana Roh itu ialah berkat unik bagi ekonomi Wasiat Baru yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham.

Kita telah menunjukkan bahawa dalam Bible, Roh itu ialah konsumasi Tuhan Tritunggal. Akan tetapi, ini bukan Tuhan Tritunggal yang terpisah daripada proses yang dilalui-Nya. Roh itu ialah Tuhan Tritunggal selepas Dia melalui proses inkarnasi, kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Setelah melalui proses ini, Tuhan Tritunggal kini ialah Roh terkonsumasi ini sebagai berkat Wasiat Baru. Dengan demikian, Roh itu ialah berkat ekonomi Wasiat Baru Tuhan.

Dalam buku Wahi, hanya dua gelaran Roh itu yang digunakan: tujuh Roh dan Roh itu. Dalam 1:4; 3:1; 4:5; dan 5:6, kita melihat tujuh Roh. Dalam bab 2 dan 3, gelaran “Roh itu” digunakan berulang kali. Ia juga didapati dalam Wahi 14:13 dan, akhirnya dalam Wahi 22:17. Ayat ini berkata, “Roh itu dan pengantin perempuan berkata, Datanglah!” Ini mewahikan bahawa Roh itu sebagai totaliti Tuhan Tritunggal yang terproses telah menjadi satu dengan gereja, yang kini penuh matang untuk menjadi pengantin perempuan. Oleh itu, Roh itu ialah ekspresi muktamad bagi Tuhan Tritunggal yang terproses, dan pengantin perempuan ialah ekspresi muktamad bagi manusia tripartit yang ditransform. Sampai masa Wahi 22:17, Tuhan Tritunggal yang terproses dan manusia tripartit yang ditransform akan menjadi satu dan akan berbicara sebagai satu.

Roh itu ialah Roh yang terproses, majmuk, almuhit, beri-hayat, huni secara dalaman, diperhebat tujuh kali ganda, terkonsumasi yang menjadi konsumasi muktamad bagi Tuhan Tritunggal yang terproses untuk menjadi bahagian abadi bagi umat tripartit-Nya yang dipilih, ditebus, dilahirukan, dikuduskan, ditransform, dan dimuliakan untuk menjadi hayat, bekalan hayat, dan segala-gala mereka.

Kidung #371

  1. O Tuan, Kau kini Roh itu,
    Hidupkan ku, beri hayat,
    Limpahan-Mu bekalan ku,
    Sungguh divin, sungguh mulia!
Roh Kudus
Apakah maksud “Roh itu belum lagi” dalam Yohanes 7:39?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Toni pada 2019-02-04
Amen, terpujilah Tuhan utk RohNYA itu, yg diperkuat tujuh kali ganda, bagi Gereja yang adalah pengantin perempuan NYA.