Bible mengandungi banyak fakta rohani. Sekiranya seseorang berjaya menemukan fakta dalam Bible, maka dia sudah memperoleh lebih daripada separuh cahaya yang terkandung dalam Sabda. Menemukan fakta merupakan separuh daripada usaha membaca Bible.

Sebagai contoh, tarikan graviti merupakan satu fakta. Tarikan graviti sudah lama wujud sebelum ditemukan oleh Newton; namun sepanjang beribu-ribu tahun yang lalu, tidak ada orang yang menemukannya. Pada suatu hari, sebiji buah epal jatuh di hadapan Newton ketika dia tidur di bawah pokok. Ketika itulah dia menemukan hukum graviti. Oleh itu, persoalannya bukan sama ada suatu fakta itu wujud atau tidak, tetapi sama ada fakta itu ditemukan atau tidak.

Di sini, saya ingin memberi satu contoh yang ringkas. Apabila kita membaca Bible secara teliti, kita akan mendapati bahawa Wasiat Baru hanya mengatakan “dalam Tuan”, “dalam Kristus”, dan “dalam Kristus Yesus”. Namun Bible tidak pernah mengatakan “dalam Yesus” atau “dalam Yesus Kristus”. (Dalam 1 Tesalonika 4:14, konteks asal bagi ungkapan “dalam Yesus” ialah “menerusi Kristus”.) Bible hanya mengatakan “dalam Kristus Yesus”, bukan “dalam Yesus Kristus”. Semua ini fakta belaka. Kita harus menghafal dan mencatat fakta-fakta ini satu demi satu. Apakah yang dimaksudkan dengan bahagian Bible yang memperkatakan ungkapan “dalam Tuan”, apakah yang dimaksudkan dengan bahagian lain yang memperkatakan ungkapan “dalam Kristus”, apa pula yang dimaksudkan dengan bahagian yang memperkatakan ungkapan “dalam Kristus Yesus”. Sekiranya kamu dapat menghafal semua bahagian ini, kamu akan dapat membuat perbandingan antara ungkapan ini. Mengapakah ungkapan “dalam Kristus” disebut di bahagian tertentu dan bukannya “dalam Yesus”? Mengapakah di satu-satu bahagian, ungkapan “dalam Kristus Yesus” disebut dan bukannya “dalam Yesus Kristus”? Mengapakah Bible tidak pernah mengatakan “dalam Yesus” atau “dalam Yesus Kristus”? Apakah sebabnya? Semasa kamu mengkaji dan membuat perbandingan sedemikian, kamu perlu berpaling kepada Tuhan supaya kamu dapat melihat dengan jelas.

Sebaik sahaja cahaya datang, semuanya akan menjadi jelas. Yesus ialah nama Tuan semasa Dia berada di bumi. Kristus ialah nama yang diberikan kepada-Nya selepas kebangkitan, ketika Dia diurapi oleh Tuhan. “Tuhan telah menjadikan-Nya Tuan dan Kristus.” Ingatkah kamu akan sabda ini dalam Kisah Para Dutus 2? Kristus ialah nama-Nya dalam kebangkitan. Dalam buku Roma, kita dapat melihat ungkapan “Kristus Yesus”, yang mengimplikasikan bahawa Kristus pada hari ini merupakan Yesus yang pernah berada di bumi. Oleh itu, Kristus Yesus merupakan nama-Nya pada hari ini, iaitu Kristus merupakan Yesus yang pernah berada di bumi. Nama-Nya sebelum kebangkitan ialah Yesus Kristus. Nama ini mengimplikasikan bahawa Yesus ini akan menjadi Kristus. Yesus ialah nama-Nya semasa Dia hidup di bumi sebagai seorang manusia. Kedua-dua ungkapan ini—“Kristus yang dulunya Yesus”, dan “Yesus yang akan menjadi Kristus”—membawa erti yang berbeza. Kita hanya dapat berada dalam Kristus. Kita tidak dapat berada dalam Yesus. Kita hanya dapat berada dalam Tuan dan dalam Kristus Yesus. Kita tidak dapat berada dalam Yesus Kristus. Semasa Tuan hidup di bumi, kita tidak dapat berada dalam-Nya. Sekiranya kita berada dalam-Nya ketika Dia di bumi, kita juga berbahagian dalam salib dan penebusan-Nya. Hal ini tidak logik sama sekali. Kita tidak berbahagian dalam inkarnasi-Nya di Betlehem. Dia merupakan Anak tunggal Tuhan, dan kita tidak berbahagian dalam hal ini.

Mengapakah kita dapat berada dalam Kristus? Satu Korintus 1:30 berkata, “Tetapi daripada-Nya, kamu berada dalam Kristus Yesus.” Ayat ini tidak mengatakan “dalam Yesus”. Hal ini kerana selepas Tuan Yesus mati dan bangkit, kita disatukan dengan-Nya dalam kebangkitan-Nya. Menerusi kematian dan kebangkitan-Nya, Tuhan melantik Dia sebagai Kristus. Menerusi Roh itu, Tuhan menyatukan kita dengan-Nya. Kita menerima hayat-Nya pada masa kebangkitan-Nya. Kelahiruan tidak berlaku semasa inkarnasi tetapi semasa kebangkitan. Dengan demikian, kita akan jelas.

Inilah cara membaca Bible. Inilah jalan membaca Bible. Pertama, temukan fakta-fakta. Kemudian hafal, analisis, banding, atau gabungkan fakta-fakta tersebut. Selepas itu, berdoa dan menanti di hadapan Tuhan; Dia akan mencahayai kamu supaya kamu dapat melihat. Inilah empat prinsip membaca Bible. Kita tidak boleh kekurangan mana-mana satu prinsip.