1 Kor. 10:16-17
Cawan berkat yang kita berkati, bukankah itu persekutuan darah Kristus? Roti yang kita pecahkan, bukankah itu persekutuan tubuh Kristus? Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.

Ibr. 2:12
Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada dikbang-dikbang-Ku; di tengah-tengah gereja, Aku akan menyanyikan kidung pujian kepada-Mu.

Memperingati Tuan—Berpusatkan Tuan
Menghadiri Meja Tuan

Yang ditekankan dalam makan perjamuan malam Tuan ialah memperingati Tuan, seperti yang ditunjukkan kepada kita dalam 1 Korintus 11:23-25. Yang ditekankan dalam menghadiri meja Tuan pula ialah persekutuan dengan semua pekudus, seperti yang ditunjukkan dalam 1 Korintus 10:16-17 dan 21. Semasa pemecahan roti, kita sama-sama makan satu roti yang melambangkan tubuh Kristus dan sama-sama minum satu cawan yang melambangkan darah Kristus. Ini mengimplikasikan maksud saling bersekutu.

Persekutuan ini terhasil daripada tubuh Tuan dan darah Tuan supaya kita berbahagian dalamnya. Oleh itu, persekutuan ini menjadi persekutuan darah Kristus dan persekutuan tubuh Kristus. Apabila kita sama-sama makan, minum dan berkongsi roti Tuan dan cawan Tuan, kita “berbahagian dalam meja Tuan” (1 Kor. 10:21). Dalam meja ini, kita berkongsi tubuh Tuan dan darah Tuan bersama dengan semua pekudus dan kita juga saling bersekutu. Darah Kristus yang sama-sama kita nikmati itu menyingkirkan segala halangan antara semua pekudus. Roti yang sama-sama kita nikmati, yakni lambang tubuh peribadi Kristus, masuk ke dalam kita supaya kita semua menjadi satu roti yang melambangkan Tubuh korporat Kristus. Dari aspek makan perjamuan malam Tuan, roti merujuk kepada tubuh peribadi Tuan yang dikorbankan-Nya bagi kita di atas salib. Akan tetapi, dari aspek menghadiri meja Tuan, roti merujuk kepada Tubuh korporat Tuan yang terbentuk daripada semua pekudus yang telah dilahirukan-Nya melalui kebangkitan-Nya daripada mati.

Yang pertama adalah maujud, iaitu sesuatu yang dikorbankan bagi kita melalui kematian; yang terkemudian pula adalah penuh misteri, iaitu sesuatu yang terbentuk daripada semua pekudus dalam kebangkitan Tuan. Oleh itu, setiap kali kita memecah roti, dari satu segi kita menerima tubuh yang dikorbankan Tuan bagi kita di atas salib supaya kita boleh memperingati-Nya dan menikmati-Nya. Dari segi yang lain, kita menikmati Tubuh yang penuh misteri yang terhasil daripada kebangkitan-Nya daripada mati dan kita bersekutu dengan semua pekudus dalam Tubuh-Nya yang penuh misteri ini sambil mempersaksikan kesatuan Tubuh-Nya yang penuh misteri. Ini bukan sekadar hubungan kita dengan Tuan, tetapi juga hubungan kita dengan semua pekudus.

Menyembah Bapa—Berpusatkan Bapa

Perhimpunan pemecahan roti ialah perhimpunan penyembahan bagi percayawan. Mengikut turutan dalam penyelamatan Tuhan, mula-mulanya kita menerima Tuan, kemudian mendekati Bapa. Maka dalam perhimpunan penyembahan ini, kita harus pertama sekali memperingati Tuan, kemudian menyembah Bapa. Dalam bahagian memperingati Tuan, pusatnya ialah memperingati Tuan. Dalam peringkat menyembah Bapa pula, pusatnya ialah menyembah Bapa. Oleh itu, semua doa, kidung atau pembicaraan seharusnya ditujukan kepada Bapa.

Pada hari itu, selepas Tuan Yesus dan disipal-disipal memecahkan roti dan menyanyi kidung, Dia pun memimpin mereka ke Gunung Zaitun untuk menghadap Bapa. Ini mengimplikasikan satu prinsip bahawa selepas kita memecah roti dan memperingati Tuan, kita harus dipimpin Tuan untuk sama-sama menyembah Bapa (Mat. 26:26-30).

Selain itu, Ibrani 2:12 mengatakan bahawa selepas Tuan bangkit dan ketika Dia menampakkan diri kepada disipal-disipal dan berhimpun bersama dengan mereka, Dia memanggil mereka dikbang-dikbang lalu mengisytiharkan nama Bapa kepada mereka dan menjadikan mereka gereja serta memuji Bapa di tengah-tengah mereka. Pada asalnya Tuan ialah Anak tunggal Tuhan, tetapi menerusi kematian dan kebangkitan, Dia melahirukan kita yang percaya kepada-Nya (1 Ptr. 1:3), supaya kita menjadi anak-Nya yang banyak dan Dia pula menjadi Anak sulung Tuhan (Roma 8:29) untuk membawa kita, iaitu anak yang banyak, ke hadapan Tuhan bersama dengan-Nya. Selepas dibangkitkan, Dia datang kepada disipal-disipal (lihat Yoh. 20:19-20) dan mengisytiharkan nama Bapa kepada dikbang-dikbang-Nya lalu memimpin dikbang-dikbang-Nya, iaitu anak Tuhan yang banyak, dalam status Anak sulung Tuhan untuk sama-sama memuji Bapa, iaitu sama-sama menyembah Bapa. Berdasarkan hakikat ini, selepas pemecahan roti, kita harus dipimpin Tuan untuk sama-sama menyembah Bapa. Dalam peringkat perhimpunan ini, kita berpusatkan Bapa. Tuan pula memimpin semua nyanyian dan pujian terhadap Bapa dalam kita dan membawa kita sama-sama menyanyi dan memuji Bapa.

Kidung #178
1 O Tuan, kami syukur pada
Roti, cawan di meja;
Sini kami nikmati-Mu,
Jamuan kasih nan kudus.
Makan roti — lambang tubuh,
Bagi kami Kau korban;
Minum cawan — simbol darah,
Bagi kami Kau tumpah.
Korus:
O Lihat, meja kudus!
Simbolnya nan tulus!
Dalam dan kekal ertinya,
Tak terbicara!
2 Wafat-Mu menebus kami,
Hayat-Mu pun diberi;
Diri-Mu Dikau kurniai,
Agar kami miliki.
Makan roti, minum cawan,
Kami pamer wafat-Mu;
Makan dan minum diri-Mu,
Dengan kasih kenang-Mu.
3 Roti ini melambangkan
Tubuh-Mu yang mistikal;
Kami saling bersekutu
Dalam kesatuan Tubuh.
Cawan berkat, cawan divin,
Kini kami restui;
Dek darah-Mu, percayawan
Saling sekutu mesra.
4 Kaulah bah’gian kekal kami,
Kami prarasa kini;
Menunggu kingdom-Mu tiba,
Moga Kau datang seg’ra.
Saat datang dalam kingdom,
Bersama s’mua pejayeng,
Nikmati diri-Mu lagi,
Jadi Mempelai adi.