Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berhimpun Perhimpunan (II)
Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
Perhimpunan (II)
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kepentingan Perhimpunan Percayawan

Dalam Matius 18:20 Tuan berkata, “Kerana di mana dua atau tiga orang dihimpunkan ke dalam nama-Ku, di situlah Aku di tengah-tengah mereka.” Tuan memberi kita janji yang istimewa bahawa di mana dua atau tiga orang dihimpunkan ke dalam nama-Nya, di situlah Dia di tengah-tengah kita. Perhimpunan kita dalam nama-Nya membolehkan kita menikmati hadirat-Nya secara khusus. Hadirat ini membawa pencahayaan, kurnia, bekalan, dan pelbagai jenis berkat kepada kita! Berkat yang sebegitu kaya ini hanya boleh kita nikmati dalam perhimpunan.

Ibrani 10:24-25 mengatakan bahawa perhimpunan membolehkan kita saling memperhatikan agar kita saling mendorong untuk kasih dan kerja baik. Hal ini membolehkan kita mempunyai persekutuan rohani dengan pekudus dan mendapat bekalan hayat daripada pekudus. Atas sebab ini, kita tidak boleh mengabaikan perhimpunan; lebih-lebih lagi ketika kita mengetahui bahawa Tuan akan datang. Disebabkan hayat Kristian kita ini hayat domba, maka hayat ini menuntut kita menjadi kawanan dan menjalani kehidupan perhimpunan. Oleh yang demikian, kita perlu berhimpun. Perhimpunan amatlah penting bagi kita.

Kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia terdiri daripada aspek individu dan aspek korporat. Kurnia dari aspek individu dapat diperoleh daripada membaca Bible, berdoa, mencari Tuhan, dan mendekati Tuhan bersendirian. Walau bagaimanapun, kurnia dari aspek korporat sama sekali tidak dapat diperoleh dengan mendekati Tuhan bersendirian, tetapi hanya dapat diperoleh dalam perhimpunan. Meskipun kurnia dari aspek individu sungguh segar dan manis, namun kepentingannya tidak setanding kurnia dari aspek korporat. Tambahan pula, sesetengah masalah rohani berpunca daripada seseorang itu kekurangan kurnia dari aspek individu. Sehubungan itu, dia perlu datang ke perhimpunan.

Terdapat banyak contoh dalam Bible yang dapat membuktikan kepentingan perhimpunan. Misalnya pada malam kebangkitan Tuan Yesus, Dia datang kepada disipal-disipal dan menampakkan diri lalu berkata kepada mereka. “Dan selepas Dia mengatakan ini, Dia menghembus ke dalam mereka dan berkata kepada mereka, Terimalah Roh Kudus. Dosa-dosa siapa kamu ampunkan, dosa-dosa orang itu diampunkan, dan dosa-dosa siapa kamu kekalkan, dosa-dosa orang itu dikekalkan” (Yoh. 20:22-23). Hanya dalam perhimpunan, Tuan menampakkan diri kepada orang supaya mereka menerima Roh Kudus dan amanat-Nya. Disebabkan Tomas tidak berhimpun pada malam itu, maka dia kehilangan satu berkat yang sangat besar. Mujur dia datang berhimpun pada malam hari Tuan yang kedua dan mendapat penggantian (Yoh. 20:26-29). Begitu juga, meskipun Maria orang Magdala telah menemui Tuan pada hari pagi kebangkitan Tuan (Yoh. 20:11-13), tetapi dia masih perlu datang ke perhimpunan pada malam itu untuk menerima berkat yang lebih besar dari aspek korporat.

Setelah Tuan naik ke syurga, Dia mengutus Roh Kudus. Semasa disipal-disipal berhimpun bersama, Roh Kudus turun ke atas mereka lalu mereka dipenuhi Roh Kudus (Kis. 2:1-4). Pemenuhan Roh Kudus pada hari Pentakosta bukan berlaku kepada disipal yang bersendirian, tetapi kepada disipal yang berhimpun. Sesiapa yang tidak menghadiri perhimpunan itu, dia kehilangan berkat yang turun dari syurga pada masa itu, yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Semua contoh ini menunjukkan kepentingan perhimpunan kepada kita.

Kidung #624

Dalam sidang bawa Kristus,
Saling berkongsi limpah-Nya,
Nikmati Dia dengan Tuhan,
Just’ru pamer Kristus.

Korus:
Mari pamer Kristus,
Mari pamer Kristus,
Semua membawa limpah-Nya,
Kita pamer Kristus.

Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)