Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berhimpun Perhimpunan (I)
Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
Perhimpunan (I)
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam bahasa Yunani, gereja (ekklesia) bermakna yang dipanggil keluar. Perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada jemaah yang dipanggil keluar. Memandangkan gereja ialah jemaah yang dipanggil Tuhan daripada dunia, maka gereja harus sentiasa berhimpun bersama. Apabila jemaah yang dipanggil Tuhan ini berhimpun bersama, mereka akan dibekali, dibina, dan disempurnakan untuk menggenapi tujuan Tuhan memanggil mereka.

Penetapan Tuhan terhadap Percayawan

Ibrani 10:25 berkata, “Jangan sekali-kali mengabaikan perhimpunan kita sendiri.” Perhimpunan kita sendiri yang disebut dalam ayat ini merujuk kepada perhimpunan Kristian kita. Dalam penciptaan Tuhan, Tuhan telah menetapkan cara kewujudan makhluk hidup dalam alam semesta. Penetapan Tuhan ini menjadi hukum kehidupan bagi sesuatu makhluk hidup. Sekiranya makhluk hidup itu memenuhi hukum yang ditetapkan baginya, ia dapat terus wujud dan diberkati. Dengan prinsip yang sama, sekiranya kita yang telah percaya kepada Kristus dapat memenuhi hukum yang ditetapkan Tuhan bagi kita, maka kita juga akan terus wujud dan diberkati. Dari segi rohani, perhimpunan ialah hukum yang ditetapkan Tuhan bagi kita, percayawan. Tuhan menetapkan bahawa orang Kristian perlu berhimpun bersama. Perhimpunan orang Kristian itu penting kerana ia bagaikan air bagi ikan dan udara bagi burung. Sebagaimana ikan perlu hidup di dalam air dan sebagaimana burung perlu hidup di udara, begitu juga orang Kristian perlu berhimpun untuk memelihara kewujudan dan kehidupan rohani.

Gereja ialah perhimpunan orang yang dipanggil keluar. Oleh yang demikian, sifat asas gereja ialah perhimpunan, dan hayat gereja bergantung pada perhimpunan. Pada asalnya kita keturunan Adam dan hidup di dunia. Setelah Tuhan memanggil kita dan kita menyahut panggilan-Nya lalu diselamatkan, Dia terus mengasingkan kita daripada dunia. Selepas mengasingkan kita, Tuhan tidak mahu kita menjadi orang Kristian secara individu, sebaliknya Dia mahu menghimpunkan kita semua, iaitu orang yang dipanggil, untuk menjadi gereja. Inilah penetapan Tuhan. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhimpun mengikut penetapan ini supaya kita dapat menerima berkat rohani.

Tuntutan daripada Hayat Rohani

Setiap jenis hayat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, malah sering kali mempunyai ciri-ciri yang beraneka ragam. Hayat rohani yang telah kita terima, iaitu hayat Tuhan dalam kita, juga mempunyai ciri-cirinya yang beraneka ragam. Misalnya, benci akan dosa dan terlepas daripada dosa ialah salah satu ciri hayat rohani kita; suka mendekati Tuhan dan rela melayan Tuhan juga merupakan salah satu ciri hayat rohani kita. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam hayat rohani kita, salah satu daripadanya ialah suka berkawanan, suka berkelompok. Yohanes 10:3 dan 16 menunjukkan kepada kita bahawa setelah kita diselamatkan, kita ialah domba Tuan. Ciri-ciri hayat domba ialah berkawanan, yakni tidak suka meninggalkan kawanan dan hidup bersendirian. Oleh itu, Bible mengatakan bahawa kita bukan sahaja domba Tuan, malah kawanan domba-Nya (Kis. 20:28; 1 Ptr. 5:2). Jika kita ingin menjadi domba yang sama-sama menikmati berkat dalam kawanan domba, maka kita harus berhimpun sebagai satu kawanan. Ciri-ciri hayat domba dalam kita itu menuntut kita berbuat demikian.

Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)