Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
2019-12-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam [Mat. 25:11], kita melihat rayuan perawan yang jahil. Mereka telah membeli minyak. Lima yang bijaksana dan lima yang jahil semua ialah perawan; mereka semua mempunyai pelita, minyak, dan cahaya. Mereka semua keluar bertemu dengan pengantin lelaki. Mereka semua tertidur, mendengar teriakan, dan bangun. Mereka semua mengemas pelita mereka, dan mereka semua mempunyai minyak dalam wadah mereka. Satu-satunya perbezaan ialah masa; sesetengah lebih cepat daripada orang lain dalam hal membezapastikan masa. Dalam perjalanan ke Emaus, Tuan menegur dua orang disipal dengan berkata, “O orang jahil dan berhati lamban untuk percaya kepada segala yang telah disabdakan oleh penyabda!” (Luk. 24:25). Begitu juga, Tuan menegur Tomas dalam Yohanes 20:29. Soal masa adalah penting. Orang yang menderita dalam neraka semuanya telah percaya kepada Tuan, tetapi mereka percaya terlalu lewat. Yang jahil tidak menebus masa, tetapi yang bijaksana menebus masa. Mereka ialah orang yang dipenuhi Roh Kudus (Ef. 5:17-18). Dikbang dan dikkak sekalian, memandangkan kita harus dipenuhi Roh Kudus, mengapakah tidak hari ini? Mengapakah memilih untuk menunggu sampai waktu berlakunya kerapturan?

Lima perawan yang jahil bersedia dan berjaga-jaga pada mulanya, tetapi mereka tidak teguh berterusan. Sikap bersiap sedia adalah terhadap diri sendiri kerana takut ketinggalan sesuatu. Berjaga-jaga adalah terhadap Tuan kerana takut Dia datang pada bila-bila masa. Bersedia, berjaga-jaga, dan menanti semuanya memerlukan kekuatan yang datang daripada pemenuhan Roh Kudus, yakni minyak jenis kedua. Seseorang tidak boleh yakin kepada diri sendiri. Diri menjadi lemah dan terkeliru dengan segera. Kita harus bergantung pada Roh Kudus supaya sikap berjaga-jaga kita bertahan lama. Pemenuhan Roh Kudus secara automatik akan menghasilkan kerja baik, yakni buah yang memuliakan Tuhan.

Orang yang benar-benar berjaga-jaga sering berasa bahawa mereka belum bersedia sepenuhnya; mereka tidak yakin kepada diri sendiri dan rela mengikut secara rendah hati. Dikbang dan dikkak sekalian, apa gunanya sekiranya kita hanya memahami sabda berjaga-jaga dan bersedia, sedangkan kita sendiri tidak berjaga-jaga dan bersedia! Bukankah kita kerugian besar sekiranya kita mempunyai pengetahuan nubuat pada hari ini namun menderitai kerugian pada masa kelak? Bersedialah! Tuan ingin melihat pelita kita dan cahaya kita. Berjaga-jagalah! Tidak ada orang yang mengetahui hari itu atau waktu itu. Jika hari itu dan waktu itu diketahui, maka kita tidak perlu berjaga-jaga. Dalam bab dua puluh empat dan dua puluh lima ada lima contoh yang mengatakan bahawa tidak ada orang yang mengetahui hari kedatangan Tuan. Pengulangan ini adalah untuk menekankan kepentingannya. Tuan tidak mewahikan hari kedatangan-Nya kerana Dia mahu kita berjaga-jaga. (The Collected Works of Watchman Nee, set 1, jil. 15: Study on Matthew, Matthew Chapter Twenty-five)

Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)