Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (1)
2019-12-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mengapakah terdapat perbezaan antara lima perawan yang jahil dengan lima perawan yang bijaksana dalam Matius 25:2? Apakah perbezaan antara yang bijaksana dengan yang jahil? Mereka mempunyai nama yang sama—perawan. Minyak juga sama; mereka semua membawa pelita. Matlamat mereka sama, yakni keluar untuk bertemu dengan pengantin lelaki. Mereka mendengar teriakan yang sama; mereka bangun dengan cara yang sama. Apakah perbezaan antara mereka? Mungkin sesetengah orang akan mengatakan bahawa yang jahil membawa pelita tetapi tidak menyediakan minyak; yang bijaksana membawa pelita dan juga menyediakan minyak dalam wadah. Tidak diragui bahawa hal ini benar, dan saya tidak lupa akannya. Namun saya hendak mengatakan bahawa yang jahil juga menyediakan minyak dalam wadah; cuma mereka keluar membelinya kemudian (Mat. 25:10). Apakah perbezaan utama antara mereka? Perbezaan ini ialah lima perawan yang bijaksana mempunyai minyak terlebih dahulu, yakni sebelum kedatangan pengantin lelaki. Lima perawan jahil mempunyai minyak kemudian, yakni selepas kedatangan pengantin lelaki. Minyak memang ada, namun ia dibeli selepas pengantin lelaki datang; masa sudah berlalu. Persoalannya bukan ada atau tidak ada, tetapi masa. Masa ialah persoalan yang besar. Yang jahil ialah orang yang kehilangan peluang. (The Collected Works of Watchman Nee, set 1, jil. 17: Notes on Scriptural Messages (1), No Terbitan 13, Redeeming the Time)

Dua jenis perawan hanya berbeza dalam dua aspek: Yang bijaksana membawa minyak dalam wadah mereka, sedangkan yang jahil tidak ada. Yang bijaksana dapat berbahagian dalam jamuan, sedangkan yang jahil tidak dibenarkan masuk. Akan tetapi, mereka mempunyai banyak persamaan: (1) mereka semua ialah perawan; (2) mereka semua membawa pelita, yang menandakan kelakuan luaran mereka; (3) pelita mereka dihidupkan, menandakan gerak-laku yang memuliakan Tuhan; (4) ada minyak, yang mewakili Roh Kudus, dalam wadah mereka; (5) mereka semua keluar untuk bertemu dengan pengantin lelaki, yakni mereka semua menanti; (6) mereka semua tertidur; (7) mereka semua mendengar teriakan pada waktu tengah malam; (8) mereka semua bangun, menandakan kebangkitan; dan (9) mereka semua mengemas pelita mereka, yakni mereka semua menyediakan minyak.

Walaupun dua jenis perawan mempunyai banyak persamaan, namun perbezaan yang sedikit mungkin menghasilkan akibat yang jauh mencapah. Maka hendaklah kita berjaga-jaga dalam kelakuan kita. Sebab akan menentukan akibatnya. Penyelewengan hari ini akan mengakibatkan penyelewengan yang selanjutnya pada hari esok. Semua penyelewengan yang akan datang berasal daripada penyelewengan sekarang. Kemuliaan dan keaiban pada masa yang akan datang bergantung pada bagaimana kita membuat pilihan kita pada hari ini.

Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)