Semasa bekerja dan berjerih lelah untuk Tuan, para percayawan memberitakan Kristus sebagai injil kepada pendosa dengan memberitakan sabda. Kisah Para Dutus 5:42 mengatakan bahawa para dutus tidak henti-henti “menginjilkan Yesus sebagai Kristus itu”, iaitu mereka tidak henti-henti memberitakan Kristus sebagai injil. Kisah Para Dutus 8:4 memberitahu kita, “Maka mereka yang terselerak itu pergi ke serata tanah itu sambil menginjilkan sabda.” Percayawan yang terselerak dari Yerusalem ke lokaliti lain menerusi penindasan harus menyebarkan injil untuk menggenapi sabda Tuan dalam Kisah Para Dutus 1:8; ini merupakan ketentuan Tuhan. Percayawan membawa berita baik berkenaan sabda bererti mereka membawa berita baik berkenaan Tuan sendiri.

Salah seorang daripada mereka yang terselerak yang pergi membawa berita baik berkenaan sabda ialah Filipus. Kisah Para Dutus 8:5 berkata, “Filipus turun ke kota Samaria dan memberitakan Kristus kepada mereka.” Kisah Para Dutus 8:12 berkata, Filipus “menginjilkan kingdom Tuhan dan nama Yesus Kristus.” Ayat-ayat ini menunjukkan dengan selanjutnya bahawa percayawan harus memberitakan Kristus sebagai injil kepada pendosa-pendosa dengan memberitakan sabda.

Dalam 2 Timotius 4:2a, Paulus mengarahkan Timotius: “Beritakan sabda itu; bersedialah semasa musim dan di luar musim.” Sabda yang harus diberitakan oleh Timotius meliputi apa yang dipelajarinya daripada Paulus dan juga daripada Wasiat Lama (2 Tim. 3:14-15). Timotius bukan sekadar harus mengajar sabda berkenaan penyelamatan dari neraka ke syurga. Dia juga harus membicarakan sabda yang melengkapkan wahi Tuhan berkenaan Kristus dan gereja. Sabda sihat sedemikian ialah kebenaran, yakni realiti isi kandungan ekonomi Wasiat Baru Tuhan. Timotius diarahkan untuk bersedia memberitakan sabda ini semasa musim dan di luar musim. Menginjil semasa musim dan di luar musim bermaksud menginjil sama ada pada waktu yang bersesuaian atau tidak bersesuaian, sama ada peluang itu baik atau tidak, sama ada kamu dialu-alukan atau tidak. (The Conclusion of the New Testament, mesej 169)