Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
2020-03-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hakim-Hakim 9:13 – Tetapi pohon anggur berkata kepada mereka, Masakan aku meninggalkan wain baruku, yang menggirangkan Tuhan dan manusia, dan pergi melayang di atas pohon-pohon?
Filipi 2:17 – Tetapi sekalipun aku dicurahkan sebagai korban curahan ke atas korban dan pelayanan iktikadmu, aku girang, dan aku girang bersama-sama kamu semua.

Apakah yang diwakili oleh pohon anggur?…Dari satu segi, ini menggambarkan Kristus yang terkorban, Kristus yang telah mengorbankan segala-gala kepunyaan-Nya. Namun ini bukanlah butir yang utama. Makna yang terpenting adalah: Daripada pengorbanan-Nya, Dia menghasilkan sesuatu untuk menggirangkan Tuhan dan manusia, iaitu wain baru. (Kristus Almuhit, m.s. 55)

Kadangkala di bawah ketentuan Tuan, kita diletakkan ke dalam suatu situasi tertentu yang menuntut kita mengorbankan diri kita untuk menjadikan orang lain gembira dan menjadikan Tuan gembira. Dalam situasi ini, kita datang menghubungi Tuan; pada masa itulah kita mengalami Dia sebagai pohon anggur yang menghasilkan wain; kita mengalami Kristus sebagai Dia yang memberi kegirangan kepada Tuhan dan kegirangan kepada orang lain. Daripada pengalaman ini, kita menjadi pohon anggur; kita menjadi penghasil bagi sesuatu yang menggirangkan manusia dan juga Tuhan.…Aspek-aspek yang berbeza bagi Kristus ini dapat memenuhi setiap keperluan dalam setiap situasi. Kristus begitu kaya.…[Dialah] yang menghasilkan kegirangan untuk Tuhan dan kegirangan untuk orang lain.…Kristus sebagai penghasil wain [dan] anak domba yang dikorbankan itu hidup dalam kamu, memberi tenaga kepada kamu untuk mengorbankan diri kamu untuk orang lain demi meriangkan mereka.

Kamu harus menjadi seorang yang mabuk dan lupa diri kerana Kristus. Kamu harus dapat berkata, “Aku sungguh gembira, Tuan, aku sungguh gembira. Aku tidak tahu apa ertinya mementingkan diri; itu bahasa asing bagiku. Hari demi hari aku minum wain Kristus.”

Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri. Orang yang paling mementingkan diri selalunya orang yang paling sengsara.…Orang yang berkorban ialah orang yang gembira. Bagaimanakah kita dapat berkorban? Kita tidak ada tenaga untuk berkorban kerana hayat kita ialah hayat yang alamiah, hayat yang mementingkan diri. Hanya hayat Kristus yang merupakan hayat yang berkorban. Jika kamu menghubungi Kristus ini dan mengalami hayat-Nya yang berkorban, maka Dia akan memberi tenaga kepada kamu, Dia akan memperkudratkan kamu untuk berkorban demi Tuhan dan demi orang lain. Dengan demikian, kamu akan menjadi orang yang paling gembira; kamu akan menjadi mabuk kerana kegembiraan. Inilah pengalaman terhadap Kristus sebagai pohon anggur. Melalui pengalaman ini, kamu akan menjadi pohon anggur kepada orang lain. Semua orang yang menghubungi kamu akan menyenangi kamu, dan kamu akan membawa kegirangan kepada Tuhan.

Apakah yang harus dilakukan ke atas anggur untuk menjadikannya wain? Anggur perlu diperah. Demi membuat Tuhan dan orang lain girang, kamu harus diperah. Kamu belajar dengan girang bahawa Kristus ialah barli, iaitu Kristus yang bangkit dalam kamu, dan bahawa Dia adalah cukup untuk menghadapi setiap situasi. Kamu berkata, Haleluya! Namun jangan terlalu cepat mengatakan Haleluya kerana sejurus selepas barli terdapatnya pohon anggur. Anggur harus diperah untuk membawa kegirangan kepada Tuhan dan manusia. Kamu juga harus diperah. Semakin kamu minum wain Kristus, semakin kamu menyedari bahawa kamu harus diperah. Kamu harus dihancurkan supaya menghasilkan sesuatu dalam rumah Tuan untuk membuat orang lain gembira. (Kristus Almuhit, m.s. 55-57)

Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)