Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Merebut Peluang bagi Bekerja untuk Tuan
Bergerak-hidup dalam Kristus
Bergerak-hidup dalam Kearifan—Merebut Setiap Peluang untuk Menebus Masa Kita
Merebut Peluang bagi Bekerja untuk Tuan
2019-12-18 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Semasa bekerja untuk Tuan, kita harus belajar merebut peluang, dan peluang terkandung dalam masa. Tuan Yesus berkata kepada disipal, “Kita harus melakukan kerja-kerja Dia yang mengutus Aku sementara hari siang; setibanya malam, tidak ada orang yang dapat bekerja. Semasa Aku berada di dunia, Akulah cahaya dunia” (Yoh. 9:4-5). Kita harus melakukan kerja satu hari semasa satu hari dibekalkan kepada kita. Kita harus cuba sedaya upaya untuk memperoleh sebanyak orang yang mungkin. (The Collected Works of Watchman Nee, set 3, jil. 60: Miscellaneous Records of the Kuling Training (2), bab 57)

Saya mempunyai perasaan yang mendalam bahawa anak-anak Tuhan tidak mempunyai pengalaman yang hidup terhadap Kristus. Inilah sebabnya mereka tidak rela menghabiskan dan dihabiskan untuk pendosa. Tuan Yesus akan kembali tidak lama lagi, dan terdapat keperluan yang terdesak untuk mengumumkan kesaksian Tuhan berkenaan Anak-Nya. Yang kukasihi sekalian, kita cumalah ulat yang hina, namun Tuhan, Pencipta itu, telah memanggil kita berbahagian dalam penolakan Anak-Nya. Betapa besarnya keajaiban ini! Betapa kurangnya peluang sebegini, dan betapa pendeknya masa! Susah hendak mengatakan sama ada hari ini ialah hari terakhir atau bukan. Siapakah yang dapat mengatakan bahawa Tuan tidak akan menerima anak-anak-Nya kembali ke rumah-Nya? Atas sebab ini, kita perlu mencari domba-Nya yang sesat dengan cara yang tidak pernah berlaku dahulu. Tuhan hanya mempunyai seorang Anak, dan Dia ialah pemberita injil! Bukankah kita harus menjadi sama seperti Dia? (The Collected Works of Watchman Nee, set 1, jil. 8: The Present Testimony (1), No. Terbitan 15, A Personal Letter)

Bergerak-hidup dalam Kristus
Bergerak-hidup dalam Kearifan—Merebut Setiap Peluang untuk Menebus Masa Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
GC pada 2020-04-03
Amen, selagi kita ada peluang dan masa, kita harus cuba sedaya upaya untuk memperoleh sebanyak orang yang mungkin di tempat kita berada.