Roma 8:29

Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.

Galatia 2:20a

Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus, dan bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku…

Setelah seseorang diselamatkan, jauh di hati dia berhasrat hendak menjalani kehidupan mengikut teladan Tuan Yesus. Namun demikian, banyak orang Kristian yang tidak mempedulikan hasrat ini, dan ada pula yang cuba memupuk hasrat ini dengan cara yang silap, iaitu dengan berfikir bahawa mereka dapat berjaya meniru-Nya melalui usaha sendiri. Kita sudah silap sekiranya kita menyangka bahawa kita dapat meniru Kristus melalui latihan hayat alamiah kita.

Efesus 4:20-21

…mempelajari Kristus, jika sesungguhnya kamu telah mendengar-Nya dan telah diajar dalam-Nya sebagaimana realiti itu ada dalam Yesus.

Tidak banyak daripada kita yang menyedari pengaruh empat buku Injil (Injil Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes) ke atas kita. Semasa kita membaca buku-buku Injil dan mengetahui tentang acuan (atau teladan) yang dibentuk oleh Tuan Yesus, secara spontan acuan ini akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Sedang kita mengasihi Tuan, menghubungi-Nya, dan berdoa kepada-Nya, secara automatik kita berhidupkan Dia menurut acuan yang diperikan dalam buku-buku Injil. Dengan cara ini, kita dibentuk, dikonform, kepada imej acuan ini. Inilah maksudnya mempelajari Kristus. Mempelajari Kristus dengan cara ini sama sekali berbeza dengan sekadar mengambil Kristus sebagai teladan di luar dan berusaha meniru-Nya dalam hayat alamiah kita. Tuhan telah meletakkan kita ke dalam acuan yang dibentuk oleh kehidupan Yesus di bumi.

1 Korintus 15:45b

…Adam terakhir telah menjadi Roh beri-hayat.

Pada masa yang sama, Kristus yang merupakan Roh beri-hayat telah masuk ke dalam diri kita untuk menjadi hayat. Semakin kita mengasihi-Nya dan menghubungi-Nya, semakin kita berhidupkan-Nya menurut acuan ini. Dengan demikian, kita dapat berkata bersama-sama Paulus, “Kerana bagi aku, hidup adalah Kristus” (Flp. 1:21). Kita berhidupkan Kristus dalam bentuk hayat-Nya sendiri, iaitu dalam bentuk yang tercatat dalam buku-buku Injil.