Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja Mengenali Mazhab-mazhab (II)
Mengenali Mazhab-mazhab (1)
Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
Mengenali Mazhab-mazhab (II)
2016-10-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Faktor-faktor yang Mengkonstitusikan Mazhab

Tiga faktor yang memecahbelahkan orang Kristian dan mewujudkan mazhab adalah seperti berikut:

(1) Akidah yang khusus. Orang Kristian yang sejati hanya mempunyai satu kepercayaan. Kepercayaan ini merangkumi Tuhan Tritunggal, persona dan kerja Kristus, iaitu apanya Kristus serta kerja Kristus, dan kewibawaan divin Bible. Jika selain daripada kebenaran bagi kepercayaan asas ini, perkara-perkara lain, seperti cara baptisan oleh mazhab Baptis, sistem pentadbiran gereja oleh mazhab Presbyteri, pertuturan bahasa lidah oleh mazhab Pentakosta, penudungan kepala dan pembasuhan kaki oleh kumpulan lain, atau doktrin umum yang lain seperti pentafsiran nubuat, dan pandangan terhadap sesetengah bahagian Kitab, dianggap sebagai kepercayaan orang Kristian dan dijadikan sebagai akidah khusus. Perkara-perkara ini akan menjadikan kumpulan tertentu berbeza daripada yang lain, dengan itu terbentuknya mazhab-mazhab yang berlainan.

(2) Persekutuan yang khusus. Akidah yang khusus akan membahagikan orang Kristian menjadi kumpulan-kumpulan yang berlainan. Kumpulan-kumpulan yang berlainan ini masing-masing mempunyai persekutuan yang khusus dalam lingkungan mereka; persekutuan mereka adalah di luar persekutuan umum bagi semua percayawan. Persekutuan yang khusus ini menyebabkan percayawan-percayawan itu menjadi mazhab yang terasing daripada percayawan umum.

(3) Nama yang khusus. Akidah yang khusus bukan sahaja akan mewujudkan persekutuan yang khusus, malah juga akan menghasilkan nama yang khusus, seperti nama sesuatu denominasi atau sesuatu gereja. Nama-nama yang khusus ini akan selanjutnya melabelkan mereka dengan menjadi mazhab yang mempunyai nama tertentu, lantas membentuk denominasi. Denominasi ialah mazhab yang mempunyai nama. Oleh itu, orang yang mengenali Tubuh Kristus tidak harus mempunyai nama yang khusus ini. Para percayawan seharusnya hanya mempunyai nama Tuan Yesus yang unik dan mulia, dan tidak menjunjung apa-apa nama yang lain selain daripada nama yang tertinggi ini.

Berusaha Memelihara Kesatuan Roh itu

Roh itu, yakni Roh Kudus yang menghuni kita, mengkonstitusikan kita menjadi Tubuh Kristus dengan hayat Tuhan. Memandangkan hanya ada satu Tubuh, Roh Kudus yang menghuni Tubuh ini juga hanyalah satu. Roh Kudus yang satu ini ialah kesatuan dalam Tubuh yang satu ini. Jika kita sebagai percayawan hidup dalam Roh ini dan bergerak-hidup menurut Roh ini, maka kesatuan Tubuh Kristus akan terpelihara. Jika tidak, kesatuan ini akan terjejas. Dalam statusnya sebagai seorang banduan demi gereja, dutus Paulus merayu kepada kita dalam Efesus 4:2-3 agar memelihara kesatuan ini dengan virtu-virtu seperti kerendahan hati, kelembuthalusan, kesabarderitaan, menanggung satu sama lain dalam kasih, dan pengikatpaduan perdamaian, supaya gerak-hidup kita berpadanan dengan panggilan kita. Panggilan Tuhan ialah kita menjadi anggota Tubuh Kristus. Jika gerak-hidup kita merosakkan kesatuan Tubuh Kristus, maka itu tidak berpadanan dengan panggilan Tuhan. Atas sebab ini, kita harus cuba sedaya upaya untuk hidup dalam Tubuh Kristus, memelihara kesatuan Tubuh, dan tidak terlibat dalam sebarang perpecahan, mazhab, atau denominasi.

Mengenali Mazhab-mazhab (1)
Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)