Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
2019-09-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Sesetengah orang mungkin bertanya: Mengapa Tuhan sendiri tidak mencampakkan Syaitan ke dalam abis atau tasik api? Jawapan kita ialah: Tuhan boleh berbuat demikian, tetapi Dia sendiri tidak mahu melakukannya. Kita tidak tahu mengapa Dia tidak mahu melakukannya sendiri, tetapi kita tahu bagaimana Dia melakukannya. Tuhan hendak menggunakan manusia untuk menanggulangi musuh-Nya. Dia mencipta manusia untuk menanggulangi musuh Nya. Tuhan mahu makhluk ciptaan menanggulangi makhluk ciptaan. Dia hendak menggunakan manusia yang dicipta-Nya.

Mari kita membaca Kejadian 1:26 sekali lagi, “Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita, dan hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi….” Ayat ini kelihatan seperti berhenti di sini, tetapi satu frasa lain ditambah: “…dan atas setiap benda melata yang merayap di atas bumi.” Di sini, kita melihat bahawa benda melata mempunyai kedudukan yang besar kerana Tuhan menyebut benda melata selepas Dia menyebut “seluruh bumi”. Kita perlu memberi perhatian kepada benda melata jika kita ingin berdominion atas seluruh bumi, kerana musuh Tuhan berjasad dalam benda melata. Ular dalam Kejadian 3 dan kala jengking dalam Lukas 10 merupakan benda-benda melata. Bukan sahaja terdapatnya ular yang mewakili Syaitan, bahkan juga kala jengking yang mewakili roh-roh jahat yang berdosa dan cemar. Lingkungan bagi ular dan kala jengking ialah bumi. Semua masalah ada di bumi.

Oleh itu, kita harus membezakan kerja menyelamatkan sukma dan kerja Tuhan. Sering kali, kerja menyelamatkan sukma bukan semestinya kerja Tuhan. Menyelamatkan sukma menyelesaikan masalah manusia, tetapi kerja Tuhan menuntut manusia berdominion demi memerintah segala makhluk ciptaan-Nya. Tuhan memerlukan pemerintah di kalangan makhluk ciptaan-Nya, dan Dia telah memilih manusia sebagai pemerintah ini. Jika kita di sini hanya untuk diri kita sebagai manusia, maka semua pengejaran dan perdambaan kita bertumpu pada saya lebih mengasihi Tuan, lebih kudus, lebih bersungguh hati terhadap-Nya, dan menyelamatkan lebih banyak sukma. Kesemua ini adalah baik, tetapi terlalu berpusatkan manusia. Kesemua perkara ini hanya mementingkan manfaat manusia, sedangkan kerja dan keperluan Tuhan diabaikan. Kita harus melihat bahawa Tuhan mempunyai keperluan-Nya. Kita hidup di bumi bukan sahaja untuk keperluan manusia, tetapi lebih-lebih lagi untuk keperluan Tuhan. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Dia telah mengamanatkan ministri pendamaian semula kepada kita. Akan tetapi, biarpun kita telah menyelamatkan semua manusia di seluruh bumi ini, kita masih belum menyempurnakan kerja Tuhan dan memuaskan keperluan-Nya. Di sini masih ada seperkara yang dipanggil sebagai kerja Tuhan, keperluan Tuhan. Semasa Tuhan mencipta manusia, Dia telah menyatakan keperluan-Nya. Dia telah mewahikan keperluan-Nya kepada kita, iaitu Dia mahu manusia memerintah dan berdominion atas segala makhluk ciptaan-Nya. Berdominion bukan satu perkara yang remeh, tetapi satu perkara yang agung. Tuhan memerlukan manusia yang dapat diyakini dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Ini adalah kerja Tuhan dan apa yang ingin diperoleh-Nya.

Kita tidak memandang ringan akan kerja penginjilan. Akan tetapi, jika segala kerja kita hanyalah memberitakan injil dan menyelamatkan sukma, maka kita masih belum menyebabkan Syaitan mengalami kerugian yang membawa maut. Jika manusia tidak mengambil balik bumi daripada tangan Syaitan, maka dia masih belum mencapai tujuan Tuhan menciptanya. Menyelamatkan sukma selalunya adalah untuk manfaat manusia, tetapi menanggulangi Syaitan adalah untuk manfaat Tuhan. Menyelamatkan sukma menyelesaikan keperluan manusia tetapi menanggulangi Syaitan memenuhi keperluan Tuhan.

Dikbang dan dikkak, ini menuntut kita membayar harga! Kita mengetahui bahawa demon akan mengatakan sesuatu. Demon pernah berkata, “Yesus aku tahu, dan Paulus juga aku kenal; tetapi siapakah kamu?” (Kis. 19:15). Masalahnya ialah apabila demon bertemu dengan kamu, adakah dia akan melarikan diri atau tidak? Memberitakan injil memang menuntut kita membayar harga, tetapi harga yang lebih tinggi perlu kita bayar untuk menanggulangi Syaitan.

Ini bukan satu mesej atau ajaran. Ini menuntut kita mengamalkannya, dan harganya amat tinggi.

Jika kita ingin menjadi manusia yang digunakan Tuhan untuk menggulingkan semua kerja dan kuasa Syaitan, maka kita harus patuh kepada Tuan dengan sepenuhnya dan secara mutlak! Semasa melakukan kerja lain, bukanlah satu masalah yang besar jika kita menyimpan sedikit ruang untuk diri sendiri, tetapi semasa menanggulangi Syaitan, kita tidak boleh menyimpan sedikit pun ruang untuk diri sendiri. Kita boleh menyimpan ruang untuk diri sendiri semasa membaca Bible, memberitakan injil, membantu gereja atau dikbang, tetapi semasa menanggulangi Syaitan, kita tidak boleh menyayangi diri kita sendiri. Syaitan tidak dapat digulingkan jika kita menyayangi diri kita. Semoga Tuhan membuka mata kita agar kita melihat bahawa tujuan-Nya menuntut kita bersikap mutlak untuk-Nya. Seorang yang teragak-agak tidak dapat menanggulangi Syaitan. Semoga Tuhan berbicara kepada hati kita.

Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)