Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
2019-09-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kejadian 1:1-2 berkata, “Pada mulanya, Tuhan mencipta langit dan bumi. Tetapi bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan, dan kegelapan berada di atas permukaan air dalam.” Menurut bahasa asal, langit di sini adalah jamak, merujuk kepada langit yang mempunyai bintang-bintang. (Bumi mempunyai langitnya, begitu juga dengan semua bintang yang lain).

Menurut bahasa Ibrani, terdapat satu kata hubung sebelum “bumi” yang diterjemahkan sebagai “tetapi”. “Pada mulanya, Tuhan mencipta langit dan bumi”; tidak ada kesusahan atau masalah, tetapi kemudian satu masalah timbul: “Tetapi bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan.” Perkataan “menjadi” dalam Kejadian 1:2 ini (“Tetapi bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan”) adalah sama dengan perkataan “menjadi” dalam Kejadian 19:26, iaitu isteri Lot telah “menjadi” satu tiang garam. Isteri Lot tidak dilahirkan sebagai tiang garam, tetapi menjadi tiang garam kemudian. Bumi di sini bukan ketandusan dan kekosongan pada permulaan penciptaan tetapi menjadi ketandusan dan kekosongan kemudian. Tuhan mencipta langit dan bumi, tetapi “bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan”. Ini mewahikan bahawa masalah bukannya pada langit tetapi pada bumi.

Justeru, bumi adalah pusat bagi segala masalah, dan bumilah yang diperjuangkan Tuhan. Doa yang diajarkan Tuan Yesus kepada kita adalah begini: “Dikuduskanlah nama-Mu; datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga” (Mat. 6:9-10). Menurut makna bahasa asal, frasa “di bumi sebagaimana di syurga” bersambung kepada ketiga-tiga klausa di atas. Dengan kata lain, makna asalnya ialah: “Dikuduskanlah nama-Mu di bumi sebagaimana di syurga; datanglah kingdom-Mu di bumi sebagaimana di syurga; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga”. Doa ini mewahikan bahawa “syurga” tidak ada masalah; masalahnya ada pada “bumi”. Selepas kejatuhan manusia, Tuhan bersabda kepada ular itu, “Dengan perutmu, engkau akan menjalar, dan engkau akan makan debu sepanjang hayatmu” (Kej. 3:14). Ini bermakna bahawa bumi akan menjadi lingkungan ular itu, iaitu tempat dia menjalar. Lingkungan kerja Syaitan bukan di syurga, tetapi di bumi. Jika datangnya kingdom Tuhan, maka Syaitan harus dihalau dari bumi. Jika terlaksananya kehendak Tuhan, maka kehendak-Nya harus terlaksana di bumi. Jika nama Tuhan dikuduskan, maka nama-Nya harus dikuduskan di bumi. Semua masalah timbul di bumi.

Dalam buku Kejadian, terdapat dua frasa yang amat bermakna. Yang satu ialah “takluki” dalam Kejadian 1:28, yang juga boleh diterjemahkan sebagai “tawan”. Yang satu lagi ialah “menjaga” dalam Kejadian 2:15, yang juga boleh diterjemahkan sebagai “mengawal”. Daripada ayat-ayat ini, kita dapat melihat bahawa Tuhan telah menetapkan manusia untuk menawan dan mengawal bumi. Kehendak asal Tuhan ialah bumi menjadi tempat huni manusia dan bukan menjadi ketandusan (Yes. 45:18). Tuhan menghendaki manusia agar tidak membenarkan Syaitan menceroboh bumi. Akan tetapi, masalahnya ialah Syaitan berada di atas bumi dan hendak melakukan kerja pembinasaan terhadapnya. Oleh itu, Tuhan menghendaki manusia mengambil balik bumi daripada tangan Syaitan.

Seperkara lain yang perlu kita ambil perhatian ialah Tuhan menuntut manusia, secara tegasnya, bukan hanya mengambil balik bumi, bahkan juga langit yang berkaitan dengan bumi. Dalam Kitab, “langit” dalam bentuk jamak dalam Kejadian 1:1 berbeza dengan “langit”. “Langit” dalam bentuk jamak merupakan tempat beradanya takhta Tuhan, tempat terlaksananya kuasa Tuhan. “Langit” dalam Kitab kadangkala merujuk kepada langit yang berkaitan dengan bumi. Langit ini juga ingin diambil balik oleh Tuhan (lihat Wahi 12:7-10).

Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)