Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
2019-09-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tujuan Tuhan ialah memperoleh sekumpulan manusia sedemikian. Jika kita melihat ini, kita harus menyedari kemestikaan manusia, dan setiap kali manusia disebut, kita harus bergirang. Tuhan amat memandang berat akan manusia! Malah Dia sendiri menjadi seorang manusia! Rancangan Tuhan adalah untuk memperoleh manusia. Setelah Tuhan memperoleh manusia, rancangan-Nya pun tergenap.

Rancangan Tuhan disempurnakan melalui manusia. Tuhan ingin memenuhi keperluan-Nya menerusi manusia. Oleh itu, apakah yang dikehendaki Tuhan daripada manusia yang dicipta-Nya? Dia menghendaki manusia memerintah. Apabila Tuhan mencipta manusia, Dia tidak mempratakdirkan manusia jatuh. Kejatuhan manusia berlaku dalam Kejadian bab tiga, bukannya dalam Kejadian bab satu. Dalam rancangan Tuhan mencipta manusia, Dia tidak mempratakdirkan manusia berdosa. Malah penebusan juga tidak dipratakdirkan Tuhan. Ini bukan bermakna bahawa penebusan tidak penting, tetapi penebusan bukan dipratakdirkan Tuhan. Jikalau penebusan dipratakdirkan Tuhan, maka manusia tidak boleh tidak berdosa. Namun Tuhan tidak mempratakdirkan hal ini. Dalam rancangan Tuhan mencipta manusia, manusia ditetapkan agar memerintah. Inilah wahi yang diberikan Tuhan kepada kita dalam Kejadian 1:26. Di sini, Tuhan menyingkapkan hasrat hati-Nya kepada kita dan memberitahu kita rahsia rancangan-Nya: “Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita, dan hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas setiap benda melata yang merayap di atas bumi.” Ini adalah tujuan Tuhan mencipta manusia.

Sesetengah orang mungkin bertanya, “Mengapakah Tuhan bertujuan sebegini?” Ini kerana sebelum manusia dicipta, satu malaikat cahaya telah memberontak menentang Tuhan lalu menjadi iblis. Syaitan telah berdosa dan jatuh; Bintang Siang telah menjadi musuh Tuhan (Yes. 14:12-15). Justeru, Tuhan ingin mengambil balik kuasa pemerintahan-Nya daripada tangan Syaitan dan meletakkannya ke tangan manusia. Sebab Tuhan mencipta manusia adalah agar manusia memerintah dan bukannya Syaitan. Daripada ini, kita dapat melihat betapa besarnya kurnia Tuhan dalam penciptaan manusia!

Tuhan bukan sahaja berhasrat agar manusia memerintah, bahkan Dia menghendaki manusia memerintah dalam satu lingkungan yang khusus, seperti yang dilihat dalam Kejadian 1:26: “Hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi….” “Seluruh bumi” merupakan lingkungan pemerintahan manusia. Tuhan bukan sahaja menginginkan manusia berdominion atas ikan di laut, unggas di langit, dan ternakan, bahkan atas “seluruh bumi”. Lingkungan yang dihasratkan Tuhan untuk manusia berdominion ialah bumi. Manusia dan bumi mempunyai hubungan yang khusus. Dalam rancangan Tuhan mencipta manusia, Tuhan memberi perhatian kepada bumi. Selepas Tuhan mencipta manusia, Dia memberitahu manusia dengan jelas bahawa Dia mahu manusia berdominion atas bumi. Ayat 27 dan 28 berkata, “Dan Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya sendiri; menurut imej Tuhan Dia menciptanya; lelaki dan perempuan, Dia mencipta mereka. Dan Tuhan memberkati mereka, dan Tuhan bersabda kepada mereka, Berkembang subur dan berlipat ganda, dan penuhilah bumi dan taklukinya.” Yang ditekankan Tuhan di sini ialah “penuhilah bumi” dan “taklukinya”, manakala “berdominion atas ikan di laut dan unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas setiap benda melata yang merayap di atas bumi” adalah tidak berapa penting. Dominion manusia atas benda lain hanyalah kerja sampingan; subjek utama ialah bumi.

Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)