Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
Menjadi Saksi-saksi Tuan
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (1)
2019-09-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tuhan telah memberi kita jawapan untuk soalan-soalan ini dalam Kejadian 1:26-27. Kedua-dua ayat ini amat penting. Dua ayat ini mewahikan bahawa penciptaan manusia adalah benar-benar istimewa. Sebelum Tuhan mencipta manusia, Dia berkata, “Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita, dan hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas setiap benda melata yang merayap di atas bumi.” (Ibr.) Ini adalah rancangan Tuhan mencipta manusia. “Hendaklah Kita…” menunjukkan jenis manusia yang dikehendaki Tuhan. Dengan kata lain, inilah “model” bagi manusia yang dicipta Tuhan. Dalam ayat 27, Tuhan mencipta manusia mengikut rancangan-Nya: “Dan Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya sendiri; menurut imej Tuhan Dia menciptanya; lelaki dan perempuan, Dia mencipta mereka.” Seterusnya, ayat 28 berkata, “Dan Tuhan memberkati mereka, dan Tuhan bersabda kepada mereka, Berkembang subur dan berlipat ganda, dan penuhilah bumi dan taklukinya, dan berdominionlah atas ikan di laut, atas unggas di langit, dan atas setiap hidupan yang bergerak di atas bumi.”

Daripada ayat-ayat ini, kita melihat bahawa Tuhan ingin memperoleh satu manusia. Tuhan ingin memperoleh satu manusia yang memerintah. Tuhan ingin memperoleh satu manusia yang memerintah di atas bumi ini. Hal ini memuaskan hati Tuhan.

Bagaimanakah Tuhan mencipta manusia? Dia mencipta manusia menurut imej-Nya sendiri. Ini bermaksud bahawa Tuhan ingin manusia menyerupai diri-Nya. Hal ini menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa kedudukan manusia dalam ciptaan Tuhan adalah unik. Di kalangan segala makhluk, hanya manusia yang dicipta menurut imej Tuhan. Manusia yang ingin diperoleh dalam hasrat hati Tuhan sama sekali berbeza daripada segala makhluk ciptaan yang lain; manusia yang ingin diperoleh dalam hasrat hati Tuhan dicipta menurut imej Tuhan sendiri.

Di sini kita perlu memberi perhatian kepada satu hal. Ayat 26 berkata, “Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita…”; tetapi ayat 27 berkata, “Dan Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya sendiri; menurut imej Tuhan, Dia menciptanya; lelaki dan perempuan, Dia mencipta mereka.” “Kita” dalam ayat 26 adalah jamak, manakala “-Nya” dalam ayat 27 adalah mufrad. Menurut nahu, memandangkan ayat 26 berkata, “Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita”, maka ayat 27 harus berkata, “Dan Tuhan mencipta manusia menurut imej Mereka.” Namun, sungguh menghairankan bahawa ayat 27 berkata, “Dan Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya sendiri.” Bagaimanakah kita menerangkan hal ini? Ini kerana terdapat tiga dalam Ketuhanan—Bapa, Anak, dan Roh itu, namun hanya satu yang mempunyai imej dalam Ketuhanan, iaitu Anak. Oleh itu, semasa Tuhan dalam Ketuhanan sedang menggubah penciptaan manusia, Bible menunjukkan bahawa manusia dijadikan menurut imej “Kita”. Akan tetapi, apabila Tuhan sedang dalam proses mencipta manusia, Bible mengatakan bahawa manusia dijadikan menurut imej “-Nya” sendiri. “-Nya” merujuk kepada Anak. Daripada ini kita melihat bahawa Adam dicipta menurut imej Tuan Yesus. Adam tidak mendahului Tuan Yesus; Tuan Yesus mendahuluinya. Apabila Tuhan mencipta Adam, Dia menciptanya menurut imej Tuan Yesus. Oleh sebab itu, Bible mengatakan “menurut imej-Nya” dan bukan mengatakan “menurut imej Mereka”.

Tujuan Tuhan ialah memperoleh sekumpulan orang yang menyerupai Anak-Nya. Apabila kita membaca Roma 8:29, kita melihat tujuan Tuhan: “Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung di kalangan dikbang yang banyak.” Tuhan berhasrat untuk memperoleh anak yang banyak, dan Tuhan berhasrat agar semua anak ini menyerupai Anak-Nya. Dengan demikian, Anak-Nya tidak lagi menjadi Anak tunggal, tetapi Anak sulung di kalangan dikbang yang banyak.

Menjadi Saksi-saksi Tuan
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)