Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja “Mengapa Kamu Menindas Aku?”
Mengenali Gereja
Mengenali Mazhab-mazhab (1)
“Mengapa Kamu Menindas Aku?”
2016-10-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Saulus, sebelum diselamatkan dan menjadi dutus Paulus, merupakan seorang yang amat menentang orang Kristian malah menindas pengikut Yesus pada masa itu:

“Tetapi Saulus masih menafaskan ugutan dan pembunuhan terhadap disipal-disipal Tuan. Dia pergi kepada hentar agung dan meminta surat-surat daripadanya untuk diserahkan ke Damsyik kepada sinagog-sinagog, agar jika dia menjumpai sesiapa yang daripada Jalan itu, lelaki dan perempuan, dapatlah dia membawa mereka terikat ke Yerusalem. Semasa dia dalam perjalanan mendekati Damsyik, tiba-tiba suatu cahaya dari langit memancar di sekitarnya. Dia terjatuh ke tanah dan terdengar suara yang berkata kepadanya, Saulus, Saulus, mengapa kamu menindas Aku? Dia berkata, Tuan, siapakah Engkau? Dan Dia berkata, Akulah Yesus yang kamu tindas. Tetapi bangun dan masuklah ke dalam kota, dan kamu akan diberitahu tentang apa yang harus kamu lakukan” (Kisah 9:1-6).

Petikan di atas merupakan catatan pertaubatan Saulus. Marilah kita perhatikan siapa yang ditindas Paulus. Siapakah “Aku” yang ditindas di sini? Jawapan dari syurga ialah, “Akulah Yesus yang kamu tindas.” Walaupun Saulus sedang menindas disipal-disipal Tuan, namun suara dari syurga tidak bertanya, “Mengapa kamu menindas mereka?” tetapi “Mengapa kamu menindas Aku?”

Saulus menyangka bahawa dia menindas pengikut-pengikut Yesus (Kis. 24:14). Dia tidak mengetahui bahawa ketika dia menindas mereka, dia menindas Yesus kerana melalui penggabungan mereka dengan-Nya menerusi kepercayaan kepada-Nya, mereka telah bersatu dengan-Nya. Dia menganggap bahawa dia menindas orang di bumi, tanpa memikir bahawa dia menyentuh siapa-siapa di syurga. Dia amat terperanjat ketika ada suara dari syurga memberitahunya bahawa Dialah yang ditindas olehnya dan bahawa nama-Nya ialah Yesus. Bagi Saulus, inilah wahi yang unik di alam semesta! Melalui wahi ini, dia mula melihat bahawa Tuan Yesus dan percayawan-Nya ialah satu manusia agung, iaitu “Aku” yang ajaib. Hal ini tentu memberi kesan yang mendalam kepadanya dan mempengaruhinya untuk ministrinya pada masa depan, berkenaan Kristus dan gereja sebagai misteri agung itu (Ef. 5:32).

Daripada kejadian ini, Paulus memperoleh wahi berkenaan Tubuh Kristus. Paulus ialah satu-satunya penulis Bible yang menggunakan istilah Tubuh Kristus (Roma 12:4-5; 1 Kor. 12:12-27; Ef. 1:22-23; 2:16; 4:4, 16). Bukankah tubuh seseorang itu orang itu sendiri? Bukankah jarinya orang itu sendiri? Sekiranya jari seseorang dihentam tukul yang dipegang orang lain, dia tidak akan menjerit, “Mengapa kamu hentam jari aku?!” tetapi “Mengapa kamu hentam aku?!” Memukul jarinya bererti memukulnya. Dengan cara yang sama, menindas disipal Tuan bererti menindas Yesus sendiri, kerana disipal-disipal-Nya ialah anggota-anggota-Nya, iaitu anggota Tubuh-Nya. Yesus dan percayawan-Nya merupakan satu persona yang korporat, ajaib, dan penuh misteri, dengan Yesus sebagai Kepala dan percayawan-Nya sebagai anggota-anggota. “Gereja ialah Tubuh-Nya” (Ef. 1:23).

Rujukan: Bible Wasiat Baru Versi Pemulihan, Kis. 9:4 nota kaki 1

Mengenali Gereja
Mengenali Mazhab-mazhab (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)