Nota Editor:

Dalam Galatia 6:10, perkataan baik terutamanya merujuk kepada pembekalan benda-benda material kepada orang yang berkeperluan (2 Kor. 9:6-9); dan keluarga kepercayaan merujuk kepada anak-anak janji, iaitu anak Tuhan menerusi kepercayaan kepada Kristus. Semua percayawan dalam Kristus sama-sama membentuk sebuah keluarga universal, yakni kerabat besar Tuhan. Ini terhasil menerusi kepercayaan kepada Kristus dan bukan menerusi kerja-kerja hukum. Keluarga ini, sebagai manusia baru ( Kol. 3:10-11), terdiri daripada semua anggota Kristus, dengan Kristus sebagai konstituen mereka. Oleh itu, kita harus berbuat baik terutamanya terhadap mereka yang daripada keluarga ini, tanpa mengira bangsa dan taraf sosial mereka (3:28).

Bacaan Bible:

Gal. 6:10 “Oleh itu, apabila kita berpeluang, haruslah kita melakukan apa yang baik terhadap semua orang, terutamanya terhadap mereka yang daripada keluarga kepercayaan.”

Kis. 20:35 “Dalam segala sesuatu aku telah menunjukkan kepadamu melalui teladan bahawa kita patut berjerih sedemikian untuk membantu yang lemah serta mengingati sabda Tuan Yesus bahawa Dia sendiri pernah berkata, Lebih berberkat untuk memberi daripada menerima.”

Roma 13:14 “Sebaliknya, pakailah Tuan Yesus Kristus, dan jangan membuat persediaan untuk tubuh daging bagi memuaskan nafsunya.”

Ef. 4:27 “Juga jangan memberi ruang kepada iblis.”

III. TIDAK MENINGGALKAN PELUANG

Bahagian di atas berbicara tentang aspek merebut peluang. Terdapat juga satu lagi aspek, iaitu yang dibicarakan dalam Roma 13:14, “Jangan membuat persediaan untuk tubuh daging bagi memuaskan nafsunya,” dan yang dibicarakan dalam Efesus 4:27, “Juga jangan memberi ruang kepada iblis.” Kita bukan sahaja harus merebut peluang, malah kita juga harus mengelak daripada memberi peluang. Kita bukan hanya perlu merebut peluang untuk mengasihi Tuhan dan manusia, malah kita tidak harus memberi sebarang peluang kepada tubuh daging atau iblis.

Orang pertama berbuat dosa hanya kerana dia mengatakan sesuatu yang tidak betul. Jika kita tidak ingin memberi sebarang peluang kepada tubuh daging atau iblis, hanya ada satu cara, iaitu berkata “tidak”. Jika kita berkata“tidak” dengan betul, segala-gala akan menjadi baik; akan tetapi, jika kita mengatakannya secara salah, kita akan gagal. Misalnya, jika seorang muda diajak untuk berpesta dengan orang lain, dan perkataan pertamanya ialah “tidak”, itu sangat baik. Saya mempunyai seorang adik lelaki; kawannya sering mengajaknya pergi bermain. Saya memberitahu dia bahawa dia tidak boleh melibatkan diri dalam hal-hal yang salah. Dia hanya menggumam sesuatu. Dia tidak berani berkata ya atau tidak. Jika perkataan pertama kamu ialah “tidak”, maka perkataan kedua menjadi mudah, dan perkataan ketiga lebih mudah. Jika kamu tidak berani berkata “tidak” pada mulanya, hati kamu sudah pun tergoyah. Pada mulanya, zimah kamu mungkin tidak mengizinkan, tetapi akhirnya kamu mungkin tidak lagi mempedulikan zimah kamu. Jika kamu tidak menolak pada kali pertama, kamu akan gagal pada kali kedua dan ketiga. Banyak orang yang jayeng kerana mereka berkata “tidak” pada kali pertama. Orang lain tidak lagi akan mencari orang sebegini kerana mereka mengetahui bahawa dia akan menolak mereka biar apa pun. Banyak dikbang dan dikkak gagal disebabkan mereka tidak berkata “tidak” pada mulanya. Oleh itu, mereka memakai pakaian yang tidak sepatutnya dipakai, makan apa yang tidak sepatutnya dimakan, melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan, malah pergi ke tempat yang tidak sepatutnya pergi.

Dua minggu yang lepas, saya membaca sebuah majalah; dalamnya seorang yang tua menulis satu artikel yang mengatakan bahawa jika orang muda tidak tahu bagaimana berkata “tidak”, dia harus pergi ke gurun tandus dan melatih berkata “tidak” berulang kali sehingga lidahnya patuh kepadanya dan dapat berkata “tidak”. Walau bagaimanapun, semasa berkata “tidak”, kita haruslah sopan, beradab, dan hormat.

Dalam Bible terdapat seorang yang memang pandai berkata “tidak”. Orang itu ialah Yohanes Pembaptis. Ketika orang Yahudi mengutus orang untuk bertanya kepadanya sama ada dia ialah Kristus itu, dia menjawab, “Tidak.” Disebabkan katanya yang begitu jelas, banyak masalah telah dielakkan. Jika dia menjawab dengan kurang jelas, dia dapat memperoleh sedikit kemuliaan. Namun begitu, dia lebih suka merendahkan statusnya dengan berkata “tidak”; ini mengurangkan banyak masalah. Hawa gagal kerana dia mengatakan sepatah demi sepatah kata. Saya mengenali beberapa dikbang dan dikkak yang jatuh disebabkan mereka tidak dapat mengatakan mengucapkan perkataan pertama “tidak”. Akhirnya, mereka tidak lagi dapat mengatakannya biarpun mereka ingin.

IV. MENCARI PELUANG UNTUK MENYELAMATKAN ORANG

Kita bukan sahaja harus merebut peluang, malah dalam peluang yang banyak ini kita juga tidak harus membuat persediaan untuk tubuh daging, dan tidak harus memberi sebarang ruang kepada iblis. Di samping itu, kita harus juga mencari peluang untuk menyelamatkan orang. Ada seorang dari England yang terkenal dengan menyelamatkan orang. Ketika dia sedang nazak, dia membicarakan kata-kata berikut, “Saya tidak melihat setiap orang hendak masuk neraka. Jika saya melihat ini, saya tidak akan tidur dengan sebegini aman.” Masa sudah suntuk. Dikbang dan dikkak sekalian, semoga kita melihat bahawa sekiranya seorang pendosa berlalu, dia akan berlalu buat selama-lamanya. Bible mengajar kita berbuat baik terhadap semua orang, yakni berbuat baik terhadap orang yang kita temui.

Ada seorang pengkhutbah yang menyampaikan mesej tertentu pada tahun pertama dia berkhutbah, dan pada tahun kelima puluh dia menyampaikan mesej yang sama. Akan tetapi, hanya lima orang yang pernah mendengar mesejnya lima puluh tahun yang lalu. Barangkali kamu tidak akan bertemu dengan orang yang pernah kamu temui di dalam kereta api lagi. Jika kamu tidak memberikan risalah dan tidak membuat kesaksian, peluang kamu akan terlepas.

Pernah sekali Encik Moody menginjil di tempat ibadah di Chicago. Pada akhir perhimpunan itu dia berkata, “Rakan sekalian, jika ada sesiapa di sini yang belum percaya kepada Tuan hari ini dan belum bertaubat, saya berharap agar kamu akan datang lagi.” Pada waktu petang itu juga, kebakaran besar berlaku di Chicago. Bahkan tempat ibadah itu juga terbakar. Selepas itu, Encik Moody menginjil lagi di rumah kayu yang dibina semula. Pada permulaan pembicaraannya, dia menangis kerana orang yang berada di situ pada hari itu bukan orang yang sama yang menghadiri perhimpunan yang lepas. Sejak itu, Encik Moody sering menasihati orang agar percaya segera dan bukan menunggu masa lain kerana mungkin tidak ada lagi masa lain.

Kita masih ada lima puluh satu minggu di hadapan kita pada tahun ini. Semoga kita tidak kehilangan peluang untuk mengasihi Tuhan, mengasihi orang, dan menyelamatkan sukma.

V. SEPATAH DUA KATA KEPADA PENDOSA

Kepada orang yang ada di sini dan belum percaya kepada Tuan, biar saya mengucapkan sepatah dua kata. Saya menasihati kamu agar jangan mengatakan bahawa masih ada banyak masa lagi, terdapat banyak peluang, dan kamu boleh mengambil masa untuk berfikir secara perlahan-lahan. Tidakkah kamu rasa sudah cukup banyak kamu menderita akibat dosa-dosa? Dalam Bible, terdapat satu catatan tentang seorang raja yang digelar Firaun. Dia berkeras hati, maka Tuhan menyebabkan katak masuk ke dalam istananya. Dia pergi merayu kepada hamba Tuhan yang dipanggil Musa, agar Tuhan menyebabkan katak undur daripadanya. Hamba Tuhan bertanya, “Bilakah aku harus memohon bagimu,…untuk menghapuskan katak-katak itu daripadamu dan dari istanamu?” Dia berkata, “Esok” (Kel. 8:9-10). Tidakkah kamu berasa terperanjat akan jawapannya? Dia masih ingin tinggal bersama dengan katak semalaman dan mencium bau busuk untuk semalam lagi. Dia berkata, “Esok”; dia ingin menunggu sehingga hari keesokannya. Banyak orang yang berfikir, “Aku berdosa; aku tidak ada kedamaian, tetapi aku rasa bahawa aku masih ada peluang lagi. Aku hendak menderita semalam lagi dan berbuat dosa untuk sehari lagi.” Akan tetapi, saya beritahu kamu bahawa perkara ini tidak dapat tunggu sehingga esok. Bila-bila sahaja ada peluang, kamu harus merayu kepada Tuhan. Penyelamatan merupakan hal dalam hidup ini, dan penyelamatan juga hal pada hari ini. Jika kamu menunggu sehari lagi, kamu mungkin tidak ada peluang lagi. Jika kamu telah mendengar injil dan mengetahui bahawa Yesus telah mati untuk kamu dan bangkit untuk kamu, namun kamu masih ingin menunggu buat seketika sebelum percaya, saya menasihati kamu agar percaya sekarang kerana kamu mungkin tidak ada peluang lain.

Pernah sekali saya memberitakan injil di sekolah perempuan tertentu di Nanking. Terdapat seorang pelajar, yang bapanya bekerja untuk pihak kerajaan, berpegang kuat pada pemikiran anti kristian. Selepas saya berbicara untuk beberapa hari, saya mempersilakan orang untuk bertanya soalan. Dia berdiri lalu berkata, “Saya tahu bahawa saya harus percaya kepada Yesus, dan saya juga tahu bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Namun tadi kamu memberitahu kami bahawa seorang perompak percaya sejurus sebelum dia mati. Saya ingin menunggu sehingga saya hampir mati barulah saya percaya.” Saya menjawab, “Seseorang sudah pasti dapat diselamatkan jika dia percaya kepada Tuan sejurus sebelum mati. Akan tetapi, saya ada tiga soalan yang ingin ditanyakan kepada kamu. Pertama, tahukah kamu bila kamu akan mati? Bagaimanakah kamu tahu bahawa sekarang kamu akan mati dan kamu harus percaya kepada Yesus? Dapatkah kamu mengatakan bahawa hari ini kamu percaya, hari keesokannya kamu akan mati? Kedua, dapatkah kamu mengatakan bahawa kamu akan mati secara perlahan-lahan, dan akan ada masa yang mencukupi bagi kamu percaya? Dapatkah kamu memastikan bahawa kamu tidak akan mati akibat dilanggar kereta atau terkena peluru sesat? Dapatkah kamu menjamin bahawa kematian kamu adalah secara perlahan-lahan dan kamu akan ada peluang untuk percaya kepada Tuan ketika itu? Ketiga, hari ini kamu dapat mengatakan kamu harus percaya kepada Yesus dan kamu memang telah berbuat dosa; akan tetapi, dapatkah kamu memastikan bahawa pada hari kamu mati, kamu masih lagi mempunyai hasrat ini? Biarpun jika kamu mengetahui masa kematian kamu sudah dekat, dapatkah kamu mengatakan bahawa kamu pasti percaya dan kamu pasti mahu percaya? Jika kamu menunggu sehingga peluang yang betul, saya khuatir bahawa masa itu sudah berlalu. Kamu berdosa, dan Tuan Yesus telah memikul dosa-dosa kamu; Dia telah mati untuk kamu di atas salib dan telah pun bangkit serta naik ke syurga. Saya berharap agar kamu tidak menunggu sampai esok. Saya tahu apa yang saya bicarakan kerana saya pernah berada di sisi orang mati. Saya telah melihat banyak orang yang pada waktu paginya mengatakan bahawa mereka belum bersedia untuk mati; akan tetapi, pada waktu petang hari yang sama, mereka tidak lagi takut kerana mereka telah percaya kepada Yesus.”

Biar saya datang semula kepada kawan yang saya sebut tadi, iaitu orang yang menyebarkan risalah di taman. Apabila orang yang tidak percaya itu melihat risalah tersebut dan mencemuh risalah itu karut-karut belaka, jawapan kawan itu amat baik. Dia berkata, “Sejak kecil, saya seorang yang panas baran. Selepas saya percaya kepada Tuan, saya telah berubah. Bukan sahaja ahli keluarga saya mengatakan bahawa seorang yang baik, malah guru saya turut mengatakan hal yang sama. Encik, adakah ini juga karut? Semasa ibu saya mati, saya melihat dia meninggal secara damai dan girang. Encik, adakah ini juga karut? Banyak dikbang dan kawan saya seperti kamu, tidak percaya akan keabadian atau syurga ataupun neraka, namun mereka tidak berasa puas. Mereka berbuat dosa; mereka jatuh sakit; mereka berasa sedih. Encik, adakah ini juga karut? Jika terdapatnya perbezaan yang sebegitu besar antara percaya dengan tidak percaya, biarpun itu adalah ‘karut’ kepada kamu, saya lebih rela ditipu. Kamu menganggap ini karut kerana kamu tidak mengenali Tuhan.”

Saya berharap agar hari ini tidak ada orang Kristian yang kehilangan sebarang peluang. Selain itu, saya berharap agar tidak ada orang yang memberi sebarang peluang kepada tubuh daging dan iblis. Saya juga berharap agar hari ini tidak ada pendosa yang kehilangan peluang penyelamatan.