Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
2019-12-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kita bukan sahaja harus merebut peluang, tetapi kita juga tidak harus membuat persediaan untuk tubuh daging dalam peluang ini, dan tidak harus memberi sebarang tempat kepada iblis. Di samping itu, kita harus juga mencari peluang untuk menyelamatkan orang. Ada seorang dari England yang terkenal dengan menyelamatkan orang. Ketika dia sudah hendak mati, dia membicarakan kata-kata berikut, “Saya dapat melihat bahawa bukan setiap orang yang akan masuk ke neraka. Jika saya tidak melihat ini, saya tidak akan dapat tidur dengan sebegini aman damai.” Masa sudah lewat. Dikbang dan dikkak sekalian, semoga kita melihat bahawa sekiranya seorang pendosa berlalu, dia akan berlalu buat selama-lamanya. Bible mengajar kita berbuat baik terhadap semua orang, yakni berbuat baik terhadap orang yang kita temui.

Ada seorang pengkhutbah yang menyampaikan mesej tertentu pada tahun pertama dia berkhutbah, dan pada tahun kelima puluh dia menyampaikan mesej yang sama. Akan tetapi, hanya lima orang yang pernah mendengar mesejnya lima puluh tahun yang lalu. Barangkali kamu tidak akan bertemu dengan orang yang pernah kamu temui di dalam kereta api lagi. Jika kamu tidak memberikan risalah dan tidak membuat kesaksian, peluang kamu akan terlepas.

Pernah sekali Encik Moody menginjil di tempat ibadah di Chicago. Pada akhir perhimpunan itu dia berkata, “Rakan sekalian, jika ada sesiapa di sini yang belum percaya kepada Tuan hari ini dan belum bertaubat, saya berharap agar kamu akan datang lagi.” Pada waktu petang itu kebakaran berlaku di Chicago. Bahkan tempat ibadah itu juga terbakar. Selepas itu, Encik Moody menginjil lagi di rumah kayu yang dibina semula. Pada permulaan pembicaraannya, dia menangis kerana orang yang berada di situ pada hari itu bukan orang yang sama yang menghadiri perhimpunan yang lepas. Sejak itu, Encik Moody sering menasihati orang agar percaya segera dan bukan menunggu masa lain kerana mungkin tidak ada lagi masa lain.

Semoga kita tidak kehilangan peluang untuk mengasihi Tuhan, mengasihi orang, dan menyelamatkan sukma. (The Collected Works of Watchman Nee, set 1, jil. 17: Notes on Scriptural Messages (1), No Terbitan. 13, Redeeming the Time)

Mengapakah Tuhan mencipta manusia? Apakah tujuan-Nya mencipta manusia? (4)
Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)