Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
Tanah yang beralirkan susu dan madu
Membicarakan Sabda Tuhan kepada Orang Lain pada Setiap Waktu dan di Setiap Tempat
2020-03-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Saya menasihati kamu semua agar sentiasa membawa sebuah Bible….Setiap perkataan dan setiap frasa dalam Bible merupakan berlian. Tetapi malangnya hanya sedikit orang yang akan mempamerkan berlian ini kepada orang lain. Saya berharap bahawa setiap satu daripada kamu akan belajar membicarakan sabda Tuan, dengan menggunakan segala kearifan untuk menerima sabda Tuan ke dalam kamu sebagaimana kamu akan menerima seorang persona yang hidup, agar Dia berasa senang hati dan dengan kayanya menghuni kamu….Kita perlu melengkapi diri kita setiap hari. Kita perlu menjadi orang yang mempunyai bekalan simpanan….Sabda dalam Bible terlalu kaya. Kita harus menggunakannya. Kita harus mempunyai bekalan simpanan yang dapat kita gunakan secara bebas….Kita perlu menerima sabda Tuan ke dalam diri kita. Terdapat enam puluh enam buah buku dalam Bible dengan lebih daripada 1,200 bab. Sekiranya kita hanya memilih satu ayat keemasan daripada setiap bab untuk disimpan dalam kita, kita akan mempunyai lebih daripada 1,200 ayat untuk dibicarakan. Sekiranya setiap dikbang dan dikkak dalam gereja sanggup berbuat demikian, kita semua akan menjadi sekumpulan sarjana, dan segala apa yang kita ungkapkan ialah karangan ilmiah. Saya berharap agar gereja…menjadi gereja sedemikian, iaitu setiap pekudusnya, sama ada tua atau muda, akan membicarakan sabda Tuan di serata tempat dengan cara yang logik, bermakna, bernilai dan mahir, yakni berbicara sehingga orang lain tertarik hati, sehingga setiap orang mendengar sabda Tuan. Hal ini tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang keras. Kita harus menghabiskan masa untuk membuat kajian secara berterusan. (Meeting to Speak the Word of God, bab 3)

Perbezaan antara yang Bijaksana dengan yang Jahil (2)
Tanah yang beralirkan susu dan madu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)