Roma 10:15 Betapa indahnya kaki orang yang mengkhabarkan berita berkenaan hal-hal baik!
Memberitakan injil merupakan sesuatu yang harus dilakukan dan juga rela dilakukan oleh setiap orang yang percaya kepada Tuan dan diselamatkan. Hayat Tuhan yang kita peroleh di dalam ialah hayat yang sedemikian. Semakin kita menginjil, semakin hayat ini akan dibebaskan dan semakin kita akan bertumbuh dalam hayat.
Injil ialah berita baik, khabar gembira yang disampaikan oleh hamba Tuhan kepada orang (Yes. 52:7; Roma 10:15), manakala isi kandungan penting injil ialah Anak Tuhan, Yesus Kristus (Yoh. 20:31). Dia ialah Tuhan dan manusia (Roma 1:1-4) yang telah menjadi Penyelamat pendosa (Mat. 1:21). Selain itu, kematian Kristus yang menanggung dosa kita, serta pengebumian dan kebangkitan-Nya juga merupakan isi kandungan penting injil (1 Kor. 15:1-4). Ringkasnya, segala apanya Kristus (persona-Nya yang merupakan Tuhan dan manusia), dan segala apa yang dilakukan Kristus (kerja penebusan-Nya) membentuk isi kandungan injil.
Suruhan Tuan
Selepas Tuan Yesus menyempurnakan penebusan yang dirancang Tuhan untuk orang yang dipilih Tuhan menerusi kematian dan kebangkitan-Nya, ketika Dia meninggalkan dunia untuk naik ke syurga, Dia menyuruh disipal-disipal-Nya agar pergi ke seluruh dunia dan memberitakan injil-Nya kepada segala ciptaan (Mrk. 16:15) demi mendisipalkan semua bangsa dan membaptis mereka ke dalam nama Tuhan Tritunggal (Mat. 28:19). Suruhan ini tegas dan bukan hanya ditujukan kepada disipal-disipal di hadapan Tuan pada masa itu, tetapi juga ditujukan kepada semua orang yang telah percaya kepada Tuan dan diselamatkan Tuan dalam semua zaman. Oleh itu, kita harus menerima suruhan ini dengan serius dan menyebarkan injil Tuan.
Roh penginjilan—Menyatakan sikap terhadap penginjilan
Contoh ayat di atas menunjukkan sikap yang harus kita ada terhadap penginjilan. Semoga Tuan mengurniai kita agar kita dapat mengikut contoh-contoh ulung daripada pekudus-pekudus sebelum kita.