Semasa memberitakan injil, kingdom Tuhan sering diabaikan. Kebanyakan pemberitaan injil hari ini memberi orang suatu tanggapan bahawa injil hanya untuk memperoleh sukma, untuk memindahkan orang dari neraka ke dalam syurga, untuk membantu orang memperoleh damai sejahtera, keriangan, dan berkat abadi. Akan tetapi, dalam Wasiat Baru, kita mempunyai tanggapan yang berlainan berkenaan injil. Ketika Tuan Yesus memberitakan injil, Dia berbicara berkenaan kingdom Tuhan, dan Dia memberitahu mereka supaya bertaubat untuk kingdom.

Pada suatu hari, semasa melatih disipal-Nya, Tuan membawa mereka ke Kaisarea Filipi, yang terletak di bahagian utara Tanah Kudus, berdekatan dengan sempadan, di kaki Gunung Hermon. Kemudian Tuan mula bertanya kepada disipal-Nya berkenaan diri-Nya: “Apa kata orang tentang siapakah Anak Manusia?…Tetapi kamu, apa katamu tentang siapakah Aku? (Mat. 16:13, 15). Petrus menjawab dan berkata, “Engkaulah Kristus itu, Anak kepada Tuhan hidup” (ay. 16). Petrus mengaku Tuan sebagai Kristus itu, Anak kepada Tuhan hidup. Hal ini bermaksud bahawa Anak kepada Tuhan hidup dilantik menjadi Yang diurapi Tuhan, Kristus itu. Selepas Petrus menerima wahi ini berkenaan Tuan, Tuan seterusnya berkata, “Di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku….Aku akan memberi kamu kunci-kunci kingdom syurga-syurga…” (ay. 18-19). Dalam ayat-ayat ini, perkataan “gereja” dan “kingdom” digunakan secara bersilih ganti. Pertama-tamanya Tuan berkata, “Aku akan membina gereja-Ku,” dan kemudian “Aku akan memberi kamu kunci-kunci kingdom syurga-syurga.” Hal ini menunjukkan bahawa untuk membina gereja, kingdom perlu dibuka. Dengan kata lain, membuka kingdom ialah jalan untuk memulakan pembinaan gereja.

Kita perlu melihat perkara yang penting bahawa esens intrinsik injil ialah kingdom. Injil diberitakan demi kingdom, dan kingdom ialah suasana divin untuk Tuhan melaksanakan rancangan-Nya, suatu alam bagi Tuhan menggunakan kuasa-Nya untuk menyempurnakan apa yang dihasratkan-Nya. Satu-satunya jalan untuk Tuhan mencapai matlamat-Nya ialah menerusi kingdom. Oleh itu, terdapat satu bahagian dalam Injil Markus yang mewahikan tujuan injil. Tujuan injil adalah untuk mendapat kingdom. Kingdom Tuhan ialah matlamat injil.

Kingdom Tuhan bukan sahaja matlamat injil, tetapi juga hasil injil. Ketika injil diberitakan, apakah hasilnya? Apakah hasil injil? Hasilnya ialah kingdom. Pemberitaan injil adalah untuk menghasilkan kingdom.

Hanya dalam Injil Matius Tuan berbicara tentang gereja. Injil Markus, Lukas, atau Yohanes tidak menyebut tentang gereja. Namun demikian, kita harus melihat bahawa dalam minda Tuan, gereja dan kingdom ialah perkara yang sama. Gereja ialah kingdom dan kingdom ialah gereja. (Life-study of Mark, mesej 13)