[Wahi 8:5] berkata, “Malaikat itu mengambil perukupan dan mengisinya dengan api mazbah lalu melemparkannya ke bumi; maka terdapatlah guruh, suara, kilat, dan gempa bumi.”… Penghakiman Tuhan ke atas bumi merupakan jawapan kepada doa para pekudus bersama dengan Kristus yang merupakan ukupan. Walaupun meterai keenam telah dibuka dan tujuh trompet telah bersedia untuk ditiup, tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah Kristus datang mempersembahkan doa para pekudus kepada Tuhan dengan diri-Nya sebagai ukupan. Pada masa itu, terdapat guruh, suara, kilat, dan gempa bumi. Ini menunjukkan bahawa sungguhpun Tuhan berhasrat untuk melaksanakan penghakiman-Nya ke atas bumi, namun masih perlu ada pekudus yang bekerjasama dengan-Nya dengan doa mereka.(Life-study of Revelation, m.s. 279-280)

© Gospel Book Centre