Masa yang terbaik untuk bertemu dengan Tuan, berhubung dengan-Nya, dan bersekutu dengan-Nya ialah pada awal pagi. Manna perlu dikumpulkan sebelum matahari terbit (Kel. 16:14-21). Sesiapa yang ingin memakan makanan Tuhan harus bangun awal. Apabila matahari panas, manna akan menjadi cair dan hilang. Jika kita ingin menerima pengkhasiatan rohani dan pendidik-binaan rohani, dan jika kita ingin mempunyai persekutuan rohani dan perbekalan rohani, kita perlu bangun awal. Jika kita bangun lewat, manna akan hilang. Awal pagi ialah masa Tuhan mendispenkan makanan rohani dan persekutuan kudus-Nya kepada anak-anak-Nya.…Semua orang yang mengenali Tuhan akan bangun awal.

Kita harus meluangkan masa yang terbaik dalam satu hari—awal pagi—di hadapan Tuan, dan bukannya untuk hal-hal lain. Sesetengah orang Kristian menghabiskan masa sepanjang hari pada hal-hal lain, dan sampai waktu malam ketika hendak tidur barulah mereka berlutut untuk membaca Bible dan berdoa. Maka tidak hairanlah pembacaan Bible mereka, doa mereka, dan persekutuan mereka dengan Tuan tidak berkesan.…Pada saat kita percaya kepada Tuan, kita harus mengasingkan masa awal pagi untuk bersekutu dengan Tuhan dan berhubung dengan-Nya.

Wahi 2:28 memberitahu kita bahawa Kristus akan memberi bintang fajar kepada pejayeng. Wasiat Baru mewahikan bahawa Kristus, yang dilambangkan oleh pencahaya di langit, ialah bintang fajar yang terang (22:16). Berkenaan tamsil Kristus, seluruh Bible bermula dengan Dia sebagai cahaya (Kej. 1:3) dan berakhir dengan Dia sebagai bintang fajar, pencahaya itu. Bintang fajar muncul pada waktu yang paling gelap, iaitu selepas tengah malam dan sebelum fajar. Ini menunjukkan bahawa Kristus akan menampakkan diri sebagai bintang fajar yang terang pada masa yang paling gelap, iaitu sebelum kesudahan zaman ini.

Tidak ada satu bintang yang seterang bintang fajar. Pada waktu yang paling gelap, dalam pejayeng terdapat satu bintang sedang bersinar. Pejayeng akan mempunyai dan menikmati cahaya yang istimewa, iaitu Kristus sebagai bintang fajar.

Pada permulaan Wasiat Baru, bintang berada di luar agama (Mat. 2:1-6), tetapi pada penghujung Wasiat Baru, bintang itu berada dalam gereja.…Hari ini bintang berada dalam gereja dan dalam kalangan gereja. Yesus Kristus, yang merupakan bintang fajar, hari ini berjalan dalam kalangan gereja lokal. Untuk melihat bintang itu, kita perlu datang kepada gereja-gereja lokal.…Apabila kita berada dalam agama, kita akan berasa bahawa kita berada dalam kegelapan, tetapi apabila Tuan membawa kita ke dalam gereja, kita akan melihat bintang yang terang. Hari ini bintang syurgawi itu berada dalam gereja-gereja lokal.

Menurut 2 Petrus 1:19, bintang fajar berkaitan dengan Bible.…Jika kita memberi perhatian kepada kata penyabda, fajar akan menyingsing dalam kita, dan bintang fajar akan terbit dalam hati kita. Memberi perhatian kepada kata penyabda bererti memberi perhatian kepada Sabda yang hidup. Ini bukan sekadar membaca Sabda itu, tetapi mendalami Sabda itu sehingga terdapat sesuatu terbit dalam kita. Kita boleh memanggil ini sebagai fajar, atau bintang fajar. Dalam 2 Petrus 1:19, istilah “bintang fajar” dalam bahasa Yunani ialah fosforus, suatu substan pembawa cahaya.…Kristus ialah fosforus sebenar yang bersinar dalam kegelapan hari ini.…Kita perlu memberi perhatian [kepada Sabda] sehingga sesuatu mula bersinar dalam kita. Penyinaran itu akan menjadi “fosforus” divin dalam hati kita. Kemudian, kita akan mempunyai bintang fajar. Kita akan menjadi seperti orang arif, dan sesuatu dari syurga akan menyinari kita. Kita perlu datang kepada Sabda yang teguh dan membuka seluruh diri kita kepada Sabda itu—mulut, mata, minda, roh, dan hati kita—hingga Kristus sebagai bintang fajar terbit dalam kita dan menyinari kita.