Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Makna Doa
Doa yang Terbaik
Makna Doa
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu berkenaan makna sebenar doa yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran pembaca sekalian.

Banyak percayawan yang mempunyai konsep alamiah bahawa sebelum mereka dapat berdoa dan mendekati Tuhan, mereka harus menunggu sehingga keadaan mereka bertambah baik atau menunggu sehingga perasaan dalaman mereka menjadi kuat. Konsep ini salah dan bukan menurut makna doa. Berdoa bererti datang kepada Tuhan menurut keadaan asal diri kita. Lebih banyak menurut keadaan asal diri kita, lebih baik. Kita tidak perlu menunggu apa-apa, mengubah apa-apa, atau menyediakan apa-apa. Biarpun kita ini lemah, keliru, sedih, dan tidak ada kata-kata, kita masih boleh datang ke hadapan Tuhan.

Mungkin kamu tersandung dan sama sekali dalam keadaan kelam-kabut. Kamu boleh datang ke hadapan Tuhan menurut keadaan asal diri kamu. Mungkin kamu amat murung sehinggakan tidak dapat mengungkapkan apa-apa kata, namun kamu tetap boleh datang kepada Tuhan dengan begitu sahaja. Mungkin kamu sudah setengah tahun tidak berdoa dan malu untuk bertemu dengan Tuhan. Kamu tidak perlu tunggu atau memperbaiki keadaan kamu; kamu hanya perlu membawa rasa malu ini ke hadapan Tuhan.

Tuhan ialah segala-gala bagi kita. Jika kita tidak menghubungi Tuhan, namun berharap untuk menjadi kuat dan mempunyai kata-kata untuk didoakan tanpa menghubungi Tuhan, harapan ini sudah pasti sia-sia. Tuhan tidak mahu kita mempunyai harapan sedemikian. Dia tidak takut sama kita jahat, lemah, atau salah. Keadaan kita tidak merisaukan-Nya. Dia hanya risau kita tidak menghadap-Nya dan menghubungi-Nya. Asalkan kita datang kepada-Nya, Dia ada jalan kerana Dialah jalan itu. Adakah kita lemah? Dialah kudrat. Adakah kita tidak elok? Dia elok. Adakah kita tidak larat bangkit? Dialah kebangkitan. Adakah kita kekurangan pimpinan? Dialah pimpinan. Adakah kamu tidak ada sabda? Dia ialah Sabda. Dialah segala-gala. Kita tidak perlu menunggu atau memperbaiki diri kita. Lebih banyak kita datang kepada Tuhan menurut keadaan asal kita, lebih baik.

Biasanya sebelum berjumpa dengan orang lain, kita akan berhias diri dahulu, dan kita akan berpura-pura sedikit semasa bersama dengan mereka. Kadangkala kita belum bersedia untuk berjumpa dengan orang kerana kita belum siap berhias diri. Seorang dikbang yang baru sahaja meradang tidak akan membenarkan orang melawatnya kerana kemarahannya masih belum reda dan dia tidak dapat berpura-pura. Seorang dikkak yang tidak berpakaian rapi tidak ingin berjumpa dengan sesiapa. Walaupun kita patut berpakaian rapi untuk berjumpa dengan orang, namun bahkan berpakaian rapi ini mungkin merupakan sejenis kepura-puraan. Kita tidak perlu berpura-pura semasa datang kepada Tuhan. Dikbang yang baru sahaja meradang harus membawa keradangan itu kepada Tuhan. Biarpun rohnya tawar dan dia tidak dapat bangkit untuk berdoa, dia masih harus datang kepada Tuhan. Kita tidak perlu berpura-pura, dan Tuhan tidak mahu kita berpura-pura. Mengemaskan diri dahulu sebelum datang menghubungi Tuhan bukan prinsip doa. Doa tidak memerlukan pembaikan diri. Lebih banyak kita berada dalam keadaan kita yang sebenar semasa kita berdoa, lebih baik. Keadaan kita itulah keadaan kita. Mengubah diri kita ialah kerja manusia. Kita tidak perlu ubah untuk menghubungi Tuhan. Apa yang kita perlukan ialah Tuhan serta membenarkan Dia mengubah kita.

Ya, berdoalah dengan keadaan asal diri kamu dan kamu akan melihat berkat Tuhan mencucuri kamu.

Kidung #415

Saat ku penat dan dah’ga,
Na-ung bawah sayap-Nya,
Ku terteduh, nyaman, bah’gia,
Sumber hidup nan segar;
Penyelamat dampingi ku,
Kami mesra bers’kutu;
Meski cuba, tak terkata
Sabda-Nya nan rahsia.

Doa yang Terbaik
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)