Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (2)
Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
2019-09-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Orang Kristian

Pada masa yang sama, kita juga perlu melihat perkara berkenaan orang Kristian. Tanpa orang Kristian, tidak ada kehidupan orang Kristian. Tanpa orang Kristian, tidak ada gereja. Tanpa gereja, tidak ada kehidupan gereja. Oleh itu, orang Kristian dan gereja adalah seiring. Secara individu, kita ialah orang Kristian. Secara korporat, kita ialah gereja. Sebagai orang Kristian, kita bukan sahaja perlu menjalani kehidupan orang Kristian yang normal, malah kita perlu menjalani kehidupan gereja orang Kristian yang normal. Tanpa yang pertama, yang terkemudian itu mustahil berlaku. Kehidupan orang Kristian kita sama sekali tidak boleh menggantikan kehidupan gereja, sebaliknya akan mengukuhkan kehidupan gereja.

(i) Percaya dan Menerima melalui Iktikad yang Berada dalam Roh
Kita perlu jelas tentang jenis kehidupan orang Kristian yang harus kita jalani selepas kita diselamatkan. Kehidupan Kristian kita bermula dengan iktikad orang Kristian yang normal. Dalam iktikad yang berada dalam roh pembauran kita, kita percaya dan menerima Tuhan. Hal ini merupakan permulaan yang amat mustahak bagi seseorang Kristian kerana kita perlu terus mengalami semua janji Tuhan, bekerja bersama dengan Tuhan, hidup, bekerja, dan bergerak, semuanya melalui iktikad. Pada hari kita dilahirukan, Roh beri-hayat telah masuk ke dalam roh kita dan menghidupkan roh kita. Roh kita dan Roh Tuhan menjadi satu. Hari ini, Tuhan sedang mencari orang yang menyembah, iaitu melayan-Nya dalam roh (Yoh. 4:24); tanpa ini kita tidak dapat diperkenan Tuhan. Sebaik sahaja kita memiliki iktikad ini, hati kita percaya dan mulut kita mengaku. Hidup kita akan berubah; misalnya kita bukan sahaja akan bersetuju dengan pergerakan-Nya di bumi, bahkan kita akan pergi dalam pemergian-Nya melalui iktikad.

(ii) Menjalani Kehidupan dalam Iktikad
Apabila kita menerima Tuhan ke dalam kita, kita memiliki hayat-Nya dan berupaya menjalani kehidupan ini. Malah kehidupan ini juga dijalani melalui iktikad. Roma 1:17 berkata, “Tetapi yang adilbenar akan beroleh hayat dan hidup melalui iktikad.” Kita perlu hidup melalui iktikad, bukan melalui tabiat atau budaya, dengan menyedari bahawa sumber iktikad ialah Tuhan, Sabda Tuhan dan Tuan Yesus. Semakin kita hidup melalui iktikad, menghubungi-Nya dalam roh dan membaca Sabda, semakin kita akan bertumbuh dalam fungsi untuk melayan dan menyembah Tuhan demi penyempurnaan ekonomi-Nya. Betapa perlunya kita mengamalkan perkara ini—sama ada semasa kita melakukan kerja injil dan kerja kesusasteraan, berbicara dan menyampaikan kebenaran puncak tinggi, atau menjaga dan berbahagian dalam kerja Tuhan di seluruh bumi, dan sebagainya. Apa yang diperlukan ialah iktikad!

(iii) Bukan Lagi Aku yang Hidup, tetapi Kristus yang Hidup Dalamku
Kita perlu mempunyai pengalaman yang disebut dalam Galatia 2:20—bukan lagi “aku” yang hidup tetapi “Kristus”! Jika kita hendak menjalani kehidupan Kristian kita dengan cara ini, kita perlu mempunyai pengalaman disalibkan bersama dengan Kristus dalam roh kita. Hasilnya, gereja universal terhasil dalam Yohanes 15. Gereja ini menjadi gereja lokal apabila wujud di suatu tempat tetapi mengekspresikan gereja universal, Tubuh Kristus yang unik. Dengan kata lain, kehidupan orang Kristian yang normal ialah kehidupan yang keluar, menghasilkan buah dan bercabang keluar, penuh dengan ekspresi Kristus. Apabila kita melihat situasi kita yang tidak berbuah ini, kita benar-benar perlu bertaubat. Kita tidak melakukan apa yang seharusnya kita lakukan, iaitu pergi dan memberitakan injil kepada seluruh bumi yang berhuni. Oleh itu, kita perlu berdoa dan memohon kepada Tuan agar menyelamatkan kita daripada menjadi tidak normal.

(iv) Bagi Aku Hidup adalah Kristus
Dalam Filipi 1:21a, Paulus berkata, “Kerana bagi aku hidup adalah Kristus.” Paulus tidak mengira apa jua keadaannya—dia dipenjarakan dari segi fizikal, menghadapi kesukaran dari segi psikologi dan rohani apabila gereja-gereja di Asia berpaling daripadanya, dua orang dikkak saling berbalah, tidak ada seorang yang sesukma dengan Paulus kecuali Timotius, dan sebagainya—Paulus masih dapat memperbesar Kristus. Semasa gereja di Filipi berbahagian dalam sumbangan kewangan kepada dutus demi kemajuan injil, mereka juga berhidupkan dan memperbesar Kristus. Inilah pengalaman yang normal terhadap Kristus. Kita perlu dicahayai dan membuka diri untuk mendalami maksud kata-kata Paulus dan menirunya agar menjadi orang yang hidup adalah Kristus dan injil-Nya.

(v) Menjalani Kehidupan Kristian dalam Kehidupan Gereja
Kehidupan orang Kristian dihidup keluar dalam gereja dan juga untuk kehidupan gereja. Tuhan telah menyelamatkan kita secara individu, dan Dia juga telah menempatkan kita secara korporat dalam gereja-Nya. Kita dibaptis ke dalam Tubuh Kristus, dan setiap satu daripada kita ialah anggota Tubuh Kristus. Oleh itu, kita bukan sahaja harus menjalani kehidupan orang Kristian yang individu, tetapi juga kehidupan gereja yang korporat dan sehati sejiwa dengan semua pekudus. Puji Tuan kerana Tuhan Tritunggal berada dalam gereja. Jika kita ingin mencari Kristus, mengenali Kristus, mengalami Kristus, dan memperoleh Kristus, tempat yang terbaik ialah gereja. Dalam gereja, kita juga menerima wahi divin dan memperoleh penjelasan bagi semua masalah kita. Lebih-lebih lagi,di sini kita akan melihat Kristus. Pekudus sekalian, kita tidak dapat tidak menjalani kehidupan gereja!

(vi) Anggota-anggota Tubuh Kristus dan Tubuh Kristus
Pada hari kita diselamatkan, kita semua telah dibaptis ke dalam satu Tubuh dan menjadi anggota-anggota Tubuh Kristus. Perkara ini harus menjadi injil tinggi yang kita beritakan dan wahi divin yang kita lihat. Pekudus sekalian, dengan melihat perkara ini kita akan direvolusikan. Dalam Tubuh, kita kehilangan kebebasan diri. Sebagai anggota Tubuh, kita tidak akan wujud jika kita terpisah daripada Tubuh. Dalam Tubuh, semua anggota adalah sama dan setara dalam hayat dan sifat, tetapi hanya berbeza dari segi fungsi. Oleh itu, terdapat keperluan untuk koordinasi dan semua harus berfungsi! Akhirnya, Kristus akan diekspresikan menerusi Tubuh.

Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (2)
Orang yang paling gembira ialah orang yang paling tidak mementingkan diri
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)