Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (2)
Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (1)
Penyebaran kebenaran pemulihan Tuan merupakan persiapan untuk perkembalian Tuan
Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (2)
2020-03-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kita harus melengkapi diri kita dengan kebenaran. Kemudian para pekudus dalam gereja akan menjadi seperti anak-anak dalam keluarga yang berpelajaran. Apabila mereka membuka mulut, kebenaran akan mengalir keluar, dan apabila mereka keluar untuk memberitakan injil, mereka akan membicarakan kebenaran. Sekiranya orang muda dalam kalangan kita membicarakan kebenaran Roma 8:1-13 kepada ibu bapa mereka, dengan memberitahu ibu bapa mereka bahawa Tuhan Tritunggal sedang mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia tripartit, saya yakin bahawa ibu bapa mereka akan tersentuh. Kita tidak seharusnya takut bahawa mereka tidak dapat memahami kita. Sekiranya kita memahami kebenaran, orang lain turut memahami apa yang kita bicarakan kepada mereka.

Apabila kita memahami kebenaran, kita harus membincangkan kebenaran ini dengan pekudus yang lain dan bukan berbicara tentang cuaca dan politik. Kita seharusnya direndam dalam kebenaran dan dilengkapi dengan kebenaran sampai ke takat kita bernafaskan kebenaran, makan kebenaran, dan berhidupkan kebenaran. Seluruh diri kita seharusnya penuh dengan kebenaran, dan perbualan kita dengan pekudus lain seharusnya bukan apa-apa melainkan kebenaran. Kawan dan saudara kita harus hanya mendengar kebenaran daripada mulut kita. Dengan demikian, selepas suatu jangka masa, mereka akan memahami apa yang tidak dapat diterima mereka pada mulanya, dan kebenaran akan masuk ke dalam mereka.

Demi injil di rumah kita, injil di kampus, injil kepada kanak-kanak, dan injil dalam komuniti, kita harus memupuk kebiasaan membicarakan kebenaran. Injil kita adalah untuk membicarakan kebenaran. Sekiranya kita membicarakan kebenaran di rumah kita, kawan dan saudara kita akan mendengar kebenaran semasa mereka berada di rumah kita. Jika inilah keadaan kita, masakan injil gagal disebarkan? Kita tidak harus takut bahawa kita tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan; terlalu banyak perkara yang dapat dibicarakan. (Crucial Words of Leading in the Lord’s Recovery, buku 3, bab 14)

Kebenaran ialah Injil, dan Injil ialah Kebenaran (1)
Penyebaran kebenaran pemulihan Tuan merupakan persiapan untuk perkembalian Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)