Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
Datang dan Minum
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
2017-09-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam bahagian pertama artikel ini, kita telah melihat bahawa Tuhan mempamerkan diri-Nya kepada manusia sebagai pohon hayat. Dalam Wasiat Baru, kita juga melihat bahawa Tuhan mempamerkan diri-Nya kepada manusia dalam bentuk makanan. Ini jelas dilihat dalam Injil Yohanes. Yohanes memberitahu kita bahawa pada mulanya ada Sabda, dan Sabda itu ialah Tuhan, dan dalam Dia ada hayat (1:1, 4). Pada suatu hari, Dia melakukan mukjizat dengan memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan (6:9-13). Kemudian orang ramai hendak menjadikan Dia Raja. Akan tetapi, Dia menolak tawaran itu (ay. 15). Selepas itu, Dia memberitahu mereka bahawa Dia datang bukan untuk menjadi seorang Raja yang memerintah orang di luar tetapi sebagai roti hayat untuk dimakan (ay. 35, 57). Dia datang supaya kita dapat memakan Dia. Tuhan tidak mahu kita memikirkan bagaimana melayan-Nya, bagaimana menyembah-Nya, atau bagaimana memuliakan-Nya, tetapi Dia mahu kita menganggap Dia sebagai makanan kita. Dia datang untuk mempamerkan diri-Nya kepada kita sebagai hayat dalam bentuk makanan. Kita perlu mengambil Dia sebagai makanan dengan memakan-Nya. “Demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku” (ay. 57b).

Semoga Tuan menukar konsep kita daripada melakukan sesuatu kepada makan. Alangkah baiknya jika kita dapat menjadi seorang Kristian yang bukan sekadar melakukan sesuatu tetapi seorang Kristian yang makan. Dalam Kristianiti hari ini, penekanan mereka adalah untuk melakukan sesuatu dan bekerja. Kristianiti telah jatuh ke dalam agama yang melakukan sesuatu, agama yang bekerja, agama yang berjerih lelah. Namun hasrat pertama Tuhan bukanlah untuk manusia berjerih lelah tetapi untuk manusia berjamu dan memakan-Nya agar manusia dapat menikmati Tuhan sendiri. Yohanes 4:24 memberitahu kita bahawa kita harus menyembah Tuhan, tetapi kita harus bertanya apakah maksud menyembah. Menurut konteks penuh Yohanes 4, maksud Tuan ialah apabila kita minum Dia sebagai air hidup dalam ayat 14, kita sedang menyembah-Nya dalam ayat 24. Apabila kamu minum Dia sebagai air hidup, itu bermaksud bahawa kamu menyembah-Nya.  Semakin banyak kamu minum-Nya, semakin banyak kamu akan dipenuhi-Nya, dan semakin banyak kamu menyembah-Nya. Jalan terbaik untuk menyembah Tuan ialah minum Dia, makan Dia, menikmati Dia, dan menerima Dia masuk.

Sekadar berkata dengan angan-angan bahawa kita tidak harus menjadi orang Kristian yang melakukan sesuatu tetapi orang Kristian yang makan adalah senang. Kamu mungkin berkata demikian, namun doa kamu terhadap Tuan mungkin masih sama. Kamu mungkin masih berdoa, “Tuan, bantulah aku hari ini untuk melakukan perkara yang betul. Tuan, Engkau tahu kelemahan aku; Engkau tahu bagaimana cepatnya aku naik marah. Tuan, bantulah saya hari ini untuk tidak naik marah.” Doa ini menunjukkan bahawa kamu masih berada dalam konsep melakukan sesuatu. Jika kamu rela diselamatkan daripada perkara melakukan sesuatu ini, itu memang “keajaiban yang sebenar”. Kamu perlu melihat visi. Sebaik sahaja Tuan mencahayai kamu, kamu akan berkata, “Tuan, aku tidak mahu ada kena-mengena dengan melakukan sesuatu, jadi aku tidak akan meminta Engkau membantu aku melakukan apa-apa. Namun demikian, bantulah aku memakan-Mu.” Dikbang Lee berkata bahawa dia telah mempelajari pelajaran ini untuk lebih daripada lima tahun. Adakalanya dia mundur. Bila-bila dia mula meminta Tuan untuk menolongnya, dengan serta-merta dia memberhentikan diri dan berpaling untuk memberitahu Tuan, “O Tuan, aku membukakan diriku kepada-Mu. Engkaulah kenikmatanku.” Semoga doa ini turut menjadi doa kita semua.

Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
Datang dan Minum
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)