Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
Memberitakan Injil
Menjadi Saksi-saksi Tuan
Injil ialah Satu-satunya Amanat dan Pekerjaan Gereja
2016-10-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Gereja hanya ada satu amanat di bumi ini, iaitu hidup demi injil. Janganlah pandang ringan terhadap kata-kata ini. Gereja wujud di bumi ini bukan untuk tujuan lain. Gereja wujud bukan untuk pekerjaan, pendidikan, atau masa depannya. Gereja wujud untuk injil Tuhan. Akan tetapi, berapa banyak dikbang dan dikkak yang ingat bahawa mereka hidup bukan untuk perniagaan, keluarga, kehidupan dan masa depan mereka, tetapi untuk injil? Apabila kita diselamatkan, Tuhan bukan sahaja memberi kita hayat yang baru tetapi juga pekerjaan yang baru, iaitu memberitakan injil-Nya. Pada hari kita diselamatkan, bukan sahaja hayat lama kita telah mati, tetapi pekerjaan lama kita juga telah mati. Masalah asas dalam kebanyakan dikbang dan dikkak ialah walaupun hayat mereka telah berubah, namun pekerjaan mereka tidak ditukar; mereka masih mengejar azam mereka yang lalu. Mereka hendak menjadi lebih menonjol daripada orang lain, beroleh kemasyhuran dan kekayaan. Sesetengah orang muda belum masuk ke dalam dunia pekerjaan, namun mereka sudah bermimpi bahawa suatu hari mereka akan menjadi seorang doktor yang hebat atau jurutera yang terkenal. Jika seorang Kristian tidak menukar pekerjaannya, dia tidak dapat menjadi saluran Tuhan. Inilah sebabnya kita menghendaki dikbang dan dikkak menyerahkan diri mereka. Kita boleh memanggil hal ini penyerahan atau kita boleh memanggilnya persembahan. Kita inginkan realiti bukan istilah itu. Bible mengatakan bahawa hayat setiap orang yang diselamatkan sudah berubah dan pekerjaannya juga telah ditukar; dia telah menjadi orang yang memberitakan injil.

Banyak rakan sekerja mempunyai konsep yang salah; mereka beranggapan bahawa sesetengah orang telah dipanggil secara khusus oleh Tuhan untuk menjadi pekerja. Sesetengah daripada kita beranggapan bahawa kita menukar pekerjaan kita kerana kita mempunyai kurniaan tertentu, tetapi ini adalah salah. Bible memang mengatakan bahawa terdapat kurniaan yang berbeza, tetapi Bible tidak mengatakan bahawa orang Kristian mempunyai pekerjaan yang berlainan. Kita mempunyai hayat yang sama, dan kita mempunyai pekerjaan yang sama. Saya telah mencari seluruh Bible. Saya tidak dapat menemui satu kes pun tentang seorang yang mempunyai hayat baru namun tidak menukar pekerjaannya. Kita mungkin beranggapan bahawa hayat kita berubah sudah pun memadai, tetapi ini salah. Pekerjaan kita juga harus ditukar. Semasa saya diselamatkan, saya menjadi sasaran Tuhan. Apabila saya menukar pekerjaan, saya menjadi saluran Tuhan. Saya, yakni persona saya, menjadi jalan-Nya. Pekerjaan yang ditetapkan Tuhan untuk seorang Kristian ialah menyerahkan keseluruhannya kepada injil. Tuhan bukan sahaja memberi kita hayat yang baru; Dia juga hendak menggunakan kita sebagai saluran-Nya untuk menyelamatkan orang lain. Bible menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan bukan memberi pekerjaan baru—pemberitaan injil—kepada orang perseorangan sahaja kerana kerja penyebaran injil tidak dapat dilakukan oleh satu orang sahaja. Perintah Tuhan berkenaan penyebaran injil adalah untuk seluruh gereja. Sila ingat bahawa semasa Tuan mengutus disipal-disipal-Nya keluar demi kerja injil, Tuan tidak berkata, “pergi” dalam bentuk mufrad, tetapi “pergi” dalam bentuk jamak (Mat. 28:19). Dalam buku Injil, Tuhan mengutus disipal-disipal keluar berdua-dua (Mrk. 6:7; Luk. 10:1). Apabila orang sudah banyak, Dia mengutus kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada lebih daripada dua orang. Sebagai contoh, dalam Kisah Para Dutus, kita melihat Petrus dan Yohanes dan kita juga melihat Paulus dan Barnabas. Di Samaria, kita melihat Petrus bersama-sama enam disipal lain (10:23-24; 11:12). Lebih daripada dua orang mengikut dia. Di Antiokhia, dutus yang pertama keluar ialah Paulus dan Barnabas (13:2-3). Kemudian banyak lagi orang yang mengikut mereka (15:39-40). Gereja wujud di bumi ini demi injil.

Kidung #662

  1. Penyebaran injil mulia
    Ialah aliran hayat;
    Lalui kesaksian kita,
    Pendosa diselamat.

    Korus:
    Jadikan ku alir hayat,
    Hayat-Mu ku nyatakan;
    Lewati ku, wadah hidup,
    Roh insan dihidupkan.
  2. Oleh hayat, orang yakin,
    Baru m’reka percaya;
    Dengan salur hayat divin,
    Insan terima hayat.
Memberitakan Injil
Menjadi Saksi-saksi Tuan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)