Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kidung bahasa Inggeris yang amat menggetarkan jiwa, tajuknya ialah “I love my master”.

Lirik kidung ini berasal daripada Keluaran 21:5-6, yang berbunyi, “Tetapi jika hamba itu dengan terang-terang berkata, Aku mengasihi tuanku, isteriku, dan anak-anakku; aku tidak mahu keluar dengan bebas, maka tuannya harus membawa dia kepada Tuhan dan membawanya ke pintu atau ke jenang pintu, dan tuannya harus menindik telinganya dengan penindik; dengan itu, dia harus melayan tuannya buat selama-lamanya.”

Latar belakang kisah ini adalah berkenaan statut hubungan antara manusia, dalam hukum yang tercatat dalam buku Keluaran 21:1-6:
21:1 [Sekarang, inilah ordinan-ordinan yang harus engkau bentangkan di hadapan mereka.]
21:2 [Jika engkau membeli seorang hamba Ibrani, dia harus melayan selama enam tahun; tetapi pada tahun ketujuh, dia boleh keluar dengan bebas tanpa membayar apa-apa kepadamu.]
21:3 [Jika dia datang seorang diri, dia boleh keluar seorang diri; jika dia suami kepada seorang isteri, maka isterinya boleh keluar bersama dengannya.]
21:4 [Jika tuannya memberi dia seorang isteri dan dia melahirkan anak lelaki atau anak perempuan baginya, maka isteri dan anak-anaknya harus menjadi milik tuannya, dan dia harus keluar seorang diri.]
21:5 [Tetapi jika hamba itu dengan terang-terang berkata, Aku mengasihi tuanku, isteriku, dan anak-anakku; aku tidak mahu keluar dengan bebas,]
21:6 [Maka tuannya harus membawa dia kepada Tuhan dan membawanya ke pintu atau ke jenang pintu, dan tuannya harus menindik telinganya dengan penindik; dengan itu, dia harus melayan tuannya buat selama-lamanya.]

Hubungan hamba dengan tuannya yang disebut dalam petikan ayat-ayat Bible di atas sungguh istimewa, berlainan daripada hubungan orang gaji dengan tuan yang biasa di dunia. Dalam hubungan yang istimewa ini, hamba itu, disebabkan kasihnya terhadap tuannya dan anak isteri yang diberikan tuannya kepadanya, tidak mahu meninggalkan tuannya dan rela melayan tuannya buat selama-lamanya.

Kidung ini penuh dengan rasa syukur dan penghargaan terhadap tuannya, penuh dengan sentimen, dan menyentuh jiwa pendengar dengan mudahnya. Mari kita sama-sama menghayati kidung ini.

Kidung “I love my master”
1 I love my Master, and I will not go out free.
For He has died for me, the highest price He has paid for me.
I love my Master, I will serve Him willingly.
Remaining near, and close to Him this my plea.
Korus: I love You Master, from You I will never leave.
You are my liberty, and my joy complete.
I love my Master, and I will not go out free.
To Him I give my all, my life eternally!
2 Oh Jesus, Master, to the door post now bring me.
Open my ears to hear, Your voice and all that You say to me.
Oh Jesus, Master, I will obey willingly.
To love and serve Him all my life, this my plea!
(balik kepada korus)

Mengapakah hamba itu rela tinggal di rumah tuannya dan tidak mahu keluar? Secara logiknya, tiap-tiap orang menginginkan kebebasan. Tidak ada orang yang akan melepaskan peluang untuk beroleh kebebasan. Akan tetapi, hamba yang sudah lama melayan tuannya ini menyedari bahawa tuannya lain daripada yang lain. Tuan di dunia akan cuba sedaya upaya memeras hamba mereka untuk bekerja bagi mereka, malah mereka menuntut hamba mereka melakukan sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya. Sering kedengaran berita-berita seperti orang gaji dianiayai oleh tuannya. Jadi, mengapakah hamba ini rela setia terhadap tuannya? Hal ini kerana apa yang diberikan tuannya kepadanya lebih banyak daripada yang dijangkanya. Tuannya bukan sahaja memberi dia isteri, bahkan membiarkan isterinya melahirkan anak-anak baginya. Malah tuannya membayar harga yang lebih tinggi lagi untuknya: Tuannya mati untuknya. Perkara ini nampaknya tidak masuk akal; masakan tuan yang membeli hamba dengan wang ringgit itu sanggup mati untuk hambanya yang dibeli seperti “barangan”? Tuan kita ialah orang yang sedemikian.

Sudah tentu Tuan kita tidak pernah menganggap kita sebagai hamba. Tuan kita mengasihi kita dan melahirkan kita sebagai anak-Nya. Ini jauh lebih berharga daripada hamba! Hanya, dalam petikan di atas, tuan itu ialah Tuan sendiri yang kita kasihi, dan kita disamakan dengan hamba yang dibeli dengan harga berat oleh tuan punya. Memandangkan kita ialah hamba, jadi kita milik siapa? Dan Tuan membeli kita daripada tangan siapa supaya kita menjadi milik-Nya?

Sebelum kita menerima Tuan, tuan kita ialah pemerintah dunia ini—Syaitan. Kita semua hidup dalam dosa. Oleh itu, kita tidak dapat menahan diri untuk berbuat dosa, untuk melakukan hal-hal tidak kita ingini. Akan tetapi, Tuan telah membeli kita dengan membayar harga nyawa-Nya supaya kita bebas daripada dosa. Dengan demikian, tuan kita bertukar daripada Syaitan kepada Yesus Kristus yang telah membayar harga yang besar untuk kita. Memandangkan Tuan sendiri telah membeli kita dengan membayar harga darah-Nya, maka tindakan kita mengasihi-Nya dan melayan-Nya merupakan suatu perkara yang amat spontan.

Semoga kita semua dapat mengatakan bahawa “I love my master, I will not go out free”.