• A
  • B
  • D
  • E
  • F
  • G
  • H
  • I
  • J
  • K
  • L
  • M
  • N
  • O
  • P
  • R
  • S
  • T
  • U
  • V
  • Y
  • Z
  • Semua
A
adilbenar, keadilbenaranrighteous, righteousness
Dibentuk daripada perkataan adil dan benar. Perkataan Yunaninya dikaios bermakna adil, benar atau betul. Oleh itu, adilbenar bermakna bertindak secara tulus dan adil atau melakukan apa yang betul (Wahi 19:2).
alamiah natural
Bersifat semula jadi.
almuhitall-inclusive
Yang melingkungi segala-galanya; serba merangkumi.
asimilasi, mengasimilasikanassimilation, assimilate
Proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup.
atribut attribute
Ciri apanya diri seseorang. Contoh atribut Tuhan ialah kasih, cahaya, kekudusan, keadilbenaran.
B
bait temple
Berasal daripada perkataan Ibrani yang bermakna rumah; khususnya merujuk kepada rumah Tuhan.
baur, pembauranmingle, mingling; blend, blending
  1. (1)   (mingle) Pencampuran sifat divin (kepunyaan Tuhan) dengan sifat insani (kepunyaan manusia). Dalam pembauran ini, sifat divin dan sifat insani jelas berbeza tanpa menghasilkan sifat ketiga.
  2. (2)   (blend) Hal menggaulkan anggota-anggota Tubuh Kristus. Pembauran dijalankan menerusi salib, melalui Roh itu, untuk meministerkan Kristus demi pembinaan Tubuh Kristus.
beza pasti, membezapastikan, pembezapastian discern
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan beza dan pasti. Perkataan Yunaninya diakrino; dia bermakna pemisahan dan krino bermakna membuat keputusan, membezakan dan menghakimi. Oleh itu, membezapastikan bermakna memisahkan dengan mata atau pemahaman, membezakan, mentamyiz dengan jelas (1 Kor. 11:29).
D
dikbang brother
Kependekan adik dan abang. Gelaran khusus untuk menunjukkan hubungan antara para percayawan yang merupakan anak Tuhan.
dikkak sister
Kependekan adik dan kakak. Gelaran khusus untuk menunjukkan hubungan antara percayawan (berjantina perempuan) yang merupakan anak Tuhan.
dispen, mendispenkan, pendispenan dispense, dispensing
Memberi atau mengagihkan. Merujuk kepada tindakan Tuhan memberi diri-Nya sebagai hayat ke dalam manusia untuk menjadi hayat manusia dan segala-gala kepada manusia demi penggenapan ekonomi-Nya.
divin, kedivinan divine, divinity
Kepunyaan Tuhan atau berkenaan Tuhan; berasal daripada Tuhan.
doa-pinta, berdoa-pinta intercede, intercession
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan doa dan pinta. Perkataan Yunaninya huperentugchano. Huper bermakna untuk, bagi pihak dan entugchano bermakna berpaling, merayu. Oleh itu, huperentugchano bermakna merayu, menujukan kata­-kata kepada Tuhan bagi pihak orang lain (1 Tim. 2:1; 4:5). Berdoa-pinta bukan sahaja bermakna berdoa, malah memohon atau meminta bagi pihak orang lain.
doktrin doctrine
Prinsip atau ajaran yang berbentuk pengetahuan.
dominion dominion
Kuasa atau hak pemerintahan.
dutus apostle
Perkataan Yunaninya apostolos bermakna yang diutus. Perkataan ini merupakan kependekan duta utus. Duta menunjukkan aspek pewakilan manakala utus menunjukkan aspek pengutusan. Duta ialah orang yang diutus oleh kuasa tertentu untuk berhubung dengan orang tertentu. Oleh itu, dutus ialah duta yang diutus, yakni, orang yang diutus Tuhan sebagai kuasa tertinggi untuk berhubung dengan orang tertentu demi melaksanakan amanat-Nya (Roma 1:1; Gal. 1:1).
E
Ekonomi economy
Perkataan Yunaninya oikonomia. Oikos bermakna rumah dan nomos bermakna hukum atau pentadbiran. Oleh itu, ekonomi bermakna hukum rumahtangga, pengurusan atau pentadbiran rumahtangga. Makna terbitannya ialah pendispenan, ekonomi untuk pentadbiran (pengagihan), pengaturan dalam pentadbiran, atau rancangan (Ef. 1:10; 3:9). Frasa secara ekonomikal (economically) pula bermaksud dari segi pergerakan atau rancangan Tuhan.
ekspresi, mengekspresikan expression, express
Menyatakan atau memperlihatkan.
elemen element
Unsur yang membentuk sesuatu. Contohnya, elemen sesebuah meja ialah kayu.
entiti entity
Sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri.
esens essence
Intipati, intisari, ekstrak.
F
fakulti faculty
Kemampuan (keupayaan) semula jadi bahagian-bahagian dalam manusia.
G
gerak-hidup, bergerak-hidup walk
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan gerak dan hidup. Perkataan Yunaninya peripateo bermakna melangkah di merata tempat, berjalan dengan bebas, dan bertindak dalam kehidupan harian yang biasa, dan mengimplikasikan maksud gerak-hidup sehari-hari yang lazim dan umum. Oleh itu, bergerak­-hidup bermaksud bertingkah laku, bergerak, dan bertindak dalam kehidupan biasa setiap hari (Gal. 5:16; Ef. 5:15).
H
hentar priest
Seorang yang melayan Tuhan; imam.
heresi heresy
Ajaran yang menyeleweng atau sesat. Heretis (heretical) bermakna bersifat menyeleweng atau sesat.
hibrid hybrid
Sesuatu yang terhasil daripada kacukan dua hayat dan sifat menjadi satu entiti.
hipostasis (mufrad), hipostases (jamak)hypostasis (sg), hypostases (pl)
Perkataan Yunaninya merujuk kepada sokongan di bawah, iaitu sesuatu di bawah yang menyokong, substan yang menyokong. Perkataan ini terutamanya bermakna substan. Dalam Ibr. 11:1, hipostasis diterjemahkan sebagai substansiasi untuk menunjukkan bahawa iktikad ialah substan yang menyokong atau asas kepada segala sesuatu yang diharapkan. Dalam Triniti, Bapa, Anak, dan Roh ialah hipostases, substan yang menyokong dan membentuk satu Ketuhanan.
I
iktikad faith
Tindakan kita percaya kepada injil, kepada Tuhan, serta kepada sabda-Nya dan kerja-Nya. Iktikad adalah subjektif.
inkarnasi incarnation
Menjadi tubuh daging.
inklusi inclusion
Bermaksud merangkumi semua; tahap yang mengimplikasikan bahawa Kristus telah melalui proses-proses tertentu untuk menjadi Roh yang almuhit, yang mengandungi elemen kedivinan, keinsanan, kematian serta keberkesanannya, kebangkitan serta kudratnya.
inkorporasi, menginkorporasikan incorporation, incorporate
Hubungan antara persona; persona-persona ini saling menghuni dan bekerja bersama-sama dalam kesatuan.
intensifikasi, mengintensifikasikan intensification, intensify
Menjadi bertambah hebat.
intrinsik intrinsic
Sesuatu yang terkandung di dalam, yang dalaman.
intuisi intuition
Satu bahagian dalam roh manusia; kesedaran langsung terhadap Tuhan dan pengetahuan langsung daripada Tuhan.
J
jayeng, pejayeng overcome, overcomer
Menang atas kegagalan yang berpunca daripada dosa, dunia, Syaitan, manusia lama, tubuh daging, dan sebagainya. Pejayeng bermakna orang yang menang atas hal-hal ini.
judisial (penebusan judisial) judicial (judicial redemption)
Judisial bermakna berkenaan keadilan menurut hukum. Penebusan judisial merujuk kepada kerja yang disempurnakan oleh Kristus di atas salib melalui penumpahan darah untuk memenuhi tuntutan adilbenar Tuhan terhadap pendosa.
justifikasi, menjustifikasikan justification, justify
Tindakan Tuhan menyatakan seseorang itu benar, adil, dan betul mengikut standard-Nya; menyatakan seseorang itu adilbenar.
justifikasi diri self-justification
Tindakan seseorang menyatakan dirinya itu benar, adil, dan betul mengikut standard sendiri, yang mengakibatkan dia mengutuk orang lain dan menjunjung diri sendiri.
K
kalah undur, mengalahundurkan rout
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan kalah dan undur. Perkataan Yunaninya klino bermakna membengkokkan sesuatu yang tegak ke bawah atau secara mendatar. Dalam konteks ketenteraan, perkataan ini bermakna mematahkan barisan tentera dan menyebabkan kekacauan, mengalahkan. Oleh itu, mengalahundurkan bermakna mengalahkan dan mengundurkan (Ibr. 11:34).
kawal tertib, mengawal tertib regulate
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan kawal dan tertib. Perkataan Inggerisnya regulate bermakna mengawal, mengarahkan atau menguasai sesuatu menurut peraturan, prinsip, atau sistem tertentu; menjadikan sama atau seragam dari segi cara, menjadikan teratur atau tersusun. Oleh itu, mengawal tertib bermakna mengawal supaya menjadi tertib.
keanakan, dianakkan sonship, sonized
Perihal anak atau dalam keadaan anak, termasuk hayat, kedudukan, kehidupan, kenikmatan, hak kelahiran, warisan, dan penyataan seorang anak (Ef. 1:5). Kita memperoleh keanakan ketika dilahirkan daripada Tuhan. Walau bagaimanapun, memperoleh keanakan penuh memerlukan seumur hidup kita. Hal ini bermula dengan kelahiruan roh kita, diteruskan dengan transformasi sukma kita, dan akan berkonsumasi dengan penebusan tubuh kita (Roma 8:23).
kerja hasil, mengerjahasilkan work, work out
Perkataan Yunaninya katergazomai bermakna mengerjakan suatu tugas sehingga selesai. Oleh itu, mengerjahasilkan bermakna mengerjakan sesuatu sehingga membuahkan hasil (2 Kor. 4:17).
kingdom kingdom
  1. (1)   Alam atau lingkungan untuk melaksanakan kuasa dan pemerintahan; kerajaan.
  2. (2)   Jenis hayat tertentu. Contoh: kingdom manusia, kingdom binatang, kingdom tumbuhan.
konformasi, mengkonform conformation, conform
Perubahan dalaman dan luaran pada percayawan (anak Tuhan yang banyak) sehingga mereka menjadi sama seperti imej Kristus, Anak sulung Tuhan (Roma 8:29).
konstituen constituent
Bahan yang membentuk sesuatu.
konstitusi (kata nama) constitution
Sesuatu yang keseluruhannya terdiri daripada atau dibentuk oleh beberapa elemen.
konstitusi, mengkonstitusikan (kata kerja)constitution, constitute
Menggunakan elemen tertentu untuk membentuk sesuatu secara dalaman.
konsumasi, mengkonsumasikan, terkonsumasiconsummation, consummate, consummated
Penyempurnaan, hasil terakhir.
koordinasi coordination
Merujuk kepada kerjasama antara percayawan secara selaras dan organik sebagai anggota-anggota Tubuh Kristus untuk dibina bersama dan melayan Tuhan bersama-sama sehingga menghasilkan pembinaan.
korup, kekorupan corrupt, corruption
Menjadi rosak, buruk, dan merosot; keadaan yang rosak, buruk dan merosot.
L
lahiru, melahirukan, kelahiruan regenerate, regeneration
Kependekan bagi lahir baru atau lahir ulang. Bermaksud beroleh hayat Tuhan selain daripada hayat manusia. Perkataan Inggerisnya regenerate bermakna lahir semula, lahir ulang, lahir baru (Yoh. 3:3).
lantik tentu, melantik tentu, dilantik tentu designate
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan lantik dan tentu. Perkataan Inggerisnya designate bermakna menandakan, melantik, memilih untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, melantik ­tentu bermakna memilih dan menentukan seseorang untuk tujuan tertentu (Roma 1:4; Ef. 1:11).
limpah lengkap, melimpah lengkap bountiful
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan limpah dan lengkap. Perkataan Yunani bermakna membekal dengan sepenuhnya dan dengan banyak, melimpah. Dalam Flp. 1:19, perbekalan limpah lengkap mempunyai maksud pembekalan segala keperluan kepada ahli-ahli muzik korus oleh pemimpin korus. Oleh itu, melimpah lengkap bermaksud melengkapi dengan bekalan yang amat banyak.
lokal local
Setempat.
M
manna manna
Makanan yang turun dari langit semasa umat Israel berada di gurun tandus, setelah keluar dari Mesir dan sebelum memasuki Tanah Kanaan.
mansuh tiada, memansuhtiadakan bring to nought
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan mansuh dan tiada. Perkataan Yunaninya katargeo bermakna memansuhkan, memberhentikan, memusnahkan, menjadikan tidak berkesan, menjadikan kosong. Oleh itu, memansuhtiadakan bermakna tindakan menghapuskan sehingga hilang tidak kelihatan lagi (1 Kor. 6:13).
manusia baru new man
Berasal daripada Kristus, dicipta secara dalaman menurut Tuhan sendiri dan dicipta dengan hayat dan sifat Tuhan; bukan bersifat individu tetapi korporat dan universal (Kol. 3:10-11).
manusia lama old man
Berasal daripada Adam, dicipta oleh Tuhan secara luaran menurut imej-Nya tetapi telah menjadi jatuh menerusi dosa, maka tanpa hayat dan sifat Tuhan.
metabolisme metabolism
Makna rohaninya ialah penambahan elemen baru hayat divin ke dalam percayawan dan penyingkiran elemen lama hayat alamiah.
milenium millenium
Kingdom seribu tahun pada kala zaman kingdom, yang bermula selepas kedatangan kedua Kristus; terdiri daripada bahagian bumiah dan bahagian syurgawi.
minister, meminister, meministerkan to minister
Kata kerja bagi ministri. Meminister bermaksud melayan atau bekerja sebagai hamba atau pembantu, sama ada terhadap Tuhan atau manusia. Meministerkan bermaksud menyampaikan sesuatu dalam pelayanan.
ministri ministry
Bermaksud pelayanan atau kerja yang khusus. Ministri dalam Wasiat Baru bertujuan untuk membina Tubuh Kristus.
mistikal mystical
Keadaan yang penuh misteri. Khususnya digunakan di pihak manusia. Tuan hidup dalam hayat insani-Nya melalui hayat divin, maka hayat insani-Nya adalah mistikal.
N
nikmat-sama, menikmat-sama, penikmat-samashare, partake, partaker
Gabungan perkataan nikmat dan sama. Perkataan Yunani bagi penikmat-sama ialah koinonos. Penikmat-sama bermakna orang yang turut sama berkongsi dalam, bersekutu dengan, dan mengambil bahagian (1 Ptr. 5:1).
O
organik (penyelamatan organik) organic (organic salvation)
Organik bermakna berkenaan hayat. Penyelamatan organik merujuk kepada kerja Kristus pada percayawan menerusi hayat-Nya supaya mereka ditransform, bertumbuh dan menjadi matang dalam hayat divin.
P
pagan pagan
Bermakna asing, jahiliah; boleh merujuk kepada (1) orang yang menganut agama asing, atau (2) sifat agama asing atau keadaan jahiliah.
penyabdaprophet
Orang yang mempunyai Roh Tuhan dan sabda Tuhan bagi berbicara untuk Tuhan. Dalam Wasiat Lama, penyabda juga bernubuat.
percaya ke dalambelieve into
Bahasa Yunaninya pisteuo…eis. Pisteuo bermakna percaya; eis menandakan pergerakan ke suatu arah. Oleh itu, frasa ini diterjemahkan sebagai percaya ke dalam untuk mengimplikasikan tindakan percaya yang memindahkan seseorang ke dalam alam rohani dan divin (Yoh. 14:1). Percaya ke dalam Tuan bererti menerima-Nya dan dibawa ke dalam penyatuan organik dengan-Nya (Yoh. 3:16).
permohonan petition
Perkataan Inggerisnya petition bermakna rayuan rasmi atau permohonan kepada pihak atasan untuk mendapatkan pertolongan. Dalam Wasiat Baru, permohonan bermakna rayuan, doa untuk kebaikan tertentu, permohonan untuk seseorang, pemberitahuan keperluan khusus seseorang. Doa adalah umum dan bertujuan untuk menyembah dan bersekutu dengan Tuhan, tetapi permohonan adalah khusus, khas untuk keperluan tertentu (Flp. 4:6).
persona person
Merujuk kepada seseorang atau diri Tuhan.
pneumatik pneumatic
Dalam bahasa Yunani, pneuma bermaksud nafas atau roh. Oleh itu, pneumatik ialah kata adjektif yang menyatakan keadaan berkenaan dengan atau mengandungi udara atau roh. Dalam 1 Kor. 15:45, Kristus yang berada dalam tubuh daging telah melalui kematian dan kebangkitan untuk menjadi Roh beri-hayat, yakni Kristus pneumatik.
Berasal daripada perkataan Yunani pneuma, yang bererti roh, nafas, atau angin. Kristus pneumatik ialah Kristus yang telah menjadi Roh beri-hayat dalam kebangkitan-Nya.
pratakdir predestinate
Tindakan menandakan seseorang terlebih dahulu atau sebelum masa untuk tujuan tertentu.
psuche psuche
Nafas hayat yang menjadikan manusia atau binatang bernyawa. Psuche juga merujuk kepada nyawa, makhluk bernyawa, atau sukma manusia yang berbeza dengan tubuh fizikalnya yang fana. Dalam Kis. 20:10, psuche diterjemahkan sebagai sukma. Sukma ialah tempat letaknya emosi, minda dan tekad seseorang. Lihat sukma.
pulih bangkit, memulihbangkitkan, kepulihbangkitanrevive, revival
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan pulih dan bangkit. Perkataan Yunaninya anazao. Ana bermakna semula dan zao bermakna hidup. Oleh itu, hidup semula, kembali kepada hayat. Memulihbangkitkan bermaksud memulihkan hayat, membangunkan, membangkitkan roh atau semangat. Dalam Roma 14:9, perkataan ini diterjemahkan sebagai mati dan hidup semula.
R
realisasi, direalisasikan realization, realized
Dijadikan nyata dan benar.
realitireality
Kebenaran, kesahihan, ketepatan, kesejatian, keikhlasan (lawan kesia-siaan).
responsif responsive
Segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi.
Roh beri-hayat life-giving Spirit
Kristus menjadi Roh beri-hayat dalam kebangkitan untuk menyalurkan hayat ke dalam percayawan. Lihat 1 Korintus 15:45 dan nota kaki.
Roh itu the Spirit
Istilah untuk merujuk kepada Roh Tuhan yang telah melalui proses dan terkonsumasi.
Roh majmuk compound Spirit
Merujuk kepada Roh Tuhan yang telah melalui pelbagai proses dan mengandungi elemen-elemen kedivinan, keinsanan, kematian-Nya serta keberkesanannya, dan kebangkitan-Nya serta kudratnya. Gelaran Roh ini berdasarkan tamsil minyak urapan majmuk dalam Keluaran 30:23-25.
roh pembauran mingled spirit
Roh manusia kita yang dilahirukan, yang dihuni Roh itu secara dalaman dan berbaur dengan Roh itu (Roma 8:4).
Roh terkonsumasi consummated Spirit
Gelaran lain untuk Roh majmuk, menekankan Roh Tuhan yang telah melalui proses-proses secara lengkap. Lihat Roh majmuk.
Roh yang huni secara dalaman indwelling Spirit
Merujuk kepada Roh itu; penekanannya ialah Roh itu berada dalam percayawan untuk menjadi hayat mereka (Yoh. 14:17; Yoh. 20:22; 1 Kor. 6:19; Roma 8:9, 11).
Roh yang diperhebat tujuh kali ganda sevenfold intensified Spirit
Merujuk kepada tujuh Roh Tuhan dalam Wahi 1:4; 3:1; 4:5; 5:6. Untuk pergerakan Tuhan di bumi, dari segi fungsi dan kerja operasi Tuhan yang diperhebat, Roh Tuhan yang satu itu adalah tujuh kali ganda.
S
sabar-derita, bersabar-derita long-suffering
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan sabar dan derita. Perkataan Inggerisnya long-suffering bermakna daya ketahanan yang lama, sabar walaupun disinggung. Bersabar-derita bermaksud lama menderita, sabar menanggung kesusahan. Ini merangkumi maksud mempraktikkan sikap memahami dan kesabaran terhadap orang lain (1 Tes. 5:14).
sabar-tahan, bersabar-tahan endure
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan sabar dan tahan. Perkataan Yunaninya hipomeno. Hipo bermakna di bawah; meno bermakna tinggal; oleh itu, tinggal di bawah. Ini mengimplikasikan tabah, tahan, dan menderita dengan sabar. Maka, bersabar-tahan merujuk kepada reaksi seseorang yang bersabar dan tabah dalam menghadapi kesusahan (Ibr. 10:32).
sabar-toleran forbearance
Perkataan Yunani epieikes bermakna kesabaran, toleransi, kesederhanaan. Oleh itu, sabar-toleran merupakan sifat munasabah, timbang rasa dalam memperlakukan orang lain, dan tidak tegas menuntut hak sendiri (Flp. 4:5; Yak. 3:17).
sekutu, bersekutu, persekutuan fellowship
Perkataan Yunaninya koinonia bermakna penyertaan bersama, penyertaan secara umum. Oleh itu, persekutuan ialah pengambilan bahagian bersama dari segi rohani dan juga material. Persekutuan merangkumi komunikasi antara percayawan dan juga komunikasi mereka dengan Tuhan Bapa dan Kristus (1 Yoh. 1:3). Persekutuan hayat ialah pengaliran hayat divin dalam para percayawan.
substan substance
Bahan yang membentuk asas atau menjadi alas sokongan sesuatu.
substansial substantial
Bukan khayalan, benar, nyata.
substansiasi, mensubstansiasikan substantiate
Mensubstansiasikan bererti mengesahkan kewujudan sesuatu realiti. Contohnya telinga mensubstansiasikan, mengesahkan kewujudan bunyi.
sukma soul
Merujuk kepada bahagian manusia yang kepunyaan dunia psikologi, merangkumi minda, emosi, dan tekad; jiwa.
sukmawi soulish
Bersifat sukma.
syikal shekel
  1. (1)   unit ukuran berat pada zaman dahulu.
  2. (2)   unit wang pada zaman dahulu.
syurgawi heavenly
Bersifat syurga.
T
tabernakal tabernacle
Khemah yang dibina oleh umat Israel di gurun tandus selepas keluar dari Mesir. Tabernakal ialah rumah Tuhan di bumi dalam Wasiat Lama; ia terdiri daripada tiga bahagian: halaman luar, Tempat Kudus, dan Tempat Maha Kudus.
tabut ark
Perabot yang berbentuk peti yang bersalut emas, terletak di Tempat Maha Kudus dalam tabernakal.
tamsil type
Gambaran kepada objek sebenar.
tamyiz, mentamyizkan discern
Membezakan, dapat atau tahu membezakan antara dua perkara.
tanggap-faham, menanggap-faham apprehend
Kata majmuk yang dibentuk daripada perkataan tanggap dan faham. Perkataan Inggerisnya apprehend yang bermakna menangkap, menerima dengan pemahaman. Oleh itu, menanggap-faham bermakna menangkap dengan minda, memahami (Ef. 3:18).
tanggulang, menanggulangi deal with
Memperlakukan, menghadapi orang, benda, atau perkara.
Tempat Kudus Holy Place
Bahagian kedua dalam tabernakal.
Tempat Maha Kudus Holy of Holies
Bahagian tabernakal yang paling dalam.
totaliti totality
Jumlah atau keseluruhannya.
transfigur, mentransfigur, transfigurasi transfigure, transfiguration
  1. (1)   Berubah rupa (Mat. 17:2).
  2. (2)   Merujuk kepada perubahan tubuh kita yang hina menjadi sama seperti tubuh kemuliaan-Nya (Flp. 3:21).
transform, mentransform, transformasitransform, transformation
Merujuk kepada perubahan secara dalaman, iaitu unsur-unsur divin ditambah dan unsur-unsur lama disingkirkan secara metabolik.
TrinitiTrinity
Tritunggal.
triteisme tritheism
Ajaran sesat yang mengajar bahawa Bapa, Anak dan Roh ialah tiga Tuhan.
tubuh dagingflesh
  1. (1)   Tubuh manusia yang telah korup, tercemar, dan bertukar mutu akibat daripada kejatuhan manusia.
  2. (2)   Seluruh manusia yang jatuh.
  3. (3)   Termasuk segala-gala yang baik atau jahat yang berasal daripada manusia (Flp. 3:3-6).
Tuhan Tritunggal Triune God
Tuhan yang satu secara unik namun juga tiga—Bapa, Anak, dan Roh. Bapa, Anak, dan Roh berbeza namun tidak terpisah kerana Mereka wujud serentak dan saling menghuni.
Tuhan-manusiaGod-man
Persona yang merupakan pembauran sifat divin dengan sifat insani, memiliki kedivinan dan keinsanan. Dalam inkarnasi (Tuhan menjadi tubuh daging), Tuan Yesus merupakan Tuhan-manusia yang pertama.
tutur-sabda, bertutur-sabda prophecy
Perkataan Yunani bagi bertutur-sabda ialah propheteuo; pro bermakna terlebih dahulu dan pheteuo bermakna berbicara. Oleh itu, meramalkan kejadian yang akan berlaku, atau membicarakan apa yang diterima sebagai wahi secara langsung daripada Tuhan. Dengan itu, bertutur-sabda bermaksud meramal atau berbicara untuk Tuhan yang semestinya mengandungi unsur-unsur sabda Tuhan (1 Kor. 14:1, 24-25, 31).
U
uji bukti, mengujibuktikanprove
Perkataan Yunaninya dokimazo bermakna menguji, membuktikan, mentamyizkan, meluluskan. Oleh itu, meng­ujibuktikan bermaksud menguji untuk membuktikan ketulenan sesuatu benda (Roma 12:2).
uji lulus, mengujiluluskan approve
Perkataan Inggerisnya approve bermaksud berpuas hati atau membuktikan, menunjukkan bahawa sesuatu itu benar. Oleh itu, mengujiluluskan bermaksud mengiktirafkan sebagai lulus selepas ujian (2 Kor. 9:13).
universal universal
Bersifat alam semesta.
V
virtuvirtue
Ciri atau sifat positif dalam keinsanan; kualiti virtu lebih tinggi daripada kemoralan.
Y
yaspisjasper
Sejenis batu berharga yang berwarna hijau tua, melambangkan kekayaan hayat Tuhan.
Y
zimahconscience
Satu bahagian dalam roh manusia, mempunyai kesedaran terhadap benar dan salah.