Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Gereja Tuhan Berdoa Supaya Kehendak Tuhan Terlaksana Di Bumi Sebagaimana Di Syurga
Jayeng Atas Maut (Bahagian 5/5)
Menebus Masa (Bahagian 1/2)
Gereja Tuhan Berdoa Supaya Kehendak Tuhan Terlaksana Di Bumi Sebagaimana Di Syurga
2020-05-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (19)

Nota Editor:

(Bacaan hari ini merupakan kata-kata kesimpulan sebagai persekutuan dan galakan kepada semua pekudus, selepas membaca kesemua 18 Bacaan Harian untuk Para Pekudus yang pertama.)

Kita dapat melihat Tuhan, mengenali Tuhan, dan mengenali kehendak abadi Tuhan; sesungguhnya ini suatu berkat yang amat besar. Malahan kita dapat berbahagian dalam penyempurnaan kehendak Tuhan; ini merupakan berkat yang lebih besar. Kita dapat berbahagian dalamnya dengan berdoa sebagai gereja Tuhan. Tuan sendiri mengajar kita berdoa dengan jelas, “Maka kamu, berdoalah begini…Datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga” (Mat. 6:9-10). Memang tidak diragui bahawa ini benar-benar merupakan perkara peperangan rohani! Ini merupakan peperangan tiga tekad—terlaksanalah kehendak-Mu [Tuhan]!

Dalam alam semesta hanya terdapat tiga tekad—tekad Tuhan, tekad Syaitan, dan tekad manusia. Manusia harus memilih dan berdiri secara mutlak di sebelah Tuhan untuk mengambil tekad Tuhan sebagai tekadnya. Tekad Syaitan sentiasa memberontak terhadap tekad Tuhan dan tidak ingin tunduk kepada kuasa Tuhan. Namun manusia harus menggunakan tekad insaninya untuk memilih tekad divin dan tunduk sepenuhnya kepada kehendak Tuhan (Mat. 26:39). Inilah maksud tunduk kepada kuasa Tuhan, dengan itu mendukung kuasa Tuhan. Hanya apabila kita bergabung dengan Tuhan dalam tekad-Nya secara demikian, iaitu tekad Tuhan dan tekad manusia menjadi satu, barulah Tuhan akan menewaskan Syaitan dan mengaibkannya! Inilah penyatuan (keharmonian) tekad Tuhan dengan tekad manusia—inilah penyatuan yang tertinggi. Dengan itu, kita bekerjasama dengan Tuhan secara aktif (Flp. 2:13) melalui doa kita dan belajar mendoakan ministri doa gereja. Dengarlah apa yang dikatakan Watchman Nee tentang ministri doa gereja dalam perenggan berikut: 

“Apakah itu ministri doa gereja? Ministri doa gereja ialah Tuhan memberitahu gereja tentang apa yang ingin dilakukan-Nya dan gereja berdoa di bumi tentang apa yang ingin dilakukan Tuhan. Doa ini bukan memohon kepada Tuhan agar menyempurnakan apa yang kita ingin Dia lakukan, tetapi memohon Tuhan agar menyempurnakan apa yang ingin dilakukan-Nya. O dikbang dan dikkak, gereja di bumi adalah untuk mengisytiharkan kehendak Tuhan. Gereja mengisytihar di bumi, “Inilah yang kami mahukan.” Sekiranya gereja gagal dalam perkara ini, gereja tidak ada banyak kegunaannya dalam tangan Tuhan. Biarpun perkara yang lain itu baik-baik belaka, namun jika perkara ini gagal, maka gereja tidak banyak berguna. Kegunaan gereja yang terbesar adalah untuk kehendak Tuhan, iaitu membiarkan kehendak Tuhan terlaksana di bumi.” (The Collected Works of Watchman Nee, jil. 22, “The Prayer Ministry of the Church”, m.s. 138-147).

Pekudus yang dikasihi, inilah masa-masa penting. Anak Manusia sedang berjalan di tengah-tengah kaki pelita emas (Wahi 1:13) dan Roh itu sendiri sedang memanggil pejayeng daripada semua gereja di merata tempat di bumi yang berhuni ini. Dia berkata sebanyak tujuh kali, “Dia yang bertelinga, hendaklah dia mendengar apa yang dikatakan Roh itu kepada gereja-gereja” (Wahi 2:7, 11, 17, 29; 3:6, 13, 22). Semoga semua pekudus, semua gereja, di seluruh bumi, semuanya bangkit berdoa, “Bapa kami yang berada di syurga-syurga…datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga” (Mat. 6:9-10); “Bapa-Ku…bukan sebagaimana yang Aku kehendaki, tetapi sebagaimana yang Engkau kehendaki” (Mat. 26:39). Amen.

Akhir sekali, mari kita baca Wahi 22, iaitu bahagian penghujung Bible, berkenaan apa yang dikatakan oleh Tuan, dan apa yang seharusnya menjadi respons kita terhadap pembicaraan-Nya. Sebanyak tiga kali (Wahi 22:7, 12, 20) Tuan Yesus berkata sebagai peringatan kepada kita, “Aku datang segera.” Respons kita (Wahi 22:20) dalam doa ialah, “Amen. Datanglah, Tuan Yesus!” Semoga kurnia Tuan Yesus bersama dengan semua pekudus. Amen (Wahi 22:21).

**Hakcipta GBC

GEREJA TUHAN BERDOA SUPAYA KEHENDAK TUHAN 
TERLAKSANA DI BUMI SEBAGAIMANA DI SYURGA

Bacaan Bible:

Mat. 6:9-10 “Maka kamu, berdoalah begini…datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.”

Yoh. 6:38 “…Aku telah turun…bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku.”

Wahi 22:20b-21 “Aku datang segera. Amen. Datanglah, Tuan Yesus! Kurnia Tuan Yesus menyertai semua pekudus. Amen.”

Dalam alam semesta terdapat tiga tekad: tekad Tuhan, tekad Syaitan, dan tekad manusia; Tuhan menginginkan tekad manusia bergabung dengan-Nya dan bersatu dengan-Nya supaya manusia dapat menyatakan dan menyahut balas kehendak-Nya kepada-Nya dalam doa demi kegirangan kehendak-Nya (Ef. 1:5, 11; Yes. 14:12-15; Mat. 6:10; 7:21; 26:39; Flp. 2:13).

Tuhan tidak akan bertindak secara bersendirian, dan Dia tidak akan menyempurnakan kehendak-Nya seorang diri; sebaliknya Dia akan menyempurnakan kehendak-Nya hanya apabila umat-Nya bersetuju dengan-Nya dan bersatu dengan-Nya (Kol. 1:9; 4:12). Jika hanya terdapat kehendak di syurga, Tuhan tidak akan bergerak; kehendak di syurga dapat disempurnakan di bumi hanya apabila kita, iaitu umat-Nya, menginginkan kehendak di syurga dilaksanakan di bumi (Mat. 6:10). Oleh sebab Tuhan bertindak menurut hukum yang didirikan-Nya, Dia tidak akan memansuhkan tekad manusia di bumi dengan kehendak Dia sendiri; Dia tidak akan merampas tekad manusia dan bertindak secara bersendirian (Yos. 24:15, 22).

Segala hal yang berkaitan dengan pergerakan dan kerja Tuhan di bumi dapat disempurnakan hanya apabila terdapatnya tekad di bumi yang bekerjasama dengan-Nya (Yoh. 7:17). Tuhan tidak dapat melakukan apa yang diinginkan-Nya melalui diri-Nya; Dia hanya melakukannya dengan kerjasama daripada gereja; Dia menyempurnakan kehendak-Nya menerusi gereja. Bila-bila sahaja tekad umat Tuhan berharmoni dengan kehendak Tuhan, kehendak Tuhan akan dilaksanakan di bumi sebagaimana di syurga (Mat. 6:10).

Tuhan berhasrat untuk menyempurnakan kehendak-Nya menerusi doa percayawan dalam penyatuan dengan-Nya (Mat. 6:10; Yoh. 15:7). Umat Tuhan harus berdoa sebelum Tuhan bergerak di bumi untuk menyempurnakan kehendak-Nya. Doa yang paling diperkenan Tuhan ialah doa yang meminta agar kehendak-Nya disempurnakan (1 Yoh. 5:14). Tuhan menginginkan kita bekerja bersama dengan-Nya untuk menyempurnakan kehendak-Nya; cara bekerja bersama dengan Dia ialah berdoa (Luk. 11:1; 18:1; 1 Tes. 5:17).

Tujuan doa ialah kita bersatu dengan kehendak Tuhan supaya Tuhan dapat bekerja di bumi untuk menggenapkan tujuan-Nya (Roma 8:26-29). Jika kita tidak bekerja bersama dengan Tuhan dalam doa untuk kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga, Dia tidak dapat bergerak di bumi untuk menyempurnakan kehendak-Nya (Mat. 6:10). Jika kita bersatu dengan Tuan, kita menginginkan apa yang diinginkan Tuhan dan tekad kita menjadi satu dengan kehendak Tuhan (Yoh. 15:7). Doa untuk menyempurnakan kehendak Tuhan bukan doa yang meminta Tuhan menyempurnakan apa yang kita ingin Dia lakukan tetapi bertanya kepada Tuhan tentang apa yang ingin dilakukan oleh-Nya; doa sedemikian ialah saluran keluar bagi kehendak Tuhan di bumi (1 Yoh. 5:14-16).

Doa untuk kehendak Tuhan dilaksanakan di bumi terdiri daripada empat langkah (Mat. 6:10):

1. Tuhan berhasrat untuk melakukan sesuatu menurut kehendak-Nya (Ef. 1:5, 11).

2. Dia mewahikan kehendak-Nya kepada kita menerusi Roh itu agar kita mengenali kehendak-Nya.

3. Kita mengembalikan dan menyahut balas kehendak-Nya kepada-Nya menerusi doa (1 Yoh. 5:14).

4. Tuhan menyempurnakan kerja-Nya menurut kehendak-Nya (1 Yoh. 5:15).

Doa yang berkesan untuk kehendak Tuhan terlaksana di bumi merupakan ungkapan hasrat dan hajat Tuhan serta merupakan hasil daripada kita tinggal dalam Tuan dan sabda-Nya tinggal dalam kita (Yoh. 15:4-5, 7).

Doa ialah hasrat hati Tuhan melalui kita dan kembali kepada Tuhan. Hasrat dalam doa kita bukan berasal daripada kita tetapi berasal daripada Tuhan dan merupakan ungkapan bagi apa yang dihasratkan Tuhan (Ef. 1:5, 11). Hasrat dan hajat Tuhan diurap ke dalam kita menerusi Roh itu; dengan demikian, hasrat dan hajat Tuhan menjadi hasrat dan hajat kita yang kita ungkapkan kepada Tuhan dalam doa (1 Yoh. 2:20, 27; 5:14-15). Oleh itu, doa kita ialah hasrat dan hajat Tuhan yang berasal daripada Tuhan, melalui kita, dan kembali kepada-Nya.

Semua doa yang berpengaruh—doa yang dikira berkesan di hadapan Tuhan—merupakan hasil daripada kita tinggal dalam Tuan dan membenarkan sabda-Nya tinggal dalam kita (Yoh. 15:4-5, 7). Apabila kita tinggal dalam Tuan dan sabda-Nya tinggal dalam kita, kita menyentuh perasaan Tuhan dan memahami hasrat-Nya (Yoh. 15:7). Selepas kita menyentuh perasaan Tuhan dan memahami hajat-Nya, secara spontan kita akan mempunyai hasrat-Nya yang datang daripada sabda-Nya dalam kita. Hasrat-Nya akan menjadi hasrat kita, apa yang diinginkan-Nya akan menjadi apa yang kita inginkan; kemudian kita akan berdoa menurut hasrat ini. Tuan akan memakbulkan doa jenis ini; dengan demikian, kehendak Tuhan “terlaksanalah…di bumi sebagaimana di syurga” (Mat. 6:10).

Jayeng Atas Maut (Bahagian 5/5)
Menebus Masa (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)