Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
Sedikit Sorotan Berkenaan Kejadian 2:4
Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
2016-09-14 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Lukas 5, Petrus menangkap ikan sepanjang malam dan tidak menangkap apa-apa. Namun Tuan Yesus memberitahu dia, “Bertolaklah ke tempat yang dalam dan turunkan jalamu untuk menangkap ikan” (ay. 4). Nelayan-nelayan itu pun menurunkan jala dan menangkap sejumlah besar ikan. Sebelum ini mereka tidak menangkap apa-apa. Sekarang secara mengejut, mereka memerangkap sejumlah besar ikan. Lalu Petrus tersungkur di depan lutut Yesus, lalu berkata, “Tuan beredarlah daripadaku, kerana aku seorang yang berdosa” (ay. 8).

Dalam Yohanes 21 kita mendapati Petrus dan disipal lain pergi menangkap ikan lagi. Mereka juga tidak menangkap apa-apa semalaman. Pada waktu fajar, Yesus berdiri di pantai dan bertanya kepada mereka, “Anak-anak kecil, kamu ada ikan untuk dimakan?” Mereka menjawab-Nya, “Tidak ada.” Dia berkata kepada mereka, “Tebarkan jala ke sebelah kanan perahu.” Lalu mereka menangkap ikan yang amat banyak. Salah seorang disipal mengecam Tuan dan berkata, “Itu Tuan!” Maka sebaik sahaja Petrus mendengar bahawa itu Tuan, dia mengikat baju luar pada dirinya lalu terjun ke dalam laut untuk berenang ke darat (ay. 5-7).

Penangkapan ikan dalam Lukas 5 mewahikan kemuliaan Tuan Yesus kepada Petrus. Apabila kemuliaan Tuan yang agung ini menyinarinya, dia melihat bahawa dia seorang pendosa yang tidak layak berdiri dalam hadirat Tuan. Maka dia tersungkur dan merayu agar Tuan beredar daripadanya. Dalam penangkapan ikan yang tercatat dalam Yohanes 21, yang berlaku selepas kebangkitan Tuan, sebaik sahaja Petrus mengenal Tuan, dia lantas terjun ke dalam laut dan berenang ke darat untuk bersama dengan Tuan (Yoh. 21:7). Dia sudah tidak berminat menangkap ikan lagi apabila dia mengecam Tuan. Dalam kedua-dua kejadian, dia mempunyai wahi yang sama. Akan tetapi dalam kejadian pertama, wahi itu menyebabkan seseorang mengenali dirinya dan merayu agar Tuan beredar daripadanya, kerana dia langsung tidak mengenali dirinya sebelum ini. Dalam kejadian kedua, wahi itu menarik seseorang yang telah mengenali Tuan untuk mempunyai hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan-Nya.

Pada kali pertama Tuan mewahikan diri kepada kita, kita melihat bahawa diri kita begitu cemar dan berdosa. Kita akan tersungkur di hadapan Tuan dan berasa diri kita tidak layak. Kita amat menghargai penebusan Tuan dan memohon pembasuhan darah-Nya, lalu kita diselamatkan. Betapa lega dan girangnya! Akan tetapi, semasa kita meneruskan perjalanan kita bersama dengan Tuan, kita kadang-kadang juga undur dan gagal seperti Petrus. Namun tidak kira betapa miskin atau kasihannya keadaan kita, kita hanya perlu datang kepada Tuan Yesus dalam keadaan kita yang seadanya itu. Kita tidak perlu memperbaiki diri untuk datang ke hadapan Tuan. Semua usaha diri tidak bermakna bagi Tuan. Hanya diri Kristus sahaja yang kita perlukan untuk kita disegari dan dipulihkan. Datanglah kepada Tuan, usah tunggu!

Kidung #724

  1. Diri aku, tiada ihsan,
    Namun darah-Mu tertumpah,
    Suara-Mu panggil ku datang,
    O Tuan Yesus! Aku datang!
  2. Diri aku, usah tunggu
    Diri ubah, tiada cela,
    Ker’na darah-Mu membasuh,
    O Tuan Yesus! Aku datang!
  3. Diri aku, O kasih-Mu
    Atasi semua halangan;
    Kini ku milik-Mu s’penuh,
    O Tuan Yesus! Aku datang!
Sedikit Sorotan Berkenaan Kejadian 2:4
Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Bunga_bakung pada 2016-09-14
Bagus…tajuk sangat menarik..isi pun kaya!