Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Doa yang Terbaik
Makna Doa
Prinsip Berdoa Tiga Kali
Doa yang Terbaik
2016-09-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Jika kita hendak belajar pelajaran tentang doa, terlebih dahulu kita harus belajar menyerap Tuhan. Kita tidak harus menganggap Tuhan begitu tinggi manakala kita begitu rendah. Ini bukan menurut wahi Tuhan. Jika kita mengenali Tuhan, kita akan berkata, “Tuhan, di bawah darah Anak-Mu, aku datang kepada takhta kurnia-Mu untuk bertemu dengan Engkau dan menatap kecantikan-Mu secara semuka.” Kita perlu membuka roh kita dan menyerap-Nya. Kita tidak harus berbicara banyak, atau mencurahkan penderitaan kita. Kita harus mempersembahkan pujian kepada Tuhan. Kita boleh berkata, “Engkau sungguh mulia, manis, dan rendah diri. Engkau datang untuk bersama-sama denganku. Aku menyembah-Mu dan bersyukur kepada-Mu dari hatiku.” Inilah doa yang terbaik.

Doa yang terbaik bukan kita datang ke hadapan Tuhan untuk memberitahu banyak hal sendiri. Tuan Yesus berkata, “Jangan khuatir lalu berkata, Apakah yang harus kami makan? atau, Apakah yang harus kami minum? atau, Apakah yang harus kami pakai? Kerana segala ini dengan khuatir dicari-cari oleh bangsa Asing. Sebenarnya, Bapa syurgawimu tahu bahawa kamu memerlukan segala ini” (Mat. 6:31-32). Oleh itu, kita tidak perlu memberitahu Tuhan tentang kesusahan dan penderitaan kita, kerana Dia sudah mengetahuinya; semua itu bukan masalah bagi Dia. Kita juga tidak perlu memberitahu Dia keadaan kita. Perkara itu tidak perlu dipelajari; itu merupakan doa yang alamiah, bukan doa menurut wahi.

Doa yang menurut wahi ialah: Semasa datang ke hadapan Tuhan, kita tidak mempedulikan kegagalan atau kelemahan kita. Sebaliknya, tidak kira betapa tertekannya kita atau betapa beratnya beban kita, kita menetapkan mata pada Tuhan dan memalingkan hati kita kepada-Nya. Apabila kita masuk ke dalam hadirat Tuhan, kita tidak mengambil kira keadaan kita, sebaliknya hanya memandang-Nya, menatap-Nya, memuji-Nya, bersyukur kepada-Nya, menyembah-Nya, dan menyerap-Nya. Ini merupakan pelajaran yang manis. Jika kita belajar pelajaran ini, kita akan menikmati kekayaan Tuhan dan merasai kemanisan-Nya. Jika kita meluangkan sedikit masa untuk masuk ke dalam hadirat-Nya dan menyerap-Nya setiap hari, kita akan menerima cahaya dan kudrat; dalam kita pasti damai, terang, kuat, dan berkudrat.

Sebagai orang Kristian, apabila kita terputus hubungan dengan Tuhan, kita memang menderita, lemah, dan tidak dapat bangkit. Apabila kita terputus hubungan dengan Tuhan, habislah kita. Tuhan ialah segala-gala bagi kita; oleh itu, kita harus meluangkan masa dan tenaga untuk menghubungi-Nya setiap hari. Pelajaran pertama berkenaan doa ialah menghubungi Tuhan dan menyerap Tuhan.

Kidung #558

  1. Tirai terbelah dan buka
    Jalan baru, hidup,
    Dengan Darah ku berani,
    Berdoa depan-Mu.
  2. Oleh darah-Mu ku masuk
    Ke ruang maha kudus;
    Roh-Mu urapi ku agar
    Sentuh takhta kurnia.
  3. Dalam roh ku akan doa,
    Hingga ku milik-Mu,
    Dari roh daku, Kristus — Tuan,
    Terungkap bak dupa.
  4. Bak sungai kurnia, rahmat-Mu,
    Alir dari takhta,
    Segarkan ku waktu perlu,
    Rasa manis, kaya.
  5. Ku tak minta keperluan ku,
    Namun doa di roh,
    Hanya Kau tahu semuanya,
    Jaga ku dalam-Mu.
  6. Walau cubaan menekan,
    Kami takkan bimbang,
    Pada-Mu serah s’mua resah,
    Roh ku bebas, girang.
  7. Moga ku selalu tumpu,
    Sekutu dengan-Mu,
    Sembah doa dan dupa ku,
    Roh-Mu memimpin ku.
Makna Doa
Prinsip Berdoa Tiga Kali
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)