Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Cubaan daripada Ahli Hukum
Ada Seorang Berdiri di Tepi Perigi
Mencari Peluang untuk Mengasihi Tuan Kita
Cubaan daripada Ahli Hukum
2018-06-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Lukas 10, melalui ujian ahli hukum, dengan ibarat Tuan menyatakan bagaimana Dia datang kepada kita dengan kasih kurnia dan jagaan untuk menyelamatkan dan menyembuhkan kita dalam keinsanan-Nya yang mempunyai moraliti yang tertinggi. Pada masa itu, ada seorang ahli hukum berdiri untuk mencubai Yesus, dengan berkata, “Guru, apakah yang harus kulakukan untuk mewarisi hayat abadi? Yesus berkata kepadanya, Apakah yang tertulis dalam hukum? Bagaimana kamu membacanya? Dia menjawab dan berkata, ‘Kamu harus mengasihi Tuan, Tuhanmu dari seluruh hatimu dan dengan seluruh sukmamu dan dengan seluruh dayamu dan dengan seluruh mindamu dan jiranmu seperti dirimu sendiri.’ Maka Yesus berkata kepadanya, Betul jawapanmu; lakukanlah hal ini, dan kamu akan beroleh hayat. Tetapi dia yang hendak menjustifikasikan dirinya berkata kepada Yesus, Siapakah jiranku?” (Luk. 10:25-29).

Ahli hukum di sini ialah katib dalam kalangan orang Farisi; mereka amat arif tentang hukum. Atas sebab ini mereka amat sombong dan ingin menjustifikasikan diri sendiri. Maka mereka mencubai Tuan dengan bertanya kepada-Nya, “Guru, apakah yang harus kulakukan untuk mewarisi hayat abadi?” Menurut Wasiat Baru, menerima hayat abadi ialah satu perkara, sedangkan mewarisi hayat abadi ialah perkara yang lain. Menerima hayat abadi membolehkan kita diselamatkan pada zaman ini, namun mewarisi hayat abadi ialah ganjaran pada zaman yang akan datang, iaitu dalam kingdom yang akan datang. Mewarisi hayat abadi bererti beroleh kenikmatan dalam manifestasi kingdom syurga-syurga pada zaman yang akan datang terhadap hayat divin yang lebih penuh daripada zaman ini sebagai ganjaran. Sekarang, pada zaman ini, kita dapat menerima dan mengalami hayat abadi; ini soal penyelamatan. Akan tetapi, mewarisi hayat abadi merupakan berkat yang diberikan kepada kita sebagai ganjaran pada zaman kingdom yang akan datang. Oleh itu, mewarisi hayat abadi bukan soal penyelamatan, tetapi soal berkenaan ganjaran kingdom.

Ketika ahli hukum bertanya kepada Tuan apa yang harus dilakukannya untuk mewarisi hayat abadi, Tuan bertanya kepada dia apa yang tertulis dalam hukum, lalu dia terus menjawab Tuan dan bertanya lagi kepada Yesus, “Siapakah jiranku?” Ini menunjukkan bahawa dia seorang Farisi yang menjustifikasikan diri, yang menganggap dirinya berupaya mengasihi jirannya. Namun Tuan Yesus seterusnya membicarakan satu ibarat supaya ahli hukum itu melihat bahawa dia tidak perlu mengasihi jirannya, tetapi dia memerlukan seorang jiran untuk mengasihinya. Hal ini kerana dia seperti orang yang dicederakan itu, iaitu pendosa yang jatuh daripada asas damai sejahtera (Yerusalem) kepada keadaan yang terlaknat (Yerikho). Keadaan dia yang sebenar ialah dia tidak berupaya mengasihi orang, sebaliknya dia memerlukan seorang jiran yang baik untuk mengasihinya. Jiran ini ialah seorang Samaria yang baik, yakni Tuan Yesus sendiri.

Rakan sekalian, bukankah keadaan kita hari ini juga serupa? Kita pendosa yang kasihan. Kita tidak berupaya mengasihi orang, sebaliknya kita memerlukan seorang jiran yang baik untuk mengasihi kita. Dialah Tuan Yesus. Bukalah hati kepada-Nya!

Kidung #735

  1. Tenggelam dalam dosa,
    Jauhi pantai damai,
    Terseksa, menderita,
    Tak berdaya bangkit;
    Tapi Tuan samudera
    Dengar seru-an ku,
    Seg’ra datang selamat,

    Korus:
    O kasih-Nya!
    Kasih Yesus
    S’lamatkan ku!
    Saat ku dalam dosa,
    Dia s’lamat ku.
    Kasih Yesus
    S’lamatkan ku!
    Saat ku dalam dunia,
    Dia s’lamat ku.
  2. Kini ku damai, s’lamat,
    Lepas dosa, d’rita,
    Nikmat girang dan rehat,
    Milik Tuan s’penuhnya.
    Kasih teguh, sejati,
    Layak ku memuji;
    Hati, jiwa, diri ku,
    S’mua untuk-Nya!
  3. O pendosa, dengarlah,
    Yesus dapat s’lamat;
    Terima s’karang juga
    Penyelamatan-Nya.
    Dia ingin s’lamatkan mu,
    Telah lama tunggu;
    Percayalah segera,
    Kau selamat!
Ada Seorang Berdiri di Tepi Perigi
Mencari Peluang untuk Mengasihi Tuan Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)