Dalam Kolose 4:5 dan 6, Paulus berkata, “Bergerak-hiduplah dalam kearifan terhadap orang luar, tebuslah masa. Hendaklah pertuturanmu sentiasa membawa kurnia, diperasakan dengan garam agar kamu tahu bagaimana kamu harus menjawab setiap orang.” Menebus masa bererti merebut setiap peluang yang baik untuk meministerkan hayat. Ini adalah menjadi arif dalam gerak-hidup kita (Ef. 5:15). Pada zaman jahat ini, setiap hari ialah hari jahat yang penuh dengan hal-hal jahat yang membinasakan, merosakkan, dan membazirkan masa kita. Oleh itu, kita harus bergerak-hidup dengan arif supaya kita dapat menebus masa, merebut setiap peluang yang ada.

Bergerak-hidup dalam kearifan bererti merebut setiap peluang untuk menebus masa kita. Menebus masa ini berkaitan dengan cara kita bercakap dengan orang lain. Sering kali saya mengaku kejahilan saya kepada Tuan dalam hal bercakap dengan orang lain. Ketika saya bercakap dengan orang lain dengan cara tertentu, saya membazirkan masa. Saya tidak cukup arif untuk meministerkan hayat dan dengan demikian mengelakkan perselisihan. Sebaliknya, saya membazirkan masa dalam perbualan yang tidak meministerkan hayat. Kita perlu berdoa agar Tuan memberi kita kearifan dalam perhubungan kita dengan orang lain. Jika kita bergerak-hidup dalam kearifan semasa bercakap dengan orang lain, kita akan menebus masa kita. Kita semua telah terlepas peluang untuk meministerkan hayat kerana kita menghabiskan masa dalam perbualan yang jahil.

Cara terbaik untuk menebus masa kita ialah berdoa secara teguh berterusan, berjaga-jaga, dan bergerak-hidup dalam kearifan. Jika kita melakukan hal-hal ini, kita akan merebut semua peluang yang baik untuk meministerkan hayat. Jika kita tidak teguh berterusan dalam doa dan jika kita tidak berjaga-jaga, kita akan gagal untuk merebut peluang bagi meministerkan hayat. Setiap kali kita menghubungi orang lain tanpa menggunakan kearifan, kita membazirkan masa. Adakalanya kita mungkin membazirkan setengah jam dalam perbualan tanpa meministerkan hayat. Kita semua harus belajar berdoa, berjaga-jaga, dan mencari Tuan untuk kearifan-Nya agar kita dapat menebus masa kita.

Dalam Kolose 4:2-6, Paulus meliputi lima perkara yang penting: berdoa, berjaga-jaga, bergerak-hidup dalam kearifan, menebus masa, dan pertuturan yang membawa kurnia serta diperasakan dengan garam. Susah untuk menentukan sama ada butir utama dalam ayat-ayat ini ialah doa atau menebus masa. Akan tetapi, tidak kira mana satu yang kita ambil sebagai titik fokus, yang pasti ialah kehidupan orang Kristian yang wajar memerlukan kita menebus masa. Semua yang di bumi pada hari ini sedang membazirkan masa dan terlepas peluang yang bernilai. Namun kita perlu menebus setiap saat dan merebut setiap peluang. Untuk menjalani kehidupan sedemikian, kita perlu dipenuhi Kristus dan ditepui-Nya. Kita perlu menjadi satu dengan Kristus dan membenarkan damai sejahtera-Nya menimbang tara dalam kita dan sabda-Nya memenuhi kita. Dengan demikian, kita akan mengekspresikan-Nya dengan berdoa, dengan berjaga-jaga, dan dengan bergerak-hidup dalam kearifan. Jika kita ialah orang yang sedemikian, kita akan menjadi orang yang menebus masa dan merebut setiap peluang yang ada untuk meministerkan hayat. Tambahan pula, kata-kata kita tidak akan menimbulkan masalah. Sebaliknya, menerusi penanggulangan Tuan yang tuntas, segala apa yang keluar daripada mulut kita akan menjadi sabda kurnia yang diperasakan dengan garam. Sabda begini akan menjadikan segala hal menyenangkan dan sesuai dengan selera. Semoga kita semua mempelajari hal-hal ini dan mengamalkannya. (Life-study of Colossians, mesej 30)