Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Pemugaran Pagi Bangun Awal Pagi
Sarapan Rohani
Bangun Awal Pagi
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

“O Yehova, pada waktu pagi Engkau akan mendengar suaraku; pada waktu pagi aku akan menyusun kata-kata aku kepada-Mu, dan aku akan berjaga-jaga.” (Mazmur 5:3)

Pernah ada seorang Kristian yang mengatakan sesuatu dengan baik. Dia berkata, “Sejauh mana hati seseorang mengasihi Tuan dapat dilihat pertama-tama melalui pemilihannya antara katilnya dengan Tuan. Adakah kamu lebih mengasihi katil kamu atau lebih mengasihi Tuan? Jika kamu lebih mengasihi katil, kamu akan tidur lebih lama sedikit. Sebaliknya, jika kamu lebih mengasihi Tuan, kamu akan bangun lebih awal.” Seseorang perlu memilih sama ada dia lebih mengasihi katil atau lebih mengasihi Tuan. Jika kamu lebih mengasihi Tuan, kamu harus bangun lebih awal.

Mengapakah seseorang Kristian harus bangun awal pagi? Hal ini kerana awal pagi ialah masa terbaik untuk bertemu dengan Tuan. Orang yang sihat harus bangun seawal yang mungkin. Masa yang terbaik untuk bertemu dengan Tuan, berhubung dengan Tuan, dan bersekutu dengan Tuan ialah awal-awal pagi. Manna perlu dikutip sebelum matahari terbit (Kel. 16:14-21). Sesiapa yang ingin makan bekalan yang diberi Tuan kepadanya harus bangun awal pagi. Apabila matahari terbit, manna akan cair dan kita tidak dapat makan lagi. Sekiranya kita ingin menerima pengkhasiatan dan pendidikbinaan rohani, serta mempunyai persekutuan rohani dan berbahagian dalam bekalan rohani, kita perlu bangun awal pagi. Jika kita bangun lewat, kita tidak dapat makan manna lagi. Pada awal pagi, Tuhan mengagihkan makanan rohani dan persekutuan kudus secara khusus kepada anak-anak-Nya. Sesiapa yang lewat tidak dapat memperoleh apa-apa.

Awal pagi merupakan waktu yang terbaik dalam sehari. Kita tidak harus menggunakan waktu yang terbaik ini pada hal-hal lain, sebaliknya kita harus menggunakan waktu yang terbaik dalam sehari ini, iaitu waktu awal pagi, di hadapan Tuhan.

Setiap percayawan harus melakukan empat perkara ini dengan serius di hadapan Tuhan pada awal pagi—bersekutu dengan Tuhan, memuji-Nya, membaca Bible, dan berdoa kepada-Nya. Sama ada seseorang melakukan empat perkara ini atau tidak pada waktu pagi akan diperlihatkan dalam gerak-hidupnya pada hari tersebut. George Müller juga mengatakan bahawa setakat mana dia dikhasiati Tuan pada waktu pagi menentukan keadaan rohaninya sepanjang hari. Keadaan rohaninya pada hari tersebut bergantung pada pemakanannya di hadapan Tuan pada waktu pagi. Kebanyakan orang Kristian lemah sehari suntuk kerana mereka gagal bangun awal pagi. Percayawan baru harus belajar bangun awal pagi. Jika kamu lalai dalam hal ini, kamu akan lalai dalam segala hal, dan segala sesuatu menjadi tidak betul. Sama ada kamu dikhasiati di hadapan Tuhan atau tidak pada waktu pagi membawa perbezaan yang besar.

Kidung #417

Malam lalu, fajar tiba, ke hadrat Tuhan aku datang;
Ku lihat sinar wajah seri-Nya, Tuan memancar di dalam.
Pada ku Dia wahi dan bicara, kaya-Nya kini tersedia;
Ku nikmati Dia mesra nan girang, lapar ku jadi kenyang.

Sarapan Rohani
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)